Category Archives: Makan Time

Pasar Terapung , Khlong Hae Floating Market

Dah lama tak pergi Floating market kat Hat Yai. Last pergi tahun 2013. 4 tahun sudah. Kali ni pergi totally dah berubah. Banyak perbaikpulihan dia. Lagi selesa dan bersih. Walaupun tempat ni dah dibaikpulih, ada tangga meja makan kerusi yang selesa, harga makanan masih murah. . Kalau bandingkan dengan tempat kita, kawasan perlancongan harga dah mahal sini masih mampu beli dan rasa pun masih sedap.. Siap ada live band dan dorang cuba untuk cakap bahasa melayu.

Bersih tempat dia

Hatyai-Krabi-7728

Dulu sungai ni nampak kotor… sekarang dah berubah

Hatyai-Krabi-7718

ni baru nak keluar dari parking

Hatyai-Krabi-7735

kami layan mata banyak. Tak membeli sangat sebab lepas lepak kat sini, kami ke Ko Yo

Rayyan kalau bab membeli memang no satu. Memang pandai membeli barang. NAsib baik tak ajar online shopping lagi

Banyak makanan, tapi masa pergi ni kurang selera makan. Banyak yang keluar dari masuk.

N\Minum air pun nak manja-manja. MEmang time ni banyak mengada-ngada. Bebudak ni dapat kamera habis dorang petik gambar

Masing-masing dah besar..

Ni sapa amik gambar entah, adalah salah sorang ni

Afriena pun dah nak tinggi… ME yang losing few kgs…sekarang naik balik lah berat kot

Tak lama mana kat sini adalah dalam dua jam. Adat berkonvoi kenalah banya menunggu orang :{ . Lepas tu ke Ko Yo plak. TEmpat ni tak payah citerlah dah selalu pi makan kat situ..

Saja nak kenalkan dengan geng konvoi.

Budget Pergi Hadyai & Krabi

This week ada beberapa orang yang whatsapp dan PM kami tanya pasal budget pergi Hadyai dan Krabi. Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang merundum, Ringgit Malaysia pun jatuh, memang terasa sangat bila nak travel. Kalau nak ke Singapura tu memang kami kena pendam jelah. Harap takdelah yang mengidam nak makan makanan Singapore tu. Masa kami ke Hadyai dan Krabi banyak lagi kereta orang Malaysia, Tapi tidak sesesak dulu. Mana pergi nampak orang Malaysia. Masa kami ke sanam cuti sekolah, dengan cop passport kurang orang banyak. Mungkin tukaran wang banyak mempengaruhi. Mana taknye, dulu pergi duit RM100 boleh dapat THB1200, lepas tu pergi, RM100 dapat THB1000m sekarang pergi RM100 baru dapat THB783 itu masa kami pergi lah… Banyak ohhh beza duit dia. Nasib baik kat sana makanan masih murah. Beli baju kat Tesco (kat Tesco je mampu sbb baju bersih habis) pun dia buat harga Siam dan Malaysia. Bila convert balik harga Malaysia masih mahal.  Betul lah Malaysia ni ..negara berpendapatan tinggi. Kalau sesapa pergi, pergilah survey harga beras, makanan harian kat sana, you won’t get that their price here. 

Alhamdulillah makanan halal senang kat sana. Sekarang kalau kat 7E, siap ada rak makanan n chiller untuk Halal Food. Jadi kalau pi beli roti ke, even hotdog, tengok kat Halal sections. KAlau you all pergi ke Hadyai atau Krabi, untuk penjimatan makanan (kalau nak save budgetlah, kalau korang kaya, duit makan tak habis tak payah follow tips ni) cari tempat makan away from hotels n tourist area. Contoh kat Krabi pergi ke area masjid, harga makanan boleh jimat 30%-40%. Kalau setakat banana pancake, tepi jalan depan hotel jual THB50-60, kat area luar jual THB30-40. Nasi goreng pun cuma THB50. Tu nasi goreng seafood  tau. Beli 3 bungkus je , dorang punya portion besar.

Hatyai-Krabi-7839

Day 1, BEli 4 bungkus nasi, jenuh nak perabih. Nak buang berdosa membazir. Esok tu beli tinga je. Nasi goreng ayam, Nasi goreng Daging dan Nasi goreng sotong. Harga sebungkus cuma THB50

 

 

Breakfast kami, banyak save sebab kami sekeluarga bukan jenis kena makan nasi lemak, kami just beli roti, butter, jem dan Tuna spread takpun drive jauh sikit cari Pulut ayam goreng. NI semua hantu pulut kan…so bila makan pulut semua senyap

So tengoklah budget kat bawah ni. Harap membantu. Perbelanjaan kita mungkin tak sama sebab mungkin ada yang guna kereta Hybrid atau kereta diesel, 4WD, Macam kami kereta Toyota Wish. Pandai-pandailah bajet dan harap membantulah.

psst… beras kat sana murah weh.. sini beras yang sama harga RM42/5kg, sana baru THB179. ye ye tau, beras dari Siam, import punya. Tapikan (saja nak bakar), Beras paling murah pun THB79/5kg masih good kualiti oooiii. kami tengok jelah..

Budget:

  • Perbelanjaan : +-RM2500 hingga RM3000 bergantung kepada ketebalan poket
  • NOTE: Exchange Rate RM125 = THB1000
    • Tol : +- RM100
    • Petrol : +-RM400 (RM2.30/liter) – Based on Toyota Wish 2009
      • RM100 KL
      • RM80 Changlun
      • RM125 (THB1000) Krabi @THB27.0/l
      • RM80 Changlun
    • Hotel : THB4350 (RM543.75) – Booking.com untuk:
      • Hatyai : (1 malam)
      • Krabi : (3 malam)
    • Makan: +-RM 700
      • Songkhla (buffet utk satu family 5px) = THB700 (RM87.50)
      • Krabi (Seafood Lunch) = THB2000 (RM250)
      • Krabi lunch = THB300 utk sekali makan  satu family
      • Krabi Dinner = THB400 utk sekali makan satu family
    • Island Hopping : THB5100 (RM637.50)
      • Dewasa: THB1100 = 3pax
      • Kanak2: THB900 = 2pax
      • Note: Termasuk tiket National Park
    • Belanja + Shopping : THB6000 (RM750)
      • Hatyai : +-THB200
      • Krabi : +-THB300
      • lain2 : +-THB100 

Bekal ke sekolah : Idea ??

Susah betul takde unifi

nak update blog mmg susah

rumah baru takde unifi coverage.. dah tiga kaki apply,  jawapan tetap sama

hey come on…. TM do something… berderetnrumah dok menunggu unifi

slow lah

anw nak share idea bekL anak anak ke sekolah. Memang setiap hari saya masak untuk bekalanNk dan suami. Senang hati anak makan apa tang kita masak. Ashraff kata dlm kelas dia sorang je bawak bekal tapi dia tak heran ,  dia suka kadang dia yang masak untuk bekal. Afriena bawak bekal kawan dia pun follow. Rayyan pun ada geng bekal dah

Koay teow goreng utk sesi pagi

Mini pizza n oreo utk rayyan Sekolah petang

Pepperoni pizza utk ashraff

Nasi goreng utk suami sarapan kat opis

Mac n cheese untuk sesi petang

Sandwich fornhusband PB n’ J French toast with choc sauce for afriena

Dorang suka bawak bekal.  Duit poket mmg kasi so ikut suka dorang lah nak belanja atau masuk tabung…