Category Archives: Makan Time

Tempat kesukaan anak-anak

14

Tempat simpan makanan. Ada je senyap kat dapur tu. I tak berkenan betul dengan chips tu tapi papa dorang yang sedap je duduk depan PC order kat tesco online. The power of internet. I add barang dapur pastu suruh dia cek tetiba barang bertambah plak and most of them snacks. Dia cakap murah dari beli kat kedai runcit.

Pengaruh TV Punya Pasal

TV betul-betul memainkan peranan penting sekarang. Lebih-lebih lagi pasal iklan. Nak nak iklan makanan. Peminta dia ? Rayyan lah. Bila keluar je iklan Oreo..mama ..ogheo..baby nak ogheo. Time tu jugak lah nak oreo. iklan susu nakan susu…Tapi iklan yang betul menambat hati dia adalah iklan McD. Dari dia duduk sampai dia akan bangun. Dok tengok je iklan tu.Rayyan rayyan..kalau pasal makan dia lah hero. makan je lah dia. Ni kalau masuk tadika jangan kena charge double pasal makan banyak dah la.

Semalam I tak masak sebab kiterang kena ke kedai Scholl sebab last Saturday ada beli kasut kat sana, so Selasa lepas masuk dalam Maybank2u masa nak bayar credit card, nampak dorang charge 2 kali. Ish ini tak boleh jadi! boleh mendatangkan kemarahan kalau dibiarkan!. Jadi terus lah I call bank tanya apa patut buat bla bla bla..Tapi sebelum tu kena mengadu dengan suami dulu sbb dia mesti tau procedure kan. Dah lepas mengadu kat bank, malam tu suami balik dia cakap..kalau nak cepat dapat refund call merchant. So I call kedai tu then esoknya (semalam lah) pergi kedai. Kita takde gaduh pun

…sebab ni semua boleh check. Kalau beli kat kedai pakai kredit kad, then kedai akan buat closing sebelum tutup kedai, sebab besoknye kena hantar claim kat bank. Jadi masa check dia akan tau, ada bayar lebih dari stok. Ha itu yang tau dan belajar masa kerja kat kedai Levi’s dulu. First job selepas habis belajar. So semalam dah settle kena amik masa seminggu untuk refund. Ye puan-puan, tuan-tuan semua kalau bayar pakai kredit kad, memang selalu kena check ye kat staement.

Lepas settle kat kedai, kenalah cari makan. Budak bertiga dah bising nak makan. Kiterang sampai depan Pizza Papa John konon nak makan situ tapi Rayyan tak nak masuk. Dia cakap tak nak pizza (bahasa Rayyan :ak nak iza ).. Dia tak pizza sbb dia nak Mc Donald. adeii memang akan skip makanlah mak pak kalau pi Mc D.  Nak tak nak keluar parking kiterang ke Mc D Taman Equine. Pi situ happy je muka dia.

8muka excited nak makan Mc D.yeay Rayyan tak pakai nappy pun keluar, dia tak nak nappy

Kheirul nak pi order tanya dia bebuda nak makan apa… Ashraff and Afriena nak makan Double Cheese.. Rayyan nak makan apa

Mama : Rayyan nak makan apa?

Rayyan : ek o nald (read: Mc Donald)

Mama :Ye lah kita kat Mc Donald la ni.  Rayyan nak Cheese Burger tak

Rayyan : ak nak cheese, ak nak ege , nak ek o nald (tak nak cheese, tak nak burger, nak Mc Donald)

7

Muka macam nak nangis sbb dia tak nak burger dia nak Mc Donald

Kalau ikut hati nak je I guling guling atas lantai Mc D demi menggelakkan Rayyan hahaha…. dia ni paham ke tak apa dia Mc D. So I pi kat Kheirul yang dok beratur, kiterang gelak senyap-senyap then decide beli Happy Meal untuk dia.

45

Abang n Kakak makan Double Cheeseburger. alahai nipisnya burger. Kalau kat singapore Mc Double dia lagi tebal and harga pun $2 je.

Kesian nya anak kecil ku ini .. nak Mc D. Dah sampai meal punyalah happy dia. Rupanya ek o nald dia tu adalah kentang goreng. Dia makan sebekas dia sorang sampai habis. Muka happy giler. Burger je tak makan kena simpan panaskan makan sat lagi.

3

Tengok…. macam cari harta karun. Marah dia kat papa dia makan fries sbb dia ingat papa dia amik dia punya. Siap bawak balik kotak tu…heheheh.

6

Ini yang saya makan. Banana and Walnut Muffin. Sedap la moist tapi kalau buat sendiri rasanya lagi sedap sbb saya boleh kurangkan kurang gula. Yang ni manis. Bila lah nak baking lagi ni. eh ehe jap, ada lagi saya makan, sedikit fries dan 1/2 ayam goreng share dgn Kheirul dan kulitnya telah di pow oleh anak-anak.

Best gak dinner sekali sekala time weekdays. nasib baik kerja sekolah dah siap kan.

Nasi Daun Pisang

Semalam rasanya…hari paling banyak makan. Mula dengan breakfast. Bangun pagi, I dah masak breakfast. I buat nasi goreng, sandwich dan goreng nugget. Memang weekend sekarang  breakfast kena buat macam-macam jenis. Senang anak-anak nak makan apa then supaya dorang kenyang. Tak payah nak busy buat lunch. Haaa itulah agenda sebenarnya. Malas masak lunch. Tapi semalam lepas breakfast kenyang dah, pukul 1pm gitu, Kheirul tanya…. nak makan maggi tak. Harus lah nak dah sebulan lebih kot tak makan maggi and dah lama tak nampak maggi kat pantry haaa pastu dia plak masak, apa lagi… makan lagi. Lepas makan , tido sat boleh? ye lah hari weekdays tak merasa tido siang, weekend je lah merasa

Lepas tido kejap, I bangun sidai baju…hahaha petang baru sidai baju, mau kena bebel ngan mak kalau dok kat kampung. hehehe kat sini tak payah tunggu pagi, malam pun boleh sidai sbb bukan sidai bawah matahari, kiterang sidai kat back yard pastu kering dengan angin je. Lepas sidai, pi pasar malam. Pasar malam Taman Tun tempat fav kiterang. Tujuan dia? cari buah. A day before dah pi Jusco nak beli buah tapi semua nampak tak menyelerakan. Pastu harga melampau mahal dah. Kerajaan kena pantau harga barang nampak nye. dah makin menjadi harga mahal-mahal semua.So dekat pasar malam, beli 2 jenis buah je, tak beli pun orange sbb masam masa kiterang try. Baik beli kat kedai auntie cina kat rumah ni. Dia cakap kalau cuaca ada hujan ke sejuk, buah oren masam … tapi dia cakap betul gak. So listen to old folk. Musim panas oren manis. So end up beli pisang sbb kegemaran anak-anak, dan buah anggur yang kecik.

Buah anggur kecik rasa dia macam anggur la. Anggur apa tah. I nampak kat Jusco brand sama harga berapa belas ringit tah, tapi kat pasar malam Taman Tun  cuma RM10. I suka beli kat Pasar Malam Taman Tun sbb dia jual macam-macam jenis buah dan harga lagi murah dari supermarket. Ada cherry, kiwi, korean strawberry..dan banyak lagi.

grape1

haaa ni lah… tinggal ni je Rayyan dah makan. Balik rumah cuci dgn garam pastu dia makan .

image

cute kan? kejap je ni habis. buat salad sedap kot. Kalau tak habis

Lepas beli buah, Kheirul ajak pi Bangsar. Dia cakap jom makan nasi daun pisang…. ohh husband,  I hetchu… kata nak kurus tapi you mention nasi daun pisang. Kepala dah terbayang sayur-syur dan lauk ikan goreng atas daun pisang. So off we go. Park kat BV (sakit hati, ada mangkuk hayun mana gesel kereta -笨 – dúr-dwp. Nasib baik tak kemek but sakit hati memandang) . Takpe Ujian Allah. Nasib baik perut dah kenyang.  Banyak jugak tempat meraound bawak bebudak masuk Borders baca buku while papa dorang pi bank buat kerja membayar dan sebagainya. Lepas tu baru makan.

nasi daun pisang

Ni lah nasi daun pisang. Macam biasa, sayur lebih, kuah banjir nasi sikit dan ikan goreng panas perah jus limau. Memang syiokkk. Makan mesti pakai tangan baru cool.

Kisah Rayyan

Rayyan taknak naik stroller, jadi dari BV ke Devis Corner, ke Mc D, semua dia jalan. Dia cakap tak nak stroller nak walk. I siap warned dia, kalau tired nanti , jangan mintak carry. Dia cakap no carry, walk. Memang dia berjalan je, sampai kat daun pisang nak makan (kids makan burger), dia baring hahaha dia cakap tired. Makan pun sikit. Kat rumah lepas mandi masa nak tidur tanya dia..tired walking? dia jawab tired…best.Mungkin maksud dia..penat jalan tapi best. Awal dia tidur semalam lepas makan pisang 2 biji.