Category Archives: Kids & Family

My encem boy not feeling well

Cian budak bucuk…demam. Tapi semalam dia tak bangun merengek 2-3 kali. Dulu masa kecik susah sangat nak makan ubat. Sekarang, Alhamdulillah senang. Sejak dah pandai jumpa doktor, duduk depan doktor, pegang lampu doktor sambil senyum. Semalam nak tido, dia cakap hot, nak ubat. Pandai la dia….

Suap ubat pun pakai sudu dah… pastu minum air. He’s now nampak dah pandai. Nak air pun amik sendiri. Alaa amik air dalam dispenser tu bukan dalam fridge . Kalau fridge meang tak leh bukak pun.

Get well soon baby. We love you. Oh ya Eczema dia dah nampak berkurang. Macam -macam ubat I pakai… Buds Super Eczema Recue Kit, Pot Of Gold Skin Balm, Hydrocort, pastu ubat minum untuk alahan and Palmer Cocoa Butter. Haih Kalau dok kira dah berapa semua untuk badan si Rayyan. Dulu Afriena pun ada eczema tapi senang sembuh. Rayyan tak tahan dengan ubat yang ada steroid, makin banyak adalah. So kena pakai organic la pulak.

Buds tu paai masa mandi… then lepas mandi sapu lotion seluruh badan. Since the lotion dah tinggal sikit, I beli Baby  Butter yang hypo-allergenic  kasi pakai lepas mandi. Ni murah sikit.Dia suka sapu satu badan, boleh la share dengan Afriena. Terus kulit lembut bak sutera. Pot of gold tu,  agak-agak nampak macam nak ada tanda eczema cepat-cepat I sapu. Yang baby angel tu untuk nappy cream dia. Tak pun bila-bila masa nak pakai pakai incase kena gigit nyamuk. For whole family pakai. Hydrocort tu ada steroid kot, tapi pakai gak masa yang nampak teruk tu. Eczema ni satu je,  jangan kasi kulit terlampau kering. So kalau musim panas, selsema, atshma adalah benda tu datang.

camnilah gaya nya nak besarkan anak. Kulit paling lawa Ashraff la…cuma kalu kena gigit nyamuk habis bengkak macam kena gigit tebuan plak.

Kampung Boy

Lepas bersuka ria kat kampung…ye bersuka ria Ashraff la… punyalah excited jadi jadi budak kampung. Tau dia buat apa? Dia join me and my sis, sapu daun kering, Yang paling excited , tolong bakar sampah..semua daun pi kutip pastu campak dalam api. terjerit-jerit mama dia takut kena api. Hahaha padahal mama dia masa kecik lagi la bukan setakat main api, kena api pun pernah. Sambil tolong bakar sampah, dia tolong Tok Abah dia kutip buah langsat. Atok dia panjat, dia tunggu kat bawah. Lepas tu, pergi angkut sampah..pergi check buah mangga, kejar ayam…ni masa raya ni.

Pastu dok sibuk ajak pakcik dia tengok buah manggis. Kesian budak bandar, pokok manggis pun tak kenal. Nampak lah dia buah manggis atas pokok siap goncang lagi konon suruh buah jatuh lah. tu kerja dia dengan Afriena la tu…haish jangan ular yang jatuh sudahlah. No wonder dia dok bising dok tanya bila nak balik kampung, rupanya ada kerja. Ni dok tanya lagi bila plak nak balik kampung. My sis tanya..Ashraff tak nak ke amik gambar tengah bakar sampah…hahaha tak kuasa lah nak ngambik gambar….

 

 

Jangan Kacau

Ye jangan kacau…ngantuk.

Inilah budak yang tak tahu nak citer, budak yang kuat makan, asala bangun je..mamam tak pun nak atan, siang tido kejap, malam tido lambat tapi bangun pun lambat lah…Orang belum berbuka dia dah makan, ORang dah habis berbuka, dia tak habis makan lagi.Kuat merajuk kalau kakak dia tak layan dia,contoh kalau ajak kakak dia main toys ke apa and akan meraung cakap nak abang setiap kali hantar abang pergi kelas Qiraati. Adehhh..manja betul

Masih lagi menyibuk tido dengan mama and papa…. dahlah tu, suka angkut toys letak tempat tido.. macam dah biasa je bila tido tetiba ada kura-kura plastik dalam selimut, turun katil terpijak block…sabarjelah… Next year tido bilik sendiri tak taulah cam mana?