Category Archives: Makan Time

Raya 2014: Raya kat Singapore plak

Raya kat Singapore raya pertama jugak. Lepas habis beraya kat rumah Nenek mertua my bro..terus ke SIngapore. Ke Singapore dengan baju raya gitu. Hahaha gigih betul. Tapi Rayyan, masa kat melaka ke Muar, dia dah topless. Pakai seluar je, sampai lah ke parking rumah my cousin. Dia sempoi. Dah sampai sana, dia pakai baju balik, dah sampai rumah my cosin dia bukak balik. Dia ada dehal…. Tapi lepas tu dia mintak pakai baju balik sebab, dia nak simpan duit raya dalam poket baju raya.Heheheh geram betul ngan dia. Sampai sana dia berkawan dengan 2 pupu dia. lari sana lari sini. Bila tanya sapa, abang fren. Ada budak perempuan tak nak kawan. Budak tu punyalah dok tahan dia tengah jalan nak salam. Dah salam baru boleh jalan. kira tol la tu. Bila another 2 pupu datang dia main kat luar plak.. katanya nak balik sebab dia dah makan kenyang siap tunjuk perut dah besar. Pastu kena sound ngan nenek sedara.. Ingat Melaka sebelah rumah ke, dah habis makan nak balik. Memang Rayyan tau, nak bersembang nak posing raya pun susah. Nak balik . Main kat luar je

Haha itu cerita Rayyan…ada lagi cerita dia siap masuk hospital… next entry la ye.  Actually kjalan nak masuk Singapore punyalah jam. My cousin yang dok JB stranded 3 jam masuk Singapore. Kiterang yang patut pukul 2.30 sampai pukul 4.30 baru sampai. Lapar perut. Nasib baik bebudak behave. Dorang tido dalam kereta. Nasib kiterang baik sebab masa kat CIQ, Singapore officer suruh masuk lane lori. Agaknya  lori tak masuk Singapore that day. so we save an hour there. Memang cepat lah.  Dah lepas CIQ, baru boleh jalan. 20 min je pun ke rumah cousin. Sampai je terus pi solat dulu. Macam biasa punyalah ramai orang. We take turn makan. Ashraff , Afriena n Rayyan makan dulu. Siap bertambah budak bertiga. Makan nasi minyak ngan rendang. Baru I tau bebudak ni suka makan rendang. Balik KL pun masak rendang and they like it. habis …tadi pun request suruh masak rendang lagi. Weekend ni kena cari daging buat rendang nampaknya. Buat rendang, ayam merah ketupat nasi. Makan banyak lah dorang tu. Kuah kacang je belum masak. I miss sayur lodeh tapi dorang ni tak suka sangat. Maybe masak untuk I sikit je lah.

Sampai rumah my cousin, mestilah makan lontong my maklong yang tersedap. My mom agaknya orang paling happy dapat berya dengan adik beradik dia. For the first time in 37 years. Thanks to husband sbb bawak kiterang ke sana. Next time kita raya kat JB lah plak, senang biar semua boleh beraya kat Singapore n nanti takdelah lah tergesa-gesa nak balik KL kan… Insya Allah semoga permudahkan niat baik ni. Beraya kat rumah my cousin, jumpa another cousins, makcik pakcik, lama sey tak jumpa dorang for my mom lah for me…last year dah jumpa. Sorry lah kalau tak menyinggah rumah lain sbb sekejap je pun datang.  We all bersembang, gurau senda amik gambar then keluar kejap sbb my mom nak ke rumah abang dia. I call him Cik Atan. Sejam je kat situ. We called this raya is raya paling penat sbb pukul 10.30 malam pun masih lagi berbaju raya.  Dok beraya rumah orang Rayyan mintak burger… adehh minum air sampai 3 gelas… maklum penat naik tangga. Gambar raya ngan cosin belum dapt lagi so cuma dapat share gambar rumah uncle je.

5

nampak tak budak nakal tu berdiri macam mana? Dia tak sabar nak beli burger

Lepas tu… balik rumah cousin balik. Kiterang tido sana. Giler penat. Orang lain dah penat dah… Tapi Rayyan yang dah kenyang burger sebiji masih nak makan. Adehh dia mengadap maruku plak. Budak ni geramnya aku. Pastu ajak tido luar. Dey tambi ..amma sudah penat lah. Finally dia tido jugak. Pagi tu awal lagi dah bangun. I miss bunyi kereta bising, bunyi taici kat Singapore. Sbb dulu I used to stay with mak long n family. So rapat lah kan. kerja kat sana, kadang kena bebel… ala biasa lah macam mak sendiri and adik beradik sendiri lah. We had breakfast kat rumah another cousin sbb kedai makan tutup. Actually esok tu lagi banyak kerja. Kena pergi bank uruskan urusan CPF my mom, she is singaporean, every year dia dapat duit dari gomen. Lama beratur kat Bank, Lepas tu ke Ang Moh beli groceries sikit then berpisah kat Compass point lah. Lepas tu ke Beach Road plak. masa tu dah pukul dua. Hati berdoa suapaya ada jual sup tulang untuk dibawa pulang kepada orang-orang kat Melaka. Alhamdulillah ada rezeki untuk dorang. Tulang Merah Beach Road dari gerai Deen Tiga Rasa. Kedai dia je bukak. Baru je masak. Bungkus bawak balik Melaka. Kiterang cari nasi beriani, tapi kedai tutup…takpe next time ye .

6

Deen Tiga Rasa, selain tulang ada sup lidah, mutton chop, mee kuah, mee oreng n nasi goreng. Rasa nak bungkus semua tapi sbb nak jalan jauh..harus kulupaka niat itu

Dekat pukul 3 jugak baru gerak balik. Jalan keluar JB tak jam.  Cuma jam kat Muar nak masuk Melaka. Nasib ada GPS lalu jalan -jalan bengkang bengkok, Pukul 6.15 sampai. Sempat solat kat Homestay je. Lepas solat, panaskan tulang merah… kite menjamu selera. Semua suka hati dapat makan. My abah yang dah lama tak makan suka lah dia..so as my siblings lah. Kiterang beli S$30. Ada lebih dari 15 ketul rasa.  Entah tapi rasa macam lebih sbb pagi esoknya boleh panaskan  makan untuk breakfast plak.

 

14

Ni S$15 punya

16

kasi rapat tengok…. kuah dia yang sedap. cicah roti lama-lama sikit

12

Haaa nampak tak macam mana tuh… Sedap dia ada rasa manis bawang goreng, pedas-pedas sikit, lemak… jangan kira lemak lah…

tul

haaa nampak tak macam mana nak enjoy tulang ni?

 

Maggi Goreng for buka puasa

maggi goreng

Macam biasa, sebelum semua keluar pergi ke destinasi masing-masing, I akan amik order. Tanya nak makan apa untuk buka puasa. Kali ni pelik sikit, sbb dorang nak makan maggi goreng. maggi goreng??? ok ok I’ll make maggi goreng. Punyalah tak nak makan nasi kan. Masak 4 paket je. Letak sayur, letak lauk dan goreng. Senang je. Pukul 7 sempat lagi goreng. Buat macam kedai mamak, cuma takde tauhu je. Malas nak beli tauhu kat kedai sebab, asal beli je, rasa dia macam rasa masam sikit. Sambutan maggi goreng??? Memang lah sangat laku. Bertambah-tambah makan bebudak. Suka plak dorang makan. Tukar selera kot, selalu berbuka, kalau tak makan nasi, makan mee, tak pun roti atau pasta. So far for berbuka dah ada chicken chop, laksa, mee, burger, sandwich, pasta , roasted chicken n nasi goreng kot.

Ok lah ni dia resepi maggi goreng

Bahan-bahan

  • 4 Maggi perasa kari – celur sekejap, rencah amik 3 je
  • 1/2 mangkuk sotong yang dah dipotong
  • 1 ketul fish cake
  • 1 mangkuk taugeh
  • 4 sudu kicap
  • 2 ulas bawang putih – cincang lumat
  • 1/2 biji bawang besar hiris nipis
  • 2 biji telus
  • 1/2 biji cili merah cincang – boleh guna cili kisar
  • limau kasturi
  • daun sup dan daun bawang
  • bawang goreng
  • sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  • Panaskan minyak, tumis bawang dan cili hingga naik bau
  • masukkan sotong, kacau sampai setengah masak dan masukkan fishcake
  • Kacau seketika dan masukkan rencah
  • Kacau rata dan masukkan mee, kicap
  • Kacau rata, hingga kicap sebati, dan masuk kan telur ditengah-tengah
  • Biarkan telur masak, gaul rata dan masukka taugeh
  • Masak sekejap tapi jangan biar taugeh layu, dan angkat
  • Hidang dengan daun sup, bawang goreng dan limau kasturi.

 

 

Roasted Chicken untuk berbuka

Kat rumah ni, juadah berbuka puasa mesti tukar tukar. Kalau hari ni makan nasi esok kena makan sandwich, tak pun pasta, atau masak western . Janji bukan nasi hari-hari sebab bebudak ni kalau makan nasi rasa kesian je sbb dorang tak berapa lalu. Cuba kalau berbuka makan pastake, sandwich ke, burger ke? laju je dorang tau. Begitulah anak-anak saya yang tak suka makan nasi. Jumaat lepas , I masak roasted chicken.  MAsakan paling senang lah… senang sebab tak payah cuci kuali, lap dapur semua kan. FYI, I tak suka masak goreng-goreng sbb nanti terpercik walaupun dah tutup.. Lagi suka masak boiling, kukus atau bakar.  Resepi masak roasted chicken ni senang je…

Bahan-bahan

  • 4 ketul whole leg of chicken
  • parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
  • jus lemon dari 1/2 biji lemon
  • 8 ulas bawang putih – dicelur sekejap
  • 2 sudu kecil Rosemary
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • 3 sudu mentega

Cara-cara

  • campurkan kulit lemon dgn mentega, rosemary , garam dan lada hitam – gaul rata seperti paste
  • sapu pada ayam
  • bakar bersama bawang putih celur untuk 45 minit pada suhu 180 atau sehingga masak
  • sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran.

Kali ni saya buat sos cendawan mc cormick tapi tumis  lagi dengan bawang. So dia karamel sikit sikit. Makan dengan mashed potato dan sayur yang dikukus dan bawang putih panggang. Sedap bawang putih panggan tu rasa macam butter je.

image

Haaaa letak butter macam ni lah

image

Dah siap masak. Jus Ayam tu jangan buang sebab nanti boleh jirus atas ayam masa nak makan

image

Inilah juadah berbuka puasa kiterang. Senang kan. Makan macam ni pun dah kenyang.