Category Archives: Makan Time

Ketupat pulut inti serunding daging

Amacam raya semalam? best tak? kiterang best gak raya semalam. Hehehe I tak payah masak for raya sebab semalam my SIL buat open house. So bangun pagi jer siapkan bebudak then Kheirul balik from masjid terus ke SIL’s house. After raya rumah SIL kiterang beraya ke IKEA plak. hihi siap berbaju kurung ok ke IKEA

Oh ya, actually nak tunjuk juadah raya tg special…..since my MIL is here, she brought a very speacial ketupat. Ketupat palas inti serunding daging. Ketupat ni , ketupat lemak manis, ada isi sambal daging. Ya …sila imaginekeenakan ketupat nih bila masuk ke mulut you all

Ni lah rupa ketupat pulut inti serunding daging….hehe siap tapau lagi maklum anak menantu and cucu cucu hantu ketupat. You nak try ker? Ha kalau ke KB, pergi pasar boleh carik benda nih. Harga rasanya dlm RM35-RM45 for 100pcs. Tapi ini ketupat speacial sbb tempah. hihi sedapnye…..

Juadah raya haji

Raya lagi seminggu…. you all dah pikir ke apa nak masak for raya haji???? Ni saja nak share apa makanan wajib ada untuk orang kelantan masa raya. Ia adalah… ketupat pulut.

Ha ni ketupat daun palas. Isi dia pulut. Yang ni jenis manis. Kat kelantan ada memacam.Ada ketupat sambal daging. Yang sambal daging tu, ketupat manis ada inti serunding daging. Ada gak isi kacang. Oh ya ketupat ni diimport dari kelantan. My MIL yang kirim untuk cucu-cucu kesayangan yang memang hantu pulut.Selain ketupat palas ada lagi jenis ketupat lain. ketupat daun pinang and daun pisang.

Yang ni plak ketupat pulut hitam. Ni jenis tawar n kena cicah manisan atau gula kabung yang cair. Nama ketupat ni ketupat dakao sebab dia dok berpeluk gitu. Ni feveret my kids n my abah.And yang tukang buat is my mom. She’s the expert.

Tengok dia dok berdakap……..rasa dia sedap.lemak -lemak gitu

Breakfast Nasi Lemak

Nasi Lemak buah bidara

Daun selasih kulurutkan

Hilang emak hilang saudara

awat bodoh sangat ikut kekasih?

Nasi lemak, sambal sotong dan udang, ayam goreng, telur rebus dan timun.

Hehehe pantun 4 kerat ke tuh. Pantun zaman dulu. Last weekend , I masak nasi lemak. Ni semua pengangan makan nasi lemak on Thursday then on Saurday nampak kat my cousin SI Suria nye facebook dia masak nasi lemak. Ni tak boleh jadi nak nak husband dia si Remy dok show off nasi lemak kan. So I cakap kat Kheirul

Yatie:Papa… mama ingat esok nak masak nasi lemak lah…

Kheirul:sedap tuh masak lah…

Yatie: Amboi!!! laju jer kan..kata nak diet.

Pagi tuh around pukul 8.30 I pun keletung keletang kat dapur ditemani Rayyan budak hensem. I letak dia dalam play cot dia, mulalah masak.Tumis apa yang patut, masak nasi, goreng ayam and ikan bilis, sejam later kejut semua orang maakan breakfast. Cuma bertiga jer makan sebab puteri manja tuh belum bangun. Dia kalau weekend jer lambat bangun. Maklumlah bilik beraircondkan….Lagi susah bangun.

Disebabkan nasi lemak tu sedap sangat… cehh puji diri sendiri cukup lemak manis, kalau makan dengan sambal pun sedap, bertambahlah semua orang makan. hahaha . Entahlah rasa macam sedap jer nasi lemak tuh…Macam nak masak lagi.Kali ni kena ada paru goreng plak….

bertambahkang kalori…resepinya nantilah ye sebab rayyan bangun la pulak :(