Category Archives: Makan Time

Makan seafood kat Bagan Lalang

Ni entry baru nak update. Citer hari ahad. Lepas jer shopping sikit kat pusat kraf, terus lah balik ke KL. Tapi cam biasalah ahadkan, jalan kataje highway tapi jam.. bayar tol memahal.hampess tau. kalau kat tempat, highway jer boleh main pecut keter. Di sebabkan itu, we decide untuk dinner kat Nilai. Guna GPS cari kedai makan dah jumpa tapi macam tak menarik plak kedai tuh. Since dah dekat Nilai, pekata kita ke Bagan Lalang? Itu ayat Suamiku Kheirul yang dah lama tak makan seafood.

Pakai GPS lagi, dalam 30 minit sampai lah. Elok-elok maghrib. Sampai jer, orderlah makan, siap pesan jangan order sotong ketam segala seafood ok? ikan jer… masak stim.While waiting for food Kheirul pi sembahyang. Makanan sampai, walaweh… ada sotong goreng tepung, pepahat lagi???? salah order ni…

Kheirul cakap macam sedap jer pepahat. So Orang yang masih teguh berpantang nih (walaupun dah 40 hari) tengok jelah. Sotong tu pun makan krak jer. Ashraff bantai sorang.. og lain mkn seketul jer

Nampak tuh..makanan.. Ikan stim dia sedap sbb dia letak serai, halia and mushroom. Rasa ikan yang manis beserta masam-masam sikit. Sup Ayam pun ada untuk bebudak.Pepahat tu I tak suka.. rasa satu jer mcm semacam jer hahaha. My sis cakap liat mcm cacing (mcmlah pernah makan cacing), sotong marvelous Ashraff makan sorang… Sup ayam biasa jer. Actually ni 2nd time pergi makan sini dulu datang ngan geng motor, wa konvoi motor besar cakap lu..

Tengok orang lain boleh menikmati air batu.. tapi I still minum air suam… takpe still jaga badan… sekali-sekal boleh lah….Jumlah makan for 3 adult +2kids adalah RM80+++. Murahkan kalau rate sini butkalau kat Pantai Timur dah kira makn sbb kalau mkn cam gini baru RM40-RM50.

Oh ya kalau ada yang tanya makan kat mana, kiterang makan kat restoran terapung tuh. Yang kelakar masa nak balik Afriena boleh cakap ada aligator kat bawah tu dalam air. I rasa mamat sebelah tuh gelak kat dia.

Nak Anak kembar?

Orang tua kata, nak anak kembar makan lah benda yang bekembar. Contohnya telur. Tengoklah telur kat bawah tuh, rasanye satu batch telur yang dibeli semua kembar. pecahkan 3 biji dapat 6 telur kuning. Untung ni buat kek kalau pakai telur kembar.

Meatball Pasta : Great Menu for kids

Semalam masak pasta for dinner. Actually bebudak ni request nak pasta. FYI, dorang ni susah sangat nak makan nasi. kalau makan nasi pun mesti ada sup je. Kalau Afriena lagi best, nasi sahaja.Kesian tengok dorang,kalau masak nasi mesti makan sikit. So semalam I buatlah Meatball pasta.

Resepi kat bawah

INGREDIENTS

Untuk meat ball

  • daging kisar – I pakai lean meat sebab masih menjaga pantang, no fat ok
  • 2 batang celery – 1 di parut, 1 lagi dihiris
  • 1/2 lobak merah – parut kasar
  • 1 /2 labu bawang kuning besar – parut
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • herba bolognese : parsley, basil, parsley dan oregano
  • 3 sudu oat
  • lada hitam dan garam secukup rasa
  • minyak untuk mengoreng – Shallow fry dengan minyak canola

METHOD

  • Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • buat bebola kecil
  • pastu goreng separuh masak .

Untuk Sos

  • 1 batang celery- dihiris
  • 1 tin sos pasta prego -original punya
  • 1/2 lobak merah – parut kasar
  • 1 /2 labu bawang kuning besar – parut
  • 1 biji besar tomato di dadu
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • herba bolognese : parsley, basil, parsley dan oregano
  • lada hitam dan garam secukup rasa
  • sedikit gula

METHOD

  • Panaskan minyak sesudu minyak
  • tumis bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang kuning, lobak merah dan celery
  • masak hingga layu
  • masukkan tomato puri dan tomato yang didadu
  • tambah sedikit air
  • perasakan dengan herba, lada hitam dan garam
  • masak hingga tomato yang didadu tu macam dah lembik
  • masukkan bebola daging  dan air daging (kalau masak separuh masak ada air daging, jangan di buang)
  • kacau rata, tambah sedikit gula untuk menstabilkan rasa masam tomato
  • Bila bebola daging dah masak bolehlah hidang dengan pasta.

Ashraff dan Afriena suka sangat sampai makan bertambah-tambah. Semua sayur di atas kalau tak nak parut pun takpe, boleh di dadu. Tujuan sayur diparut adalah untuk menyenangkan bebudak tuh makan sayur.