Category Archives: Kids & Family

Demam Oh Demam

Agaknya musim demam kot. Afriena dah start demam hari Jumaat masa amik dia balik sekolah. Dia cakap

Mama..I rasa I demam lah (Afriena memang cakap I you dgn mama dia, Dia cakap melayu dah kira bagus dah)

Oh ye ke, takpe balik nanti makan ubat ubat. Ok dah settle bab dia, tapi on Sunday , dia cirit birit plak. I know ubat punya effect. Dari kecik lagi kalau lepas demam and dia makan ubat klinik mesti cirit birit. So to be safe , hari Isnin Ashraff n Afriena tak pergi sekolah for the first time sbb on Sunday Ashraff plak demam. Actually boleh je nak pi sekolah sbb sekolah dorang dalam building and ada tempat rehat, tapi takpelah taknak susahkan cikgu-cikgu. So dua-dua kena rest kat rumah.

rayyandemam2

waktu pagi, badan masih panas tapi tetap ceria. Mama dia yang ngantuk

Rayyan plak since last week dah demam tapi dah sembuh tetiba petang semalam badan panas bila dia bangun dari afternoon nap. Dah makan nasi yang tak berapa nak lalu dan makan ubat, dia tido awal. tido sendiri … tapi I kat sebelah la. Badan pun dah tak panas masa tu tapi tup tup pukul 5 pagi, I rasa badan dia panas sangat. check temp, 39.2 gitu. Panas ni tak leh jadi. kejutkan dia makan ubat, nasib baik senang makan ubat, then dia mintak nak mandi. Lepas mandi apa lagi segar bugar lah dia, siap mintak makan hotdog. Anak punya pasal..hotdog pun hotdog la. 5 lebih dok rebus hotdog. Pastu dia mintak air sirap plak… mak aih mana nak cari sirap Rayyan, dah lama kat rumah ni ak minum sirap. tak bagus untuk kesihatan gitu. meraunglah pagi hari…pujuk tak makan, I biar je papa dia pujuk sebab I nak mandi dulu kasi segar badan sbb tido sebelah orang demam, kita boleh rasa heat dia.

Bila dah mandi…terus dia ok..dia cakap mama nak air kosong..air sirap tak sedap hahahah pandai dia pujuk hati sendiri. Sampai sekarang badan dah kurang panas, kejap-kejap dia mintak mandi. Makan ubat pun senang. I pegang tangan dia suruh sentuh dahi…cakap kat dia panas kena makan ubat. Kat rumah ada dua option, tak nak makan ubat I kasi madu.

rayyandemam1

Kena beriba, sambil siapkan kerja-kerja blogging. 

Tapi biasalah budak demam, makannya tak berapa lalu asyik mintak KFC je sbb tengok iklan mamat yang macam nak nangis tengok KFC hahah tah apa apa iklan tu. Sampaikan Ashraff tanya ” mama kenapa, lelaki tu nampak macam bodoh sangat??” (anak saya sangat terbuka memberi pendapat, perkataan bodoh jarang dia guna, tak tahulah maksud bodoh tu apa, mungkin dia direct translate dari perkataan english atau chinese) Kan iklan tu macam melampau je… budak kecik pun macam hairan kenapa macam tu sekali. FYI, walau dah masuk setahun tak sekolah cina, tapi Ashraff masih lagi dibelenggu bahasa cina. Kadang dengar dia mengira bahasa cina dan kalau dalam kelas ada special treatment. Cikgu kena explain math dalam bahasa cina kat dia baru paham. Nasib baik cikgu pandai bahasa cina you… Takpe slowly, ingat nanti dah besar n dorang dah rajin sikit, hantar belajar bahasa cina balik.

Susah nak berblog bila

1235

Bila baby busyuk cayang mama yang sibuk nak guna PC. Pandai ON sendiri, pandai OFF sendiri. sekarang dok balajar main mouse, tekan play and all. Tukang ngajo? abang n kakak dia. Sebab musabab guna PC sebab dia nak tengok  youtube padahal boleh je buat kat ipad.

4565

Pastu bila orang cakap nak guna dia gelak-gelak… kalau pi toilet, keluar toilet, tak pakai seluar dah berkejar pergi kat PC sbb nak duduk kat kerusi, tak nak orang lain duduk. Pastu cakap..yess I win!!!

Berjogging Di Pagi Sabtu

pong pong pong… bising je pagi Sabtu bangun pukul 6.15 dah tak tido-tido dah sbb nak pergi jogging. Actually dah terbiasadah untu tak tido lepas Subuh. Orang kata susah masuk rezeki tapi I tido lepas subuh kepala sakit. So bangun je buat apa yang patut. Pukul 8 dah siap dah mandi semua , pukul 8.30 keluar. Tapi keluar bukan terus pi jogging, ke kedai dulu sbb bebudak nak makan. Kat rumah tak nak makan. Beli roti dengan air kosong je kat dorang.

jog

Lawa tak kasut kite? kasut murah je, beli online kat USA

Sampai je kat Taman Bukit Jalil tu, apa lagi jogging lah kita. Dah lama dah plan nak jogging. First plan nak jogging, pergi kereta takleh start bateri habis, second time nak pi kasut jogging Kheirul hilang. So kena tunggu kasut samapai dari US plak. Samapi je kasut dia siap amik bau…bau US hahahaha… tah apa-apa kan

PicCollage1

Ada kapal terbang banyak. ATM show kan? Afriena n Ashraff main slide. Dah lama dorang tak jumpa slide macam ni. Sekali sekala suka la dorang.

PicCollage

Ashraff follow je I jogging. Afriena tengok nak nangis. Rayyan plak??? dia kan sempoi. Jogging tak nak baju sbb baju dia basah peluh. Makin gelap la sikecik ni. Dia pakai sandal je. Tak nak pakai kasut.

Banyak plak monyet kat taman sini. Nak jogging tepi tasik pun takut. Takut kena kejar monyet hahaha. While I jogging, Ashraff n Afriena main kat slide and Rayyan plak follow papa dia jogging. Dah pukul 10 lebih baik lor… beli taufufa sat, balik masak nasik makan tengah hari. hahahah…jogging jogging jugak makan harus nasi. Lapar le.

Tak puas jogging kejap je sebab hari dah panas, Yang Afriena plak…ngengada panas lah, busuk la..kalau jogging jauh sikit pekik pekik wait for me…. I takut nanti ada orang ambik I, pastu orang potong tangan I… pehlis Afriena… follow je mak awak ni. Bukan lari laju pung.

So next week Insya’ Allah KLCC plak.