Category Archives: Makan Time

Menu Sarapan yang senang

Apa menu sarapan yang senang nak buat? Ada orang yang senang adalah yang beli. Betul tu. Kat sini kalau yang common, asal beli breakfast mesti nasi lemak, roti canai, mee goreng.  Muak kan. Tapikan I kena mengaku yang I dah lama tak makan nasi lemak. Sangat rindu nak makan nasi lemak. Nak jugak masak nanti tapi kena lah ada sambal yang best. Sambal Sotong ke, sambal udang ke, lepas tu jangan lupa ikan bilis goreng dan telur rebus. Kalau kecik-kecik dulu ada lagi tambahan, ikan selar kuning goreng garing dan kangkung goreng. Memang best lah.

Tapi kalau hari biasa macam ni, orang pergi sekolah semua, tinggal berdua kami makan toast je. Senang nak buat dan sedap. My all time fav is , Butter n Sugar toast, sampai garing then cicah teh o kurang manis yang suam.

Alhamdulillah, lega perut yang kelaparan pepagi kalau makan macam ni. Then pukul 12 karang baru cari lunch plak.

image

Gulai Serati @Kelate Corner

Sapa pernah makan itik serati? Ok Ok Soalan pertama yang perlu di tanya, Sapa kenal itik serati?Kalau sapa tak kenal, meh sini saya cerita. Itik serati ni spesis itik jugak, tapi badan dia lebar. Pastu kalau dia jalan memang terkedek-kedek. Kalau kat Kelantan, mesti ada orang bela dia. Ye lah nanti dah cukup haul, boleh sembelih dan makan. Dulu masa kecik-kecik dulu kat kampung ramai orang bela itik serati. Lepas tu kan itik serati ni suka berak merata. Hish dah berapa kali saya kejar itik tu masa kecik dulu.

Walaupun dari kecik suka lah sangat kejar, suka buli serati tu, saya tak berapa ingat saya pernah makan serati ke tak? Rasa macam pernah makan tapi tak ingat dah rasa dia . Jadi bila dah tua macam ni bila dapat rasa makan memang rasa woww sedapnya. Jumaat lepas kan cuti tapi Ashraff dan Afriena sekolah, jadi lepas hantar dorang pergi sekolah, kami bertiga pergi sarapan. Sesutu yang jarang dapat buat ni. Nak kena tunggu Rayyan sekolah, baru boleh merasa dating berdua or perhaps a honeymoon trip. Kan bang? Kami singgah di Kelate Corner. Kelate Corner ni kat Merab, lokasi dah berubah . Dulu kat tempat buat U-turn, sekarang dah pindah  sebelah Ramal Seafood, bertentangan dengan Sekolah Abu Bakar Baginda. Alaaaa mesti boleh cari punya lah. Kalau dari SILK, nak ke Bangi mesti lalu Sek Abu Bakar Baginda. Sebelah Sekolah tu Kedai Kak Mah Nasi Dagang Gate 1, situ pun sedap makan. Kalau terus plak, seberang jalan Kelate Corner. Nanti nampaklah kereta berderet..haa situlah tempat dia.

Jumaat lepas, mulut Saya ada ulser, tapikan mesti mau makan,Perut sudah lapar. Jadi Saya order Nasi Kerabu dengan Gulai Serati. Kheirul plak order Nasi belauk gulai serati.Nasi Kerabu sedap dengan budu yang banyak dan sambal yang pedas. Kena plak dengan Teh O.Rayyan tak makan dia tido dalam stroller. Jadi kita bungkuskan dia, Pulut Sekaya, Kuih Lopes dan Akok. Haa Dia makan 2 keping each kecuali akok, dia makan semua.

Apa rasa gulai serati?

Subhanallah…sedap sangat. Rasa macam makan lauk ayam yang berperisa kambing. Cukup dengan rasa lemak disertai dengan kekenyalan daging serati. Memang kalau orang ajak makan lagi, laju je saya mau pergi. Rasa macam nak ternak serati plak. hahahaha

serati

Punya banyak minyak, tapi saya tapis minyak tu… hehehe nanti habis segala kalori yang dibakar ..hahaha.

Ikan Pekasam @D’ Limau Nipis

Sabtu Lepas banyak plak berjalan. Dari 10 pagi keluar sebab budak-budak ada appointment dengan denstist. Teermasuk lah saya yang kena buat appointment untuk buang gigi bongsu. saya adalah insan penakut dengan dengan jarum, tapi kena beranikan diri jugak untuk buang gigi bongsu tu. Doktor tu cakap, sementara you berani baik, cepat-cepat kasi buat. Sebenar nya ada klinik kat rumah ni, tapi melihat cara doktor cek gigi, macam dia tak yakin sangat. Bercakap pun macam tak berapa paham, maka ada baik nya pergi ngan doktor yang meyakinkan.  Lagipun doktor gigi ni mesra dengan budak-budak. Dia memang dah paham benar dengan perangai Afriena. Meraung satu taman kalau nak cabut gigi. Tapi semalam pergi klinik, dia first jumpa doktor. Cuma nampak merengek sikit dah tak nangis. Mungkin dia dah pandai malu kot. Saya dah cakap, bila pakai tudung perangai kena jaga.

image

Lepas habis jumpa doktor,saya jumpa kawan kawan lama sekejap. Oh my… rindu nya kat Nora. Kawan saya masa belajar kat UiTM dulu. Dah lam tak jumpa. Ada kat lebih 10 tahun kot. Bersembang pun tak lama, ANW, Thank Nora sebab beli lasagna dan sokong bisnes kawan kau. And thank you sbb cakap lasagna tu sedap . :)

image

Dah habis appointment kat Bukit Antarabangsa, kami ke Bangi plak. Mencari barang kat bakeri. Macam biasalah…ada je benda nak beli kan. Dan bila Rayyan bawak bakul ada je barang yang ambik, masa balik rumah ada.  Faham tak maksud saya ni??? Mama dia tak ambik benda tu, tiba-tiba masa bayar ada plak…

Dah habis membeli itu ini, Kami mencari makan pulak. Ohhh minggu ni kena banyak buat baking ni. Pusing-pusing cari kedai makan, jumpa D’Limau Nipis. Nam[ak ramai orang makan. Nampak ikan bakar, nasi campur…ohhhh kami memang mencari nasi lauk campur. Masa on the way nak ke restoran ada sorang lady tegur.

Assalamualaikum… ni akak sawanila kan???

Saya sangat keliru sebab ada orang kenal saya. Bukan saja saya, tapi Ashraff, Afriena dan Rayyan.

Saya jawab ye. Saya lupa apa yang disembangkan heheheh, sebab masa tu Rayyan nak start buat perangai nak berguling kat atas jalan. eeeee geram betul ngan sikecik ni. Dia sebenarnya, tak nak keluar kereta nak duduk dalam tu. tak nak makan. Tapi masa makan setengah ekor keli berlado tu dia makan.

Sorry ye awak, saya tak sempat tanya nama, nama blog bla bla..silly me. Tapi kalau awak baca post ni, awak silalah tinggalkan komen. Selain tu…terima kasih sangat sebab tegur saya hari tu. Mintak maaf sangat sebab tak boleh berlama-lamaan kat situ.

Dah habis di situ masuk restoran. Ashraff n Afriena amik bubur nasi dan mihun sup. Mihun sup habis Ashraff makan, bubur nasi pun dia tolong perabih makan. Memang dia makan banyak sekarang. Dah gemuk dah Ashraff sekarang. Afriena lah jugak leceh betul bab makan. Kheirul amik kerabu perut, gulai kawah pastu apa lagi tah. I tak tahu macam mana lauk dia, tapi dia kata sedap dan licin pinggan nya.

image

Pinggan saya plak cuma ada kerabu tauge dan keli berlado. Keli tu separuh Rayyan makan. Dia memang suka ikan keli. Lepas tu saya amik sekor ikan pekasam. Gilerr sedap ikan pekasam. Lauk lain tak pandang sebab itu semua boleh masak kat rumah. Tapi ikan pekasam??? lauk yang mungkin saya masak kat rumah sebab nanti bau busuk kan. hahaha Tapi memang sedap masakan kat situ. Layanan pun sangat mesra. Rasa macam pelik orang panggil saya Puan. hahahah nasibbaik bukan panggil datin kuang kuang kuang. Biasa orang panggil akak or adik je.

image