Category Archives: Makan Time

Pizza time!!!!!!!!!

Dah abis beraya sekarang, bebuda datang mood nak makan pizza je. Kalau cakap kat papa nya, dia cakap order je, tapi kalau cakap kat mama…mama cakap kita buat sendiri lah lagi sedap. Budak-budak hoorayyy..

Buat pizza dengan bebudak is something yang happy .. happy untuk dorang but not for me… habis sepah dapur aku tau. Kalau order domino or pizza hut, pizza yang dapat kadang-kadang berminyak-minyak , sometimes keras lah…ada je komplen. 3 biji regular pizza… kalau beli mesti dah RM50 dah. Tu belum lagi tambah extra cheese. Kejap je buat pun. agak-agak sejam sebelum nak makan … boleh lah uli.  Uli 15-20 minit guna tangan , pastu biarkan sampai dia kembang. Alah macam buat roti.

Resepi doh pizza

Bahan-bahan

  • 500g gandum (saya guna japanese bread flour dan tepung biasa)
  • 2 sudu kecil yis
  • secubit garam
  • 2 sudu kecil gula
  • air secukupnya
  • 3 sudu besar minyak (minyak kelapa sawit atau minyak zaitun)

Cara-cara

  • satukan bahan-bahan kering
  • bila dah sebati buat telaga kecil kat tengah-tengah
  • lepas tu masukkan minyak, gaul dan diikuti dengan air. Masukkan air sedikit demi sedikit
  • lepas tu uli. Kalau rasa kurang air, tambah sikit sikit, Uli sampai doh tak lekat kat tangan . Ini konsep samalah nak  buat roti canai… dulu-dulu kalau tengok mak ke abah uli roti canai, dorang cakap uli sampai tak lekat kat tangan
  • Pastu uli lah sampai doh lembut dalam masa 20 minit kot.
  • Lepas dah uli doh… ha peraplah dia sampai kembang semangkuk dalam 45 minit dah ok dah

Untuk topping… letak lah topping apa-apa yan terlintas di fikiran anda.

macam kiterang, I guna pasta sauce dah masak dengan roasted bell pepper. So rasa dia ada macam smoked and manis. Boleh cuba.

Resepi tomato sauce…

  •  1 tin sos prego
  • 1 biji bell pepper – bakar sama dia, sampai hitam gelap kulit bel pepper, bila dah terbakar kulit dia, letak dalam brown beg sampai sejuk.
  • Bila dah sejuk, kopek kulit yang hitam tu, jangan cuci bell pepper tu sbb nanti dia hilang manis dia.
  • Lepas tu dadu dia, dan masak lah dengan sos prego sampai mendidih. Selalunya, sos ni I simpan dalam fridge, bila-bila nak makan , boleh panas kan kuah, makan dengan pasta atau buat sos pizza, buat meatball…

Senangkan… jangan susahkan diri anda… make it simple

Untuk topping plak… simple je, tengok apa yang ada dalam fridge. I guna sosej, potong dadu,

Untuk buat pizza, I leperkan dia dengan tangan je, letak atas pan atau dulang, sapukan minyak zaitun atau minyak  biasa.  Bila dah leperkan doh, parut sebiji bawang putih atas doh..tabur kan… kalau ada yang tak habis dalam separuh tu, benamkan bawang putih tu kat tengah doh.. percayalah… bila bakar bau dia sedap, dan boleh buat ubat kentut. Lepas tu baru sapu tomato sauce, tabur cheese , tabur sosej lepas tu cheese balik then bakar dalam suhu 200 darjah celcius ( jangan lupa panaskan oven dulu , dalam 20 minit sebelum bakar pizza) untuk 10-15 minit, … tadaaa siap… Memang sedap alhamdulillah… anak-anak suka,papa pun suka…

try lah

pizza 1

sebab pizza sendiri ikut suka lah nak bentuk macam mana… ikutlah budak…

pizza 2

Yang ni I yang buat… nampak jujur je…

sosej

sambil-sambil tu… buat sausage in blanket… yang ni pun dorang tabur cheese…ikut suka lah budak

Resepi Paling Hit dalam Sawanila.com

Inilah resepi yang paling hits dalam sawanila.com. Kari sotong yang mudah dan sedap.  Memang sedap kari sotong ni, nak plak kalau dapat sotong yang ada teluur. juling-juling mata makan nasi. Kena pulak ada sambal belacan atau sambal tempoyak, Ikan masin goreng dan ulam…. pehhh memang meleleh je air liur. Total hits untuk resepi ni dari sejak di “publishkan” adalah 21252 hits and akan mungkin lebih. Setiap hari ada je orang cari.

kari sotong

Alhamdulillah…moga dapat membantu ibu-ibu yang busy bekerja, anak-anak dara yang baru  belajar nak masak atau anak-anak bujang yang dok rumah sewa. kata GST kan haa masak lah tapi jangan lah korang tayang  masakan dorang dalam kuali dengan dihiasi timun dan cili tak buang tangkai kan.heheheh gurau je jangan marah ha…

kalau nak resepi

click kat bawah ni

Resepi Kari Sotong Mudah dan Sedap

Resepi Kari Sotong Yang Sedap

 

Berbuka di rumah

Alhamdulillah finally, baru dapat berbuka di rumah. Sebabnya .. biasalah pempuan mesti ada off daykan. So ahad tu, tak masak pun, kiterang beli je kat Bazar. Usaha gitu..pi bazar ramadhan kat Cheras semata-mata nak beli Nasi kat Tok Deng Kitchen. Apa yang speselnya adalah sebab dia pumya lauk goreng kunyit dia memang sedap, pedas berasap… Dah 2 mingu berturut-turut pi Tok Deng nih. Kat Bazar tu… Kheirul je yang pi, I tunggu dalam kereta ngan bebudak. Panas kan kat luar so…dorang nak aircond je. Nasib baik tak banyak yang heirul beli. Nasi untuk 2 orang, Nasi goreng sebungkus untuk kids, ayam goreng sorang satu and kuih 2 bekas kecik dan seekor ikan keli.Eh sat sat… murtabak sekeping…. Alhamdulillah habis  tak membazir. Hari ahad dapat rasa dok atas kerusi kat rumah berbuka…image

image

Nilah rupa Nasi Tok Deng…Pedas berasap… selalu makan, kalau time Kheirul balik rumah time lunch, dia singgah beli …

And semalam hari isnin, baru dapat masak untuk berbuka. Takdelah spesel mana pun, I buat Mee Soto, pastu kuih puteri mandi dan potong buah tembikai. Senang je masak.Masala nak dok lama kat dapur ngan senggugut bagai nih. Lepas masak boleh lepak tengok bebudak buat homework.