Category Archives: Kids & Family

Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang

Semalam tak update blog. Tak sempat sebab kalau Rayyan bangun pagi mula lah dia nak itu nak ini. Pastu dok ngadap je komputer. Bila orang nak pakai sibuk dia nak tengok Mickey Mouse. Bila orang tak nak guna tak nak plak dia menempel kat situ. Ni nak citer …Ahad lepas kiterang konvoi ke Bagan Lalang makan ikan bakar. Dah lama tak ke Bagan sebab selalu kalau nak makan seafood kiterang ke Jeram je. Sebab kat Jeram harga dia murah and sedap.Next time kena konvoi ke Jeram la nampaknya.

image

8 buah kereta join konvoi. Banyak kaler hitam and dalam banyak-banyak kaler hitam tu Rayyan still kenal mana satu kereta kiterang. Siap mention no plet gitu. Sejam lebih gak baru sampai. Maklumlah bila konvoi dia lambat sikit.image

Ha inilah nama restorannya. Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang

image

Sampai je, pergi pilih ikan, udang sotong ketam bla bla. Tapi kiterang tak amik ketam. Rasa takde selera nak makan ketam. Just amik terubuk, sotong for kis, kerang for me yang tak cukup darah dan apa benda nama binatang tu tak taulah. Macam clam tu..

image

Kerang rebus bagus untuk orang tak cukup darah. I suka makan panas-panas, bila sejuk boleh keluar air mata nak telan pastu kena cicah sambal kicap baru blh telan. time sejuk lah, time panas makan kosong je.Tapikan kerang dah mahal. RM5 sekilo kat pasar borong.

image

Ikan terubuk bakar. Sedap ni. cicah sambal kicap. Ni kalau makan ikan terubuk kena manja-manja sikit ngan Kheirul, sebab nanti dia tolong cubitkan isi, tolong buang tulang. hahaha. manjalah sangat. Kejap jelah dia tolong cubitkan isi pastu dia lupa dah bini dia sbb dia nak makan kan.image

Kailan ikan masin. Masin rasa dia. Mungkin sebab kiterang dah jarang makan benda masin kot.

image

Sotong celup tepung ni sedap. Memang sedap. Memang Ashraff n Rayyan dua beradik tu je makan. Afriena plak makan nasi sayur n telur dadar. Susah kalau makan memilih ni.

image

Inilah  apa benda tah nama benda ni. Masak cili. Macam biasa benda macam ni panas -panas je I suka , kalau sejuk tak berapa. Masakan dia sedap, sebab nama masak cili, maka pedas berasap telinga makan. Sedap. Ada rasa halia, tapi bagi saya, kalau dia tambah serai dalam ni lagi sedap. Makanan bercengkerang memang sedap kalau tambah serai. Pedas berapi dalam 2 jug air order.Must try. Cuma tukang masak, kurangkanlah garam sikit.

image

Sebelum makan nasi, makan aiskrim dulu. Tu aiskrim Rayyan, dia suruh suapkan tapi mama dia pantang dengan aiskrim, pantang tengok, pantang pegang, mesti nak masuk mulut. Monyok muka sikecik tu, sbb  tadi dia terkencing dalam seluar. Tak sempat nak pi toilet, sambil tengah berjalan tu dia kencing.Yelah orang nak masuk surau tetiba , mama nak shishi… nak pi toilet punya jauh, tengah jalan jugak settle. Nasib baik kat tepi pantai ada jual baju. Beli baju RM8-10 sepadsang. boleh lah baju tu buat belasahan basahan kat rumah. So lepas makan lepak kejap tunggu azan maghrib, solat reramai then baru balik. Macam jauh je Bagan tu kan?

Rayyan punya pasal, tak sempat

Rayyan bangun awal, tak sempat update blog. Dia nak komputer. Bila pegang ipad dia nak ipad. Ada jugak kena letak kat luar ni.

image

Budak bandar jarang jumpa padang luas

image

Habis kotor selipar pastu meraung suruh cuci

image

Baju tu dibeli dengan harga RM8 sepasang kat Bagan Lalang sebab dia terkencing dalam seluar. Tak sempat sampai toilet.Selamba je dia jalan pi kedai tak pakai baju, just pakai seluar basah.

A atau C ? Perlu ada kualiti

Semalam Afriena dapat markah exam English dia. Dia nampak upset sbb kali ni dia tak dapat 100 untuk English. So lepas dinner, dia kena buat pembetulan lepas tu dia datang tanya I , mana satu jawapan dia. Dia mempersoalkan kenapa jawapan dia A bukan C? I terus terfikir, jawapan A bunyi macam tergantung, Jawapan C macam tak kena dengan bubble dalam gambarajah. So I post kat FB dan banyak feedback yang membina. Masing-masing ada pendapat sendiri.

exam

 

 

1

2

34

5

6

7

Banyak pendapat masing-masing and I rasa dorang ni orang yang bekerja dalam bidang pendidikan. Bangga jugak dengan Afriena yang  boleh fikir macam ni. Pada pendapat I, jawapan A macam tak lengkap dan gambar tidak memceritakan keadaan.

I ada suarakan kepada cikgu besar pasal ni (sekolah mengamalkanpintu terbuka, boleh bincang je dgn cikgu besar) , dan cikgu akan bawa isu ini dan dapat feedback dari guru besar sekolah lain menyatakan jawapan A tidak betul. Sepatutnya jawapan C sbb dalam gambarajah takde meja.

Selain tu I bawa hal ni berbincang dalam whatsApp sekolah, saya plak dibahasakan oleh sorang parent ni, kata saya perlu kefahaman.  Haih kalau kau depan muka , ada yang kena ni. Tapi I cakap elok-elok, I bukan pertahankan jawapan anak, tapi I mempersoalkan kualiti soalan dan jawapan dari segi logik akal seorang anak berumur 8 tahun, terus diam. Emo terlebih plak dia.   So kita tunggu lah apa kata cikgu. Perbincangan macam ni bagus dan penting sebab dia mempengaruhi pemikiran anak.Bukan nak persoalkan kredibiliti cikgu tapi kualiti soalan dan jawapan yang perlu diambilkira

Sekian