Category Archives: Makan Time

Cold Sunday with Hot Dish

Biasalah… musim winter macam ni. sejuk je kan. Winter lah sangat…. musim bah. Sepanjang last week , dok follow update dari member-member pasal banjir kat Kelantan. Memang besar jugak banjir kali ni. Iru lah kuasa tuhan. Tapi kesusahan ada kesenangannya. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Ikan senang dapat. Tahan pukat je dapat ikan. Dulu kalau masa kecik-kecik dulu time banjir je, mesti dapat makan ikan sungai. Tak ikan sungat ikan darat. Sebab senang dapat. Kalau ikan dara tu…siap boleh nampak dalam dalam parit.

Kiterang tak balik kampung pun. Hujung-hujung tahun macam ni, suami busy je lah… so lepak kat rumah. Paling jauh keluar rumah pi kedai mamak makan nasi daun pisang. Kiterang jumpa restoran nasi daun pisang yang sedap. Rupanya dekat ngan rumah je. Nama restoran tu Maulana Daun Pisang. Restoran tu kat Equine. Kalau dari Serdang, AEON sebelah kanan, tapi restoran ni  kena masuk junction kiri. First masuk akan nampak Maulana food court, tapi bukan yang tu…masuk lagi sikit baru jumpa. Takde plak koordinat dia. Senang-senang cari kat GPS tu hah

image Rasa dia? Selalu kiterang makan kat Devi’s Corner Bangsar..kira dah sedap dah tu tapi yang ni lagi sedap. Sebab kuah dia memang power. Mamak yang tuang kuah senyum je bila I mintak kuah banjir. This is me kalau makan kuah kari. Itu je yang I makan. Selalu I akan amik ikan goreng tapi kali ni takde ikan yang memikat kalbu. so makan ni je and sangat sedap. Cuma satu je… pedas sikit untuk I. Bebudak lak order maggi…amboi sindir mama nampak mentang-mentang mama tak kasi beli maggi letak kat rumah, dorang order maggi. Makan lah dua beradik tu. Rayyan yang order roti canai, dia switch makanan dia ngan Afriena sbb dia nak maggi  and Afriena plak nak roti canai. Korang ni pelik tau… habis dorang makan.  Harga makanan kat sini murah sikit lah dari Bangsar. Dah jumpa port baru syok lah nak makan sini.  Sekali sekala boleh lah kan.

Semalam .. lepas Teakwondo, balik rumah lunch cuma goreng pisang. Bebudak ni lah request goreng pisang cheese. I guna pisang tanduk. Kalau beli 2 bekas pun tak cukup, So baiklah buat sendiri. Ha makan lah korang kenyang-kenyang. Petang lepas asar baru lah I masak dinner. Memang early dinner semalam. Rayyan makan bertambah-tambah.  Dia kata sedap. Dah lah pagi tu dia citer, dia keluar ngan papa…padahal turun makan sarapan kat bawah je. Tanya dia makan apa? Makan roti canai..I tanya makan berapa..makan dua. I tanya Kheirul…Kheirul cakap bukan roti kosong, roti telur dua…gulp… banyak betul dia makan. Pastu tanya dia..minum air apa…dia jawap air tak tau… hahahaha…

I masak simple dish semalam.

image

Taugeh masak air , terung sambal requested by Ashraff, Sambal udang petai and ayaym goreng kicap.

Masak sikit-sikit…and alhamdulillah habis. Udang sambal tu , I guna udang kecik je. Dulu kecik-kecik my mom kalau buat sambal udang guna udang ni je. Rasa dia lagi sedap. Kalau udang besar manis dia kurang. Semalam ingat nak beli udang besar sekali sekila RM30, nampak udang murah ni, amik je lah udang ni. Jarang jumpa udang kecik ni… kat kedai tulis udang sayur…. Nanti nak beli lagi lah… Buat sambal nasi lemak pastu bungkus daun pisang… pehhh mesti sedap.

Ayam goreng kicap tu masak simple je. Bebudak suka lah….Selalu ayam kicap rebus tapi sebab dah boring…buat camni plak. Nanti I buat lagi sekali amik gambar sopan sikit, then I share resepi ye. Insya Allah.

image

Ayam goreng kicap sempoi

 

Sabtu , AM to PM

Memang penat hari  Sabtu hari tu. From AM to PM.

AM

bermula dari pukul 5  lagi sebab nak kena masak macn’ cheese untuk potluck sekolah. Ashraff n Afriena cakap kena bawak jugak untuk kawan-kawan.  Hari tu ada ihtifal. Pukul 5 dah mula bersilat kat dapur. bangun masak potluck, cuci baju, sidai baju, buat apa yang patut, kejut bebudak, kemas sikit-sikit, 7.30 dah keluar rumah. Nasib baik buat kat Dewan dekat ngan sekolah. Dah sampai sekolah ambil nombor giliran lepas tu duduk. Tunggu VIP datang , ucapan alu-aluan then  kita layanlah persembahan anak-anak tahfiz.

image

persembahan koir… baru nak start tengah masuk baris

Ashraff masuk persembahan pembukaan, nyanyi lagu Asma ul husna, lagu jihad Al Amal, and Negaraku. Peghhh semangat betul dorang nyanyi. Afriena masuk Koir Madagascar. Lepas tu ada lagi persembahan hebat, persembahan dari persatuan seni silat, persembahan tahfiz , bacaaan ayat suci Alquran bertarannum. Hebat-hebat anak-anak tahfiz ni.  Lama lah jugak persembahan nya sebab sekolah ni ada tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Bawah satu bumbung.

image

Ashraff dapat Hadiah… Itu Datin pengetua sekolah

Selang seli dengan majlis penyampaian hadiah. Alhamdulillah dua-dua naik pentas tahun ni. Afriena dapat nombor 3 dalam kelas… dia sebenarnya boleh dapat nombor satu kalau Bahasa Melayu dia hebat seperti Bahasa Inggeris yang selalu dapat A. Kalau dapat B tu dah kira bagus tapi seingat I tak pernah kot. Bahasa Arab dia lagi bagus dari Bahasa Melayu. Takpe boleh usaha lagi. Bukan sijil atau A yang dicari, tapi ilmu. Itu pesanan Datuk YB penaung  sekolah.

Ashraff plak, dia dapat Penghafaz terbaik peringkat halaqah.  Dapat nombor 3. Tersenyum-senyum dia dari jauh pandang kat mama dia. Syabbas bēṭā… Tak sangka dia boleh. Hafazan dorang bukan setakat hafaz lisan, dorang kena tulis. Semoga anak-anak dapat ilmu yang berkat.. Ameen

image

Dah habis majlis terus berterabur…

PM

Lepas Ihtifal…bergerak ke rumah SIL aka kakak Kheirul. Dia baru pindah. Bebudak ni suka lah. turun naik rumah sbb rumah 2 tingkat. SIL plak melayan, suruh mandi lah, makan kek lah.. makan buah lah… lepas tu lunch. Lunch yang sedap lauk banyak sebab MIL masak banyak.  Lama jugak lepak sampai ke tea time lah sbb tunggu BIL plak sampai. Semua adik beradik ada kat situ.

image

sebab baru pindah maka kena guna cofee table untuk makan. Ada ta miu, ikan goreng, rendang dan ayam kicap serta sambal. Masakan biasa yang di masak dengan penuh kasih sayang

Tea time – ada butir nako. Sedap

Pukul 6 lebih gitu, kiterang ke  hospital plak. Hospital  Columbia kat Bukit rimau, sebab my SIL aka wife kepada  my brother  masuk spital. Dah masuk 6 hari dah, baru berkesempatan boleh gi tengok sbb hari budak sekolah, pastu budak baru baik demam, tu yang tak pergi hospital. My SIL kena dengg and at a same time dia  kena buang apendiks. Sedang elok, pergi melawat, pastu dia dapat keluar spital dah.

Sampai pukul 8 lah kat situ… pastu baru balik rumah. Tapi still kena singggah tapau sebab Rayyan kata lapar. Ayat dia bunyi macam ni

Mama…Rayyan lapar lagi

Tak makan pun

Pastu buat muka penuh simpati. Nampak tak pendekatan dia, mintak simpati? I rasa dia baru makan goreng pisang and kerepok lekor masa nak ke hospital. Kat rumah SIL makan nasi, kek pastu pisang satu sikat 3 beradik ni habiskan. So singgah beli makanan terus balik rumah makan kat rumah. Fuhhh letih sungguh dahlah esok ada kelas Taekwondo.

Alhamdulillah….larat lagi ke kelas

Syukur Ya Allah…

Mee Rebus Tulang @Zz Sup Tulang

Hari sabtu lepas, kiterang ke singapore. Pergi balik hari je. bak kata sepupu dan sedara mara, datang singapore macam pergi Geylang je kan? Hehehehe what to do, bebudak ada exam so, kena balik untuk study. So sebelum masuk singapore, kiterang singgah di ZZ Sup Tulang dulu untuk breakfast. Hari tu pergi masa lunch, mee Rebus tulang belum ada ke habis, so datang masa breakfast. Dapat lah merasa. Rasa dia? Sama je dengan mee rebus dorang yang biasa tu cuma tambah tulang dua ketul je. My tulang …I share ngan Ashraff. Bebudak plak makan roti canai. Afriena , roti kosong, Ashraff ,roti telur n Rayyan roti tampal. Roti canai dia sedap. Sbb kuah dia memang sedap. Mee rebus dia memang terbaik. Kuah pekat, cukup rasa masan dan manis dia. Sebenarnya tak cukup tau macam nak order lagi satu, tapi mengenangkan nak makan kenduri sat lagi, maka kena tahan lah nafsu tu.

Mee Rebus Tulang

Mee Rebus Tulang

image

Nampak tulang tu? Sedap tau

image

Roti tampal Rayyan

Next time kalau ke JB, Insya’ Allah nak pergi lagi.