Category Archives: Makan Time

Restoran Sup dan Popiah, Zaiton Husin

Kali kedua ni pergi makan sini. Dulu pergi masa Ashraff baru lepas bersunat.  Sedap .. Rasa yang sama harga mungkin berbeza. hahahaha

Ni semua sbb tengok destinasi budget lah ni. Order sup sorang satu dan popiah 2 set. Rayyan tak makan sbb dia dok meraung nangis. Panas lah tu.

popiah

popiah satu set- 2 ketul… pastu siap bungkus lagi

sup campur

Sup campur. Sepatutnya I punya tapi sebab ada hati dalam tu…I cannot eat already. tukar ngan kheirul. Dia kata sedap. Ada perut, ada macam-macam lah dalam tu.sup rusuk kambing

Sup rusuk kambing- 1 untuk mama, satu untuk Ashraff. Sedap, lemak berkrim badan terus berpeluh

Afriena plajk makan sup puyuh. tiada dalam gambar. Habis licin dia makan. amazing, awesome… sebab jarang dia makan licin. Dia kata sedap n macam nak pergi lagi. Sup-sup ni semua best cicah roti benggali. Sedap. Rayyan tak makan sbb dia nangis. Biarkan je dia.

Tak nak komen banyak tengok je gambar dia. Nak pi makan kena pi sendiri

N0 9 Jalan Puah Jaya
Taman Setapak
Setapak, Kuala Lumpur

Belakang( ke tepi) Masjid Setapak

Penang Har Mee

 

1Dah lama tak makan mee udang semenjak foodcourt yang kat Lot 10 tu tutup. Kat situ mee udang dia sedap. Mee udang penang .. ada yang panggil Penang Hokkien noodle, Har mee.  Bercerita pasal mee udang pun dah rasa macam menitis dan tertelan air liur. Mee Udang biasanya kena ada rasa manis udang, ada rasa pedas sikit..

Sabtu lepas pergi spermarket saja cari barang dapur, so Kheirul lah tetiba cakap, kita masak mee udang nak? perkataan “kita” mengambarkan sesatu yang harmoni iaitu masak bersama. Tapi takdenya hahaha I masak sorang je.  Bahan utama untuk masak Mee Udang ialah udang. Carilah udang yang sangat segar

2

udang kena segar. Beli yang hidup..sampai rumah dia dah mati hahahah

3

anak-anak suka fishball so letak fishball

Berikut adalah bahan-bahan

  • 10 ekor udang besar yang segar
  • 15 biji fishball (nak pakai fishcake pun boleh)
  • isi ayam
  • telur ayam 3 biji
  • stok air rebusan udang
  • air rebusan ayam
  • segenggam udang kering
  • 2 sudu petis
  • bawang merah 5 biji – hiris
  • bawang putih 2 – hiris
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 sudu kecil gula merah
  • garam secukup rasa
  • sedikit kangkung – anggangan dalam setengah mangkuk
  • mi kuning

Cara- cara

  • tumis bawang, udang kering (yang telah ditumbuk) ,serbuk cili dan bunga lawang sampai naik bau yang wangi
  • masukkan air rebusan udang dan ayam
  • masak hingga mendidiih
  • rasakan garam gula
  • biarkan kuah mendidih dan masukkan fishball. Biarkan selama 10 minit
  • sementara kuah mendidih, celur mee, udang, ayam dan sayur dan rebus telur
  • Bila semua dah selesai, hidangkan
  • Cara menghidang, Letak mee kuning, diikuti kuah dan disertakan separuh tel;ur rebus, isi ayam, udang, fishball dan sayur dan tidak lupa sambal cili

Cara buat :

Stok air rebusan udang – ambil kepala udang, kulit udamg, tumis sedikit lepas tu letak air 3 mangkuk, rebus dalam 10-20 minit, lepas tu kisar kepala udang bersama air rebusan dan tapis

Stok ayam – rebus tulang ayam bersama 2-3 mangkuk air selama 1 jam

sambal cili – tumis cili kisar dengan minyak, letak belacan sikit rasakan garam gula . Tumis sehingga garing

Cheese Bun n Raisin Bun

Bila rajin datang, memang lah pelik. Buat rotilah , buat kek lah. Sejak dua menjak pandai buat roti ni, memang suka lah buat roti. Yang Rayyan plak, mama nak makan cheese donut. Dia panggil any bun as donut. Dia memang ikut suka dia nak letak nama atas makanan.

Senang je buat bun, resepi main olah sendiri, dari hasil tengok rancangan memasak dan video dari Maangchi.

I buat Cheese Bun for kids dan raisin bun for everybody.  Cheese bun lah yang paling dorang suka nak nak makan masa bun panas dengan cheese cair gitu.

cheese bun

cheese bun

image

sedap makan panas-panas

image

raisin bun

Resepi dia senang je

Bahan-bahan

  • 250 tepung gandum – I guna tepung cap bunga
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/4 garam
  • 3 sudu gula
  • 1 cawan IKEA susu sejuk dari peti sejuk
  • marjerin/butter sesudu
  • 1 biji telur – kacau telur tu dulu ye

Cara-cara

  • campur gandum, garam dan gula, gaul sebati
  • lepas tu masuk kan yis, gaul sebati
  • dah sebati, masukkan telur (tinggalkan sikit untuk sapuan nanti)
  • lepas tu masukkan susu sedikit demi sedikit, jangan banyak terus takut terlembik
  • lepas tu uli lah pelahan-pelahan, dalam 5 minit gitu. Masa ni doh lekat kat tangan, lepas tu masukkan marjerin
  • Uli lagi sampai doh tak melekat. Sambil-sambil uli tu tarik doh, gumpal doh, supaya betul-betul sebati. Uli lah selama 10 minit gitu.
  • ampak doh licin, simpan doh dalam bekas tertutup. Sebab I una susu sejuk, So I letak doh tu kat tepi tingkap.
  • Dalam sejam doh, jadi double, so baru lah, bawak dia masuk rumah, then tumbuk dia segeram hati, lepas tu bahagikan doh dalam 15 bebola kecil
  • Dah siap, uli manja-manja then masukkan cheese kegemaran, boleh masukkan cheese mozzarella atau cheddar. Macam I , I guna sharp cheddar.  Kalau u all nak campur pun boleh. Lepas siap, biarkan dia seketika selama 30 minit, dan sebelum bakar, sapukan/beruskan doh dengan sapuan telur kuning dan susu dan taburkan parmesan cheese atas doh dan lepas tu bakar dengan api 180, selama 15 minit.
  • Dah siap…. boleh makan. I buat 8 biji bun

Untuk raisin bun, ada lagi 7 biji doh, tu I uli je dengan raisin, pastu buat bulat then, biarkan selama 30 minit. BIla doh dah naik, sapukan kuning telur+susu, then tabur sedikit gula. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.

Siap.