Category Archives: Makan Time

Jalan-Jalan Cari Makan Penang

Dari Krabi, teruskan perjalanan ke Penang plak. One thing best kalau travel by car, boleh singgah di-mana-mana. Kiterang takde buat booking hotel pun. Knowing that cuti sekolah off course no room available kan. So kiterang just searh dalam garmin je, cari hotel. Finally, dapat hotel New Hope Inn. Not really hotel just Inn. Masih baru bau cat lagi. Family room habis, just get bilik biasa. kena berhimpit lah sikit. Sampai je… kiterang semua lapar dah. Ashraff and Afriena kemaruk  nak Mc D sebab kat Krabi McD tak halal, so kiterang ke McD for take away then search kat garmin Nasi Kandar. Nasi Kandar terdekat is Nasi Kandar Khaleel, Tanjung Bungah.Apa lagi rambang mata jap kat Nasi Kandar. telur ikan.. telur ikan……… telur ikan……

Kiterang bungkus, makan kat bilik tak larat dah nak duduk dalam kereta..

Yang Kheirul punya…Ikan keli Kari, Perut Kambing and ayam .Giler sedap ikan keli kari.

mine… kari ikan, telur ikan ayam dan sayur lebih. Telur ikan babe… sedap tuh. Kalori jangan kira. Lepas makan, semua lepak tidur. Penat.

Esok pagi plak…budak-budak bangun semua ajak pergi breakfast. Betul lah travelling memang buat selalu lapar. Kiterang pergi mamak lagi kat Khaleel jugak tapi location lain, Afriena makan roti kosong, Kheirul roti telur, Asraff roti bakar with egg, me roti banjir and Rayyan bungkuskan dia roti pisang.Sedap. Pastu balik bilik lepak, makan buah mata kucing yang beli kat Hat yai. Isi tebal giler and manis.

Lepas tu, check out dan misi mencari laksa penang. Jumpa yang kat Telok Bahang,so tapaukan Mc D kat budak dulu then baru ke kedai makan. Kiterang piknik siap bawak tikar.

Ni lah kedai makan dia…

Tu Rayyan tu dah sibuk nak berlari ke pantai. Best gak lepak sini. Budak-budak memang have fun la kalau macam ni.

Tadaa laksa penang sudah samapi. Rasa not bad la but I still suka makan yang kat Miami Beach 8 tahun dulu. My fren yang bawak.

Pastu pekena plak ABC tengah -tengah panas… perghhh

Tapi masa makan ni terganggu gak sebab.. Rayyan kononnya nak pi cuci tangan sbb dia kata dirty. Pandailah, dia main pasir pastu ajak cuci tangan,

pastu kata seluar basah, kena bukak seluar pastu dia duduk je kat tepi tuh..adehh macam-macam tau sikecik ni. Takleh jumpa air.

Tengahari buta dok tepi pantai… takpe tak berjalan pun takpe asal dapat rasa air laut… tu tergelak-gelak tu…. dah lah baju tinggal satu je.Lepas makan, sebelum sikecik tu masuk dalam air, semua cepat-cepat siap, pastu mengankat budak kecik yang meronta-ronta tak nak balik pergi mandi then terus masuk kereta kasi dia susu and tidur. And us saying good bye to Penang and naik Ferry plak.Macam biasa Ashraff and Afriena memang excited sebab first time merasa naik kereta atas ferry.

Breezing………..

Halal Food @Krabi

Citer Krabi tak habis lagi…. bab makan plak. Kalau pasal makan, kat Krabi nak cari halal food sangatlah senang. bersepah. Ada kedai makan ada gerai. Kiterang masa first nite ada pergi makan kat restoran, tapi rasa dia tak berapa memuaskan lah. Mungkin dah rasa yang sedap kat tempat lain kot. Anw harga makanan kat Krabi adalah mahal kalau nak compare dengan Phuket atau Bangkok.Sebabnya adalah tidak diketahui.

Masa first nite, merasalah gak naik tuk tuk versi motor. Nak naik ni kena pandai balance.hahaha Sekali Kheirul naik terus terjongket. Mamat yang bawak motor ni muslim, so dia bawak kiterang ke restoran muslim.

first nite makan kat restoran Sareefa. Oklah tapi tidaklah mengkagumkan. boleh kenyangla. Sedap lagi lagi kat Phuket. My advise kalau nak carik makanan halal just beli kat gerai tepi jalan je. Most of them halal.

PEtang tu lepas island hoping, kiterang pergi ke Aonang dekat dengan Mc D, untuk cari makanan. Jumpa lah gerai ni. Beli nasi goreng, tomyam and telur dadar. Tomyam dia sedap and berasap telinga. Nak makan kat situ pun boleh. Gerai dia bersih je.

Yang ni gerai sebelah dia, jual benda goreng.Beli nugget, popiah, ayam bakar and jagung bakar. Kita pilih je mangkuk mana nanti dia goreng.

Nilah rupa makanan yang kiterang beli. Harga murah compare tempat makan semalam. TOmyam dia sedap, banyak mushroom and udang. Ayam tu pun sedap makan dengan sos dia. Nasi goreng tu, kalau nak makan perah asam limau sikit baru kick. puas hati beli kat gerai tu.

Kasi close-up tom yam ni skit. Makan masa lapar dalam bilik ber-ekon dan jangan lupa beli fruit shake. Kat Krabi kalau mintak juice dia akan kasi ice blended juice.

Malam plak, kiterang makan lite je sebab still kenyang, so just pergi round gerai-gerai, beli sandwich for boys and for girls , kiterang makan banana pancake dgn nutella. sedap tau…Sorry gambar takde, tak tahu kenapa Keirul tak snap gambar pancake. Dan tidak lupa juga untuk beli Ice blended. Harga satu Ice blended dalam 20Baht -25 Bhat. oklah. Malam banyak gerai bukak and most of them halal.

Suasana malam kat Krabi tak happening mana tapi sangatlah menenangkan. Tak bising macam kat Phuket.Kirakan kalau time azan, memang boleh dengarlah azan. KAlau belah siang, tepi-tepi jalan pantai akan nampak ramai mat salleh dok berjemur. HEran apa ke best berjemur kasi kulit hitam

 

 

Street Food @Hatyai

Biasalah kalau pergi mana-mana harus makan street food. Ala yang jual tepi-tepi jalan. Hahaha..bukanlah tepi jalan ni kira makanan yang wajib cuba kalau ke tempat asing. Tapi nak beli tu mestilah tengok halal tak? bersih tak? fresh tak?

This time round, kiterang ke Hatyai, tak pergi pun makan busat kat normal restoran sebab kiterang nak makanstreetfood je. Lagipun bebudak ni kalau makanan cam gini sukalah dorang.So lepas balik dari floating market (padahal masa ni dah konyang) singgah sebentar di Lee Garden plaza, saja nak cari cari benda yang boleh dibeli. hahaha bukan nama Yatie lah kan kalau dia tak keluarkan duit beli barangkan.

cantikkan kasut tu… nak beli tapi Afriena taknak…semualah lawa dan cute

Sempatlah pergi farmasi beli few thing untuk dibawa bekal ke Krabi. Best thing kat Siam ni kan, barang yang dijual kat farmasi murah sikit dari KL. Selepas singgah sebentar membeli baju dan barang farmasi, kiterang round kat gerai-gerai kat luar. Tujuannya adalah untuk membeli Pulut Ayam dan Pulut Mangga.

Beli pulut ayam dua, pulut mangga dua. Memang licinlah semua makan. Pulut ayam dia bestlah sebab dia kasi cili dan bawang putih goreng. sedap. Pulut mangga biasa-biasa je sebab kiterang dah makan yang ter-best kat Bangkok hari tu kan,Makan dalam bilik je, sbb semua dah penat. Makan pulut panas-panas, ayam panas-panas pekena plak dengan Fresh Orange juice cap Malee. Jus yang pekat likat memang kalahlah Twister ke, peel fresh ke, sebab memang kaw kaw pekat. Tak bolehke kita buat product yang berkualiti macam ni? Harga pun sama. Pastukan ada lagi benda yang best kat Hatyai untuk dibeli and kata tukang jual tu no in Malaysia…nak tau apa?

Buah kundang, I beli 1/2 kilo je sebab peminat dia sorang je.  I rasa buah ni kena kacuk dengan manggala.. sebab rasa dia cam mangga and manis sangat. Pastu besar lak tu.

See I told you besar kan…