Category Archives: Makan Time

Simple Dinner

Hari ni for dinner, I cooked Spaghetti Carbonara. Very simple. I just beli readymade mush carbonara cap Prego and letak hot dog yang telah digoreng garing. FYI, Ashraff request nak makan Spaghetti last night. Pastu pagi Afriena plak yang mengidam. Siap boleh cakap nak White sauce tak nak tomato sauce. budak-budak zaman sekarang… tapi takpa pasal makan mama you all tak kisah.

tengok lah camner dorang layan 2nd dinner dorang.Actually every day,memang dorang dah dinner kat school. tadi dorang had dinner rice, soup vegie and chicken. Biasalah everyday 2 kali dinner la dorang ni. FYI Ashraff makan 2 pinggan tau. tengok tu makan depan PC sambil dok main Sawagames. Afriena cam biasa makan mesti nak control cun and amik masa 1 jam nak abis makanan dia.

ni la gambar makan semalam

Birthday Lunch

I don’t want to write much… Let the pics speaks….

From left: Very fresh home made coleslaw, the perfect honey lemon roasted chicken and tasty honey brown sauce.

This is the Grand Birthday Dish. Honey Lemon Roasted Chicken Fresh from SawaOven.

Makan Petang Kat Aji Don Alley, Plaza Damas

Hari ni kita sekeluarga tidak ada mood untuk makan tengahari sebab kita dah ambil heavy breakfast. Kita sekeluarga keluar agak petang juga dalam jam 3:30pm dan sampai ke Plaza Damas dalam jam 4.

Sampai-sampai aja perut pon rasa lapar. Rancangan asal cuma nak makan ringan-ringan aja sekadar alas perut.. so nampak plak Warong Aji-Don Alley yang dikatakan gempak dengan pilihan makanannye…. so kita orang order ni aja….

Semua minum air tebu… pas tu Ashraff + Afriena nak makan kepok lekor… ok la.. secara ikhlas kita orang cakap.. kepok lekor ni tak lulus Ujian Kesedapan Sawanila.com. Kalu setakat nak makan tu ok la.. Harganya pula RM2 untuk 5 ketul… so agak mahal bagi kepok lekor…. tapi air tebu dia sedap…

ok lepas tu plak saya order the Famous Mee Rebus Baidali tu.. mula-mula nak juga merasa mee rebus yang terkenal kat dalam internet nih.. tapi hampa sebab dah abis… so order mee rebus biasa aja.. Harganya RM4…. Harga boleh tahan murah… rasernye… *tiiinnnggg* <- mentol nyala jap… SEDAP beb.. rasa memang cam mee rebus asli Johor… memang Sah LULUS Ujian Kesedapan Sawanila.com dengan cemerlangnye… cuma satu jer nak complain.. skit sangat beb… makan sepinggan tak cukop….

Yatie plak dia order Nasi Ayam…. Nasi Ayam ni lulus gaks ujian kesedapan Sawanila.com tapi takde la cemerlang. Yatie cakap nasi ayam dia banyak pakai ajinomoto… lagi satu Yatie cakap sedap lagi nasi ayam yang dia masak.. <– Yatie memang pro masak nasi ayam.. kalau tak caya tanya ler sapa yang dah makan nasi ayam dia…

Sambung skit lagi….Oleh kerana tak cukop makan mee rebus tu.. saya order plak Nasik Lemak Ayam Goreng kat gerai sebelah plak… emm.. Bau ayam goreng berempahnye pon sudah cukop menusuk kalbu… bila sampai plak.. huiih.. ayamnye dah dikebas oleh Ashraff… sedap ayam goreng berempahnya… sambalnya pon tak pedas sangat.. secara keseluruhannye.. nasi lemak ni memang sedap dan Lulus Ujian Kesedapan Sawanila.com. Harganya pon berpatutan.. cuma RM5 aja sepinggan cam gambar kat bawah ni……

Dan inilah markah yang kami bagi