Category Archives: Makan Time

BBQ TOwn @Mid Valley Again

Sabtu lepas, since Kheirul ni orang yang sanga busy kan, So Kiterang kena booking him for his Birthday dinner. Bila dia kata free hari Sabtu sebab Sabtu pagi till petang meeting, Ahad pun sama meeting, Senin budak dah sekolah…so Sabtu lah kena keluar celebrate birthday dia. Lokasi nya kat BBQ Town.

image

Ni kira tempat makan favorite family kiteang lah . Memang satu family suka makan BBQ, steambot. Bak kata Rayyan… Rayyan suka makan kat sini. Makan besar. Rayyan asal makan best dia suka lah tapi kena mood dia ok lah dulu.

Kita tengok gambar jelah ye

Selalu kiterang makan kat sini makan lunch je, kali ni dineer. Rupanya dinner lagi best. Ada udang, ayam, kambing, n daging lembu free flow gitu.

healthy bar

Healthy bar.  Kali ni my fav vegie ada. I suka segala jenis mushroom, pastu suka japanese pumpkin, dan yam. Sayur lain pun makan gak, sayur bayam, letak dalam sup memang sedap. Budak-budak plak suka dengan cheese seafood ball. Doranf pun dah pandai makan benda -benda ni. Sayur, segala jenis ball, tau amik dipping sauce sendiri. Birthday boy plak, semua dia suka esp sotong ,isi kupang ke kepah, n meat ball yang ada sop. I tengok dia dok ulang amik benda. Semua benda dia amik kecuali mushroom. Takleh makan kang ada yang muntah hijau.

image

Dipping sauce. I love the bbq sauce tu. Campur, cili padi + garlic+bbq sauce +lemon juice. Memang perfect.

image

Daging ni buat bbq pastu, celup bbq sauce then balut dalam daun salad takpun makan dengan shredded cabbage. Shredded cabbage tu boleh habis sepinggan penuh. Kiterang just amik beef, lamb and prawn. Chicken tak nak. Yang ni boleh refill tapi perut dah penuh.

image

Udang ni fav Rayyan. Kalau Ashraff , dia suka lamb, Afriena dia suka healthy bar items. Dia kan susah nak makan, Ha kalau bawak sini dia sukalah sushi. Tapi kejap-kejap tanya, bila boleh makan ice cream? Suruh jugak dia makan sampai kenyang baru boleh makan ice cream.

image

Afriena suka lah ni. I pun suka tapi takleh makan banyak sebab perut memang spare untuk BBQ  n Steambot

image

Ni pot budak. Dorang amik chicken soup. Masak sendirilah anak-anak.

image

NI pot kiterang. Sup shabu-shabu kot.Pedas sikit. Tapi tak pedas pun. Bila tengok ni, sambil menulis air liur dah meleleh nak makan lagi.

image

Kanda papa (bebudak suruh mama dorang panggil papa dorang kanda papa), kadang-kadang I panggil honey, sweetheart, dorang cakap panggil lah kanda papa. Ingat papa zola ke?

image

Pastu ada waiter datang snapkan gambar. Bagus pekerja kat sini, very helpful dan friendly. Siap tolong masakkan. hehehehe  tq. Kejap-kejap datang atted tanya are you ok, are you ok sampai naik segan dah ni. Tenogk senyuman masing-masing. senyum yang macam-macam jenis. Ada yang senyum keibuan, senyum nak cute, senyum terpaksa, senyum taknak senyum dan senyum kebapaan.

image

Finally… dessert. Ice cream time!!!! Orang first yang makan ice cream was Afriena. Ni Kheirul punya. Mine was only Green Tea Ice Cream. I love this ice cream so much…

image

Alhamdulillah kenyang perut. Apa lagi dah kenyang balik lah rumah. Lepas tu tido lambat sebab layan citer Bajrangi Bhaijaan.

BTW… Happy Birthday Kanda Papa… We love you

Tomyam kelapa @perantau hill

Ni kali kedua pergi makan kat Perantau Hill. Perantau Hill kar Merab je. Dekat je ngan rumah. First time pergi main terjah je, takde baca review ke apa sbb masa tu I tak sihat so makan je… first time rasa sotong celup tepung dia… sedap sebab rangup di luar dan sotong dia lembut dalam. Ok ok meh kita tunjuk gambar dan citer

Second time pergi order nya seperti dibawah

image

Chicken chop. Afriena yang order. Dia makan habis. kemungkinan besar sedap sebab Afriena kan cerewet. Ashraff rasa dia kata sedap. Ok mungkin sedap lah ni.image

Fish n’ Chips. Ashraff punya. dia kata sedap. I memang tak rasa western dorang sbb I busy dengan my order and suap Rayyan.

image

Yang ni memang sedap. Tomyam campur. Ada udang, lala, sotong dan ayam. Rasa kuah dia masam, manis sikit dan pedas sikit. Pastu ada isi kelapa. Memang sedaplah. Tak tau nak citer macam mana. Next time kalau pi makan sini, I nak order ni je. Tak nak nasi sebab kalau ada ni, I terlupa nak makan nasi.image

Soft shells crab pun sedap. Tapi bila dah lama sangat kat pinggan tu dia jadi soggy. Yang dia masak salted egg Thai style. Masa panas sedap, bila sejuk I tak suka. Tapi habis jugak semua makan.

image

Yang ni sedap sebab bebudak suka makan. Dia rangup kat luar dan sotong dia lembut kat dalam. Rayyan suka lah makan sotong ni. Sebab dia tau mama dia memang susah sangat nak goreng-goreng kat rumah sbb tak nak sepah rumah so dia order kat kedai. Selalu kalau makan sotong tepung mesti dia celup tepung sampai nak jadi jemput-jemput. Yang ni sedap. We ‘re like it

Has Raz Western Food & Beverage

Masa cuti tahun baru hari tu, semua orang balik kampung, bercuti lah..sob sob sedih nya huhuhu..tapi kiterang disini. aik kereta ronda KL, jalan punya lengang. Hari jumaat tau. Lengan tapi penuh ngan warga asing. Dah rasa macam dok bangla pun ada dok vietnam pun ada.  Pusing-pusing ronda-ronda sampailah ke Ampang. Lepas solat maghrib, cari tempat makan. Tengok banyak tak menarik sekali lalu depan pestauran Has Raz…mmm nampak sedap , tenang je.

Hahaha masuk dalam tu..wah ada western. Suka lah bebudak ni. Rayyan n Afriena order Hotdog cheese, Me n Ashraff order sizzling lamb chop and Kheirul order sizzling chicken chop. Tak sampai 20 minit makanan dah sampai. terkejut gak eh cepat nye. Meh tengok gambar

image

Ni budak berdua tu punya. sorang satu lah. Habis makan hotdog Rayyan usha I punya lamb chop.Dia kata nak rasa je, bukan nak makan. Tapi dia punya rasa setengah pinggan dia makan. Bayangkan kalau suap dia ala ala nak rasa, satu suap untuk dia, satu suap untuk mama, lepas tetiba Afrienaa nak try sikit, pastu tetiba afriena mik fries.. you all bayangkan kasih sayang tu kat mama asyik nak pow makanan mama je dorang. Rayyan kata sedap. Ashraff diam je, I tau sedap. Dia kalau sedap dia makan diam, sbb dia tak nak orang tau apa yang dia makan sedap so that takde orang mintak. Papanya plak tengok my lamb chop macam kucing tengok ikan. Dia rasa sikit, lepas dia kata..kesian mama ..mesti tak cukup. order lagi satulah..ehem ehem..padahal dia pun terliur sbb chicken chop dia dah abis makan.

image

Ni la rupa lamb chop dia. walau nampak messy…tapi sedap. gravvy dia sedap sesuai dengan harga RM18. No complain alhamdulillah sedap dan kalau boleh jilat pan tu, agaknya Ashraff jilat kot. Dia kata sedap. Seriously kalau dia kata sedap…dah makan 1 pinggan lebih-lebihsebab kita orang tambah order untuk share berempat..lepas tu dia pi sudukan kuah sampai licin memang sedaplah. Memang akan repeat lagi kalau nak makan western yang murah.

image

Ni chicken chop kheirul. Sedap. I rasa sikit je… dia pun sama makan senyap je. Ni semua taknak kasi orang rasa lah kan hahahah…ayam dia juicy, lembut, gravy sedap.

image

Ni lah rupa kedai dia. Suasana tenang, orang ramai tapi manageable. Memang orang tak tunggu lama untuk dapat makan. Lepas tu pekerja kat sini semua peramah, sangat islamic oriented, masuk je kasi salam, senyum dan yang lebih penting, I could see lot of loves kat sini. Kasih sayang anak-ibu dan adik beradik. I guess this is family business. Subhanallah…

You all patut try makan sini. Ada burgers, lamb chop, steaks chicken chops and banyak lagi.

Here is the MAP

NO.8 GROUND FLOOR, JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT, 68000, AMPANG,SELANGOR
Ampang, Kuala Lumpur
016-376 3369