Category Archives: Makan Time

Tiramisu In Glass

DSC_5290

First time ni buat tiramisu. Buat ni pun sebab untuk celebrate birthday suami yang tercinta. heheheh. Sekali lagi.. Hippy Birthday Suami…Sorry lah takde hadiah pun. Isteri takde duit la. Isteri hanya mampu buat kek dan dinner je. Since tengah hari lagi I dah start buat tiramisu ni. Resepi kastard dia I guna dari  Joy Of Baking. Dan untuk base I guna cake biasa celup dalam nescafe. Tak guna pun crisp ladyfingers tu. mana mau cari. malas nak keluar dengan Rayyan pastu balik pastu keluar balik. Siap masak kastad, kasi sejuk then baru assemble. Masa buat kastad…umm sedap baunya. FYI… kat resepi tu cakap guna RUM tapi I tak guna sbb haram…tukan alcohol. I baca …Rum tu boleh ganti dengan jus apple atau nenas. I tak guna pun. mula-mula ingat nak letak rootbeer je dalam kastad tu hahaha… suka hati je kan.

Sapa kata buat tiramisu susah? senang je rupanya. Lepas assemble, simpan dalam fridge untuk 3-4 jam. Bila nak hidang ayakkan serbuk koko atas dia pastu boleh lah santap. Afriena makan banyak la.  Biasalah perempuan… mesti suka dessert kan.

Resepi Tiramisu cara saya

Cream Filling:

1 cawan susu – bahagi 2

1/2 cawan gula (saya kurangkan lagi dalam 2 sudu)

2 sudu tepung gandum

3 biji telur kuning

1 sk esen vanilla

2 sudu butter

150g cream cheese – mascaporne takde dlm peti sejuk

Base 

sponge cake

Coffee Soaking Syrup:

1 1/2 cawan nescafe pekat

Topping:

Cocoa Powder for Garnishing

 

Cara buat kastad

masukkan separuh susu dan gula dalam periuk, kacau dgn api kecil.kacau sampai nak nampak mendidih tapi bukan mendidih. Sementara tu pukul telur  dgn susu, gula dan tepung dalam bekas yang lain . Bila susu nak mendidih.tuang kan susu tersebut kedalam mangkuk yang berisi campuran telur dan kacau hingga sebati. Lepas tuanglah campuran tadi dalam periuk dan kacau hingga pekat. Bila dah pekat dan takde ketulan, tutup api dan masukkan esen vanilla dan butter.  tutup kastad dengan plastik wrap dan simpan sejuk selama 2 jam atau lebih.

Bila kastad dah sejuk, keluarkan dari peti sejuk. Dalam mangkuk lain kacau keju krim hingga lembut dan sebati, lepas tu baru masukkan castad tadi dan kacau sebati

To Assemble

kacau kopi dengan air panas. rendam sponge cake dalam air kopi lepas tu transfer dalam gelas comel-comel. pastu isikan kastad. buatlah berapa lapis yang anda suka. bila dah selesai kerja assemble, simpan tiramisu dalam peti ais. Bila nak makan ayakkan serbuk koko. kalau ada buah berry boleh la letak.

Sekian sahaja resepi saya..anak dah nangis. Memang dia takleh tengok mama dia dok ngadap PC.

 

Makan Burger King

Dah lama tak makan burger King…ada kat 3-4 tahun kot…ye ke..memang lama giler. Dulu masa kerja kat Singapore  tahun 1996, selalu gak makan. Maklumlah kat Malaysia takde lagi masa tu…so harusla. Kalau ke Burger King takde lain yang diorder, mesti Mushroom Swiss. Sebab ada mushroom dan sangat sedap.

190120131229

Fries makan panas-panas sedap la

So semalam lepas stock up nappy untuk Rayyan, terus kiterang ke Burger King.Lama giler tak makan. Sorang order satu set. Semua tamak kan? Swiss mushroon dia dah kecik, Ingat boleh share dengan Rayyan si budak demam ni rupanya dia makan 3/4 of the burger. banyak tu . So terpakasa papa dia pi beli untuk mama lagi. But kali ni I try Grill Chicken. OK  sedap gak . Ashraff and Afriena macam biasa cheese burger, tapi si Afriena makan sikit then dia kata nak bungkus makan kat rumah. So dia melayan makan fries panas-panas, Kheirul macam biasa dari dulu sampai sekarang Whooper je yang dia order.

190120131227

Afriena ..rambut dah panjang. Nak potong tak kasi. Dia kata nak simpan panjang

190120131228

Budak baru baik demam. Dapat MC lagi hari jumaat tapi still pi sekolah . Takpe bukan berpanas pun kat sekolah. Dok dalam building je.

190120131231

Favourite Kheirul – Whooper

190120131230

This is mine. Teringat masa pregnantkan Ashraff, nak makan Swiss Mushroom BK, pergilah Kheirul ke BK Bangsar tengah-tengah hujan dgn superbike dia. Balik kuyup . Tapi dia tak bebel sbb bini dia yang mengandung nak makan pun dah cukup baik.Masa tu asal masuk makanan je muntah. Yang paling kelakar tengok ayam dalam TV pun muntah. mengandung sulung you

Oklah makan Burger King sekali sekala…. kalau selalu tak best gak kan.

Arrowhead Chips atau Kerepek Ngaku

Tak lama lagi nak Chinese New Year..hah apa lagi banyak lah sangat arrowhead tu kat supermarket. KIterang apa lagi..sama ikut membeli. Satu family dok amik isi dalam plastik. Kali kedua beli ni , hari tu beli dah habis buat chips. Kali ni, I cakap kat Kheirul…

alamak malas la mama buat sengsorang..

Takpe…biar papa gorengkan..mama kopek isi dia

So, seperti yang dijanjikan sama-sama la kita mengerjakan kerepek tu. I kopekkan kerepek tu, and he slice them and fry them. lama gak menggoreng tu dalam 2 jam. Dapatlah dua botol. Tapi sekarang tinggal setengah botol. Tengah menggoreng pun bebudak ni dok punggah kat dapur buat menguyah. Puas hati la beli arrowhead ni and buat sendiri.

1

Amik gambar pakai ipad je..Sebab Kheirul goreng lama so dia macam expert. dia cakap kalau nak tahu chips tu dah garing and masak senang je, bila tengok bubble dah takde maksudnya dah garing la tu.

 

2

Nak goreng api takleh slow sangat nanti dia serap minyak dan takleh kuat sangat nanti dia hangus kat tepi. Nak buat kerepek pisang pun macam tu la jugak. teringat kecik-kecik dulu tolong mak buat kerepek pisang, masa dekat-dekat raya.

Arrowhead ni boleh jugak buat masak sup atau pun campurkan dalam masakan berdaging. I tak pernah try mungkin next time beli nak try la.