Category Archives: Makan Time

Akok Kedut Mok Su Yah

IMG_0050

Perasan tak kat sebelah Sekolah Dato” Abu Bakar Baginda yang on the ke Sungai Merab/Bangi/Putrajaya? Kat situ ada satu tempat jual makan orang kelantan yang sedap. Nama dia Kak Mah Nasi Dagang , Gate 1 Putrajaya. Kat sini setiap pagi pebuh je orang beratur beli breakfast. I rasa nasi dagang dia sedap kot. Tapi I tak pernah beli, lalu je. Bersusun kereta berenti.

IMG_0052

Tapi Last week adalah berenti sebab nak mencari kuih kelantan sebab ada majlis berbuka kat rumah BIL with MIL. So kiterang pi cari kuih dda juga kerabu sare. Hari tu try kerabu sare Kelate Corner, so this time wanna try Gate 1 plak. Dan saya buat kesimpulan kerabu sare Kelate Corner lagi sedap, tapi kerabu sare mak kite lagi sedap tau wak, sbb kuah tumis dia dia masak dengan betul.Haa nampak tu banner akok kedut dia? 50 sen sebiji.

akok

Ni rupa akok kedut tu. Beli 20 biji. Rayyan makan 3 setengah kot. Sedap sbb dia takdelah manis sangat. ulasan saya seorang peminat akok

IMG_0056

Tapi brader-brader yang jual kat sini semua peramah. Biasalah orang kelate kalau jumpa orang kelate terus jadi peramah dan yang pastu dapat diskaun. Banyak kuih yang jual kat situ dan yang pasti banyak kerabu . I rasa macam nak beli semua kerabu yang ada tapi kan… MIL kata dah masak banyak. Jadi beli karipap untuk Rayyan yang tak posa tu. Sian dia lapar. Dalam membeli sempat lagi menjeling pada nasi dagang tu. hish geram je nak beli.sabar ..sabar… tunggu lepas bulan posa ye

Resepi Roti Canai (step by step)

roti canai

Bahan-bahan

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu susu tepung
  • secubit garam
  • semangkuk air sejuk (air peti sejuk)
  • Minyak sapi secukupnya

Cara – cara

  • campurkan susu ,telur dan air sejuk bersama garam
  • Masukkan gandum kedalam bekas adunan
  • Masukkan air dan mulakan proses menguli.

uli

 

  • Bila adunan dah tak melekat pada tangan, rehatkan adunan selama 1/2 jam
  • Selepas 1/2 jam, buat 10 biji doh kecil.
  • sapukan doh dengan minyak sapi
  • Rehatkan lagi selama 1/2 jam

canai1

  • Selepas setengah jam bolehlah mula mencanaikan doh dengan menggunakan sedikit minyak sapi atau minyak masak – tebar sama dia

canai2

  • Lepas tebar, buat bualat macam ni sebab bila nak masak kita leperkan dia dan roti canai tu akan berlapis-lapis
  • Selepas siap boleh mula mengoreng dengan sedikit minyak.
  • Bila masak kepuk-kepukkan roti tersebut
  • Siap untuk dihidang bersama kari ayam/ikan atau sambal tumis ikan bilis/sambal sardin

Roti Canai Sambal Sardin

Semalam menu berbuka ringkas. Sekarang ni dah mula dah malas nak masak nasi dan malas makan nasi. So , I buat roti canai makan dengan sambal sardin. Siap amik gambar step by step lagi.

roti canai

 

Ni roti canai saya with less oil. Goreng tanpa minyak guna kuali Tefal. Mencuba untuk hidangan lebih sihat, ginilah kena kurangkan minyak. I uli pukul 12 tgh lagi, Pukul 7 baru goreng. Hasilnya lembut. Kalau kat kedai mamak, berminyak-minyak nanti rasa menyesal plak makan. Buat 1/2 kilo gandum dapat 7 keping roti canai. Nanti I share step by step ye.

sardin

Ha ni sambal sardin untuk lawannya. First time masak guna sardin cap Marina. Not bad rasanya. Sardin cap Ayam dah mahal  Dah jadi makanan orang kaya plak.

pasta

Ni plak Pasta Baked for kids. Ni sebekas ni untuk 3 beradik tu je. Afriena makan pasta pastu makan roti canai seping setengah. Boys makan ni semata.

tembikai

Disebabkan tak masak sayur, maka kami ada tembikai untuk menu semalam. Makan tembikai sebagai dessert. Air plak hidang air kosong je. Bila dah makan tembikai, kenalah remind kat bebudak suoaya tak makan madu.

Apa menu you all semalam?