Category Archives: Makan Time

Apam Balik Nusantara Kg Baru

Assalamualaikum semua,

Tapi masa kat opis dok berborak pasal apam balik, pas tu borak punye borak terlepas tweet plak pasal Apam Balik Nusantara kat Kg Baru tu… Tetiba plak wife dok menyampuk suh beli la plak.. Sebenornye, saya pon nak gaks makan Apam Balik the Best In Nusantara nih… Kalau korang pi jejalan kat Kg Baru tu.. jangan lupa singgah beli Apam Balik Nusantara ni…. memang the best la…

Tengok tu…. Apam Balik Nusantara nih paling best… tidak macam apam balik yang dijual dikebanyakkan pasar malam yang cinonet aja.. nipis plak tu.. dah ler nak liat semacam sampai terpelanting gigi palsu kalu silap gigit…. tapi yang ni isinya tebal, tak kedekut barang, inti penuh dengan jagung dan kacang yang melimpah ruah.. rasernya.. cukop enak sekali terutama kalau makan panas-panas…

Ada kalangan sahabat saya yang tanya.. “Aper ker Special bebenor Apam Balik Nusantara nih???”  Saya jawab balik.. korang selalu makan apam balik inti kacang ngan jagung aja kan…. kalau korang nak cuba makan Apam Balik inti jagung, kacang, coklat, durian, dan keju atau kombinasi bahan-bahan tersebut contohnya kacang jagung, coklat kacang, kacang jagung atau yang paling special durian cheese, meh ler cuba Apam Balik Nusantara nih… Ada Berani????

Hah.. gambar kat atas nih adalah Apam Balik Durian…kalau nak special lagi…. Apam Balik Durian + Cheese…. peeerrrrggghhhhh baunya sebatu dah dapat hidu.. memang menusup kalbu betul… ramai orang cakap “eh… kene ke durian ngan apam balik, macam tak kena jer”. Tu la.. belum cuba belum tahu… kalau dah cuba gerenti nak lagi…

Tengok tu.. isi durian berketul-ketul lagi kat dalam apam tu.. memang sapa-sapa yang cuba apam balik durian nih… akan bisu dan terkedu  selama 10 saat ler.. memang syioook abis la.. Isi durian bila dah sebati ngan apam tu akan membangkitkan satu rasa yang sangat istimewa… kepada semua penggemar durian pasti akan suka dan kepada sesiapa yang bukan penggemar durian macam Yatie tu pon siap boleh request nak beli lagi….

Apa-apa pon… 5 bintang kepada Apam Balik Nusantara nih.. so kepada sesapa yang nak beli or nak mencuba.. bolehlah ke Kampung Baru… landmark dia senang … just susul masuk ikut Jalan Raja Muda Musa (Nasi Lemak Antarabangsa) dan terus sampai jumpa simpang 3 dan ikut kiri… dalam 20 meter drp simpang tu.. Apam Balik Nusantara terpacak kat situ. (jual atas motor roda 3)

View Larger Map

 

kita tengok SawaScore Apam Balik Kg Bharu ni…

 

Negimaki with black pepper sauce

Apake susah nak masuk dashborard blog ni… ni yang malas nak buat posting nih. Ok lah meh nak citer pasal Negimaki aka beef rolls. Kan dapat hamper maggi ada banayak perencah nak pakai…one of them ada black pepper sauce. Normally orang buat daging masak black pepperkan? but me boringlah, I’ve change to beef roll. At least bebudak makan sayur yang tersembunyi tu.

Inilah rupa negimaki yang belum dimasak. I gulung dengan daun bawang dan carrot. Nak lagi sedap, you all boleh gulung dengan cendawan enoki. I tak boleh pakai cendawan sebab ada orang tak boleh makan cendawan.

Dah siap gulung, secure dengan  lidi then shallow fry. Masa fry dia, dia akan jadi caramel sikit sebab I perap dengan sos istimewa. Kalau jepun resepi asal dia, dorang perap dengan Sake and Mirin and soy sauce kan? tapi kita mana boleh pakai Sake and Mirin… so I subtitute dengan benda lain untuk memberi rasa yang sama. Resepi Negimaki adalah seperti di bawah

INGREDIENT

  • 30 gm sirloin beef- hiris nipis
  • 1 sudu  besar kicap manis kipas udang
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar air tapai (sebagai ganti sake dan mirin) – kalau takde ganti dengan grapejuice+cuka+gula
  • carrot yang dipotong halus secukupnya
  • daun bawang secukupnya

METHOD

  • daging yang dihiris nipis diperap dengan sos tiram, kicap , gula dan air tapai selama 30 minit
  • gulung daging dengan carrot dan daun bawang
  • sematkan lidi  supaya gulungan tak terbuka
  • goreng dengan sedikit minyak
  • Sos perapan yang tak habis, boleh di masak untuk dijadikan kuah. tambah sedikit tepung kalau nak pekat

Inilah rupa negimaki yang dah masak. Hidangkan dengan kuah blackpepper dan makan dengan nasi panas.Rasa dia sepatutnya sikit manis yang berkaramel sebab ada letak gula+ air tapai

Pavlova, Ice Cream and mango

Bila tengok telur putih dalam MasterChef Malaysia yang membazir macam tu kan…ishhh sayang nye. you all rasa dorang froze tak kot kot peserta-peserta tu boleh buat pavlova anytime dorang nak?

Ahad lepas..hari terlebih rajin masak. Lunch masak lauk asam pedas+sotong goreng tepung + sayur and KKheirul buat sambal belacan, dessert I buat pavlova. First time buat kira puas hati lah. I amik resepi kat Joy Of Baking . Rupanya senang je buat pavlova nih. you all tak payahlahmembazir beli kat luar buat sendiri je. Selalu orang makan dengan cream kan, tapi sebab I malas nak whip the cream, I top dengan vanilla ice cream then top lagi dengan mango. Rasa dia? Rasa dia macam makan ice cream dengan mash mallow and mango. the pavlova melt macam tu je.

So you guys sila lah try buat pavlova ye…kalau ada telur putih tak pakai tu simpan dulu..pastu cukup 3-4 biji boleh buat pavlova. Jangan membazir macam rancangan masterchef tuh.