Category Archives: Kids & Family

Shopping and Outing with Rayyan @Pavilion

Semalam kira paling jauh lah auting dgn Rayyan berdua saja. Selalu kat rumah je. Setakat Jusco.Tapi semalam ada event kat Pavilion yang memerlukan bawak baby so, kita bawaklah dia semalam. Dah lah dia bangun lambat, so nak memujuk dia, nak mandikan dia, nak masukkan dalam kereta, nak ikat pakaikan seat belt dia, last sekali dia diam. Upah dengan susu strawberi and ipad.

Muka masa baru sampai sangat baik

So, dengan berbekalkan ilmu yang tak sampai sehari bawak kereta baru, drive pergi ke opis kheirul dulu, pas kereta kat dia sebab dia kena amik budak kat Sekolah Agama, lunch and Sekolah Cina (rasakan ..settle anak masa transit – penat, I know sebab pukul 9 dia dah tido). Sampai Pavilion on time, pergi ke tempat kejadian, register, amik gambar (kerja blogger), interview sikit-sikit , pastu makan and minum, then bersosial dengan blogger lain, then shopping.

Heheheh since ada good offer, belilah few baju kat Rayyan. Cukuplah untuk Raya. Letih bawak Rayyan tau, masa pergi tu behavelah nak duduk atas stroller, bila nak balik tu, dia plak tolak stroller. penat-penat tak penat, masuk keter , makan, main ipad terus tido.

nak bawak barang sendiri

Event semalam nanti I update, Insya’ Allah soon ye.Tapi memang best outing berdua. Nanti kena cari time untuk outing dgn Ashraff and Afriena plak. Dorang dah mintak baju and kasut. Semalam tak beli pun kat dorang :(

Malas lah nak layan…Asyik ajak masuk Prada je. Tak mampu mama ooi…

 

Panjang Akal ke Akal Panjang

Sibuk je budak busyuk ni…. mana dia dapat idea tah, tengah dok cuci pinggan dia bawak kerusi, pastu tolong cuci cawan. Adehhh pening mama n papa dia tengok. Siap senyum lagi. Pastu bebel cakap duk diam. hahaha sebab mama dia cakap tak payah sibuk kat sini.

Inilah budak yang paling pelik sebab tak nak minum formula. Now kita kasi dia flavoured milk. Dia fav, strawberry milk. Takpelah asalakan dia minum susu. Dah macam-macam susu dah. Nama je dah benti breast feed tapi still nak melekat konon macam dia still breast feed. Kalau panggil mama dia, mama dia tak dengar, dia pergi depan muka, panggil mama sambil angkat kening. He is so manja, nakal , kuat mengamuk tapi panjang akal. ada je idea baru dia buat.

3 anak 3 perangai – percayalah

Percayalah…Memang 3 perangai.Ashraff jenis cepat merajuk, taknak kalah tapi senang disuruh. Kalau suruh vakum rumah memang dia akan buat. Siap cakap

“yes boss, Ashraff do it later after playing computer”

Senang je jadi mak dia kan. Mintak tolong vakum, terus dia buat. Tapi I tolong la, tolong alih kerusi, sambil dia vakum I mop. Jangan cakap malas ok, ni kira training la. Dari kecik la patut kita ajar anak buat kerja kat rumah. Nanti dah besar takdelah jadi pemalas. Kerja rumah bukan untuk perempuan je tau.Lelaki pun kena buat gak.

Afriena plak… manja yang teramat. kadang-kadang I buat tak tahu je. Sikit-sikit nak nangis. Bangun pagi nangis, mandi nangis.. Pastu gaduh dgn Rayyan pun nangis.Homework malas buat. Sebenarnya dia malas menulis. Membaca rajinlah. Subtitles cina kat TV pun dia baca. Tapi Afriena ni rajin bab mengemas. Kemas mainan, kemas buku and now hobi baru memasak. Ha yang ni papa dia lah yang melayan sebab kalau I yang masak, nanti sikecik tu yang menyibuk.

Rayyan plak…samalah manja mengada macam Afriena. Tapi dia suka cari pasal dengan Afriena. Disebabkan itu, I take the advantage esp bab minum susu. kalau dia tak nak minum, offer je kat kakak dia, terus dia menjerit nak. dan dan tu jugak minum habis.Apa benda Afriena pegang yang tulah dia nak. tak faham sungguh.Rayyan dah pandai dah. suruh buat tu ni dah boleh. suruh kejut orang bangun, off TV, letak cawan dalam sinki, ambik nappy. Okaylah. Cakap pun banyak…

Itulah… jadi housewife ni walau takdelah menyumbang kepada pembangunan negara, tapi berbaloi jaga anak sendiri. Walaupun penat tapi dorang sentiasa rasa happy, senang and being loved.

I just lucky to have him around…:)

:)