Category Archives: Kids & Family

School Trips

Minggu ni minggu school trips. Sekolah Ashraff and Afriena buat school trip pergi Pesta Buku PWTC. Excitedlah dorang sebab dapat naik bas

image imageNaik bas..akan menjadi suatu yang unik kot. PAgi lagi dah bangun lepas tuh suruh papa cepat-cepat takut kena tinggal. makan pun tak nak sebab nak makan kat sekolah. Katanya 5 buah bas untuk ke pesta buku ni dari budak darjah 2 hingga tingkatan 5. Cikgu-cikgu pengiring pun ramai, Alhamdulillah suka dorang. Dorang just bawak bekal duit RM !0 … hahahah… dah tau sangat bukan nye baca buku pun nanti. Tapi  pandai plak dorang belanjakan duit tu. Afriena beli buku Ana Muslim, dengan pensel tekan. Buku-buku lain memang pesan tak payah beli sbb Cik ta dorang baru hadiahkan sekotak reading book kat dorang. Ashraff plak beli komik… komik dia beli. Takpe asalakan dia baca. Komik Apo ..lepas buku word Search. Dorang ni suka sangat main Word Search esp Rayyan. Macam budak besar tapi memang dia pandailah buat.

Rayyan plak ada school trip jugak… iaitu hari ni lah 29.4 pi Balai Bomba. wah wah suka dia pukul 6 pagi dah bangun.Naik bas naik bas… tapi yang sampai nye van. Ok lah tu. Cuma sebelum nak pergi tu… ngada-ngada sikit.. I pun tunggu sampai dia naik van.

image

Can’t wait to see him…

Papa Rayyan nak sembahyang

Kejap je masa kan… hari ni dah hari rabu dah. So sekarang ni bebudak semua dah gi sekolah, mula lah rasa boring yang amat. Boring sampai makan pun rasa macam malas. Takde idea lagi nak makan apa. Rutin macam biasalah…bangun pagi, settle kan bebudak, breakfast tak payah buat sbb dorang tak nak makan, Lagipun kat ekolah memang ada disediakan sarapan, kalau makan pun, just makan roti. Rayyan plak, yadi dia bawak sebalang kuihkapit, dia makan licin sambil-sambil dok dalam stroller nak ke sekolah. Yeee pergi sekolah naik stroller…sbb dia kata penat nak jalan.Rayyan sekarang dah mula nak solat. Dia sendiri yang mintak,

“Papa Rayyan nak sembahyang…”

So bila kiterang solat jemaah dia pun akan join. Takpelah solat ngan seluar pendek pakai kopiah.Tapi hati kena kuat lah sbb masa tengah solat, dia akan jenguk muka papa dia yang tengah baca alfatihah,,, kadang dia ikut, kadang dia cakap amiiiin… Kalau sujud, orang dah habis sujud, dia tak bangun-bangun lagi. Maklumlah dia bukan tau baca pun, just ikut fi’li je. Yang penting abang n kakak jangan gelakkan dia, sbb nanti dia tak nak solat plak.

image

semalam balik sekolah dia ajak makan ice cream….suka lah dia

Nowadays, kat rumah ni dah kurangkan penggunaan ipad. Hari sekolah, no ipad, no tv, walaupun kadang-kadang, pantang lepa…. so solution dia, kiterang beli board game. Ada dam haji, snake n laddder dan karom. Apa-apa pun kalau main Rayyan mesti menang… adeiiii..

image

Guna ipad banyak yang tak elok… dari elok… bebudak tak berfikir luar kotak… Ada nampak perubahan lah sikit sejak tak main ipad ni…Insya Allah kena istiqomah lah…Ashraff boleh nampak peningkatan dia dalam math… Afriena pun sama cuma, dorang ni kena work hard dengan bahasa melayu.

Cantik tak? Pandai tak?

Rayyan kan…dia kan sikit sikit mesti tanya cantik tak? cantik ke tak tulisan dia ? hehehhee ..cantik rayyan tulis…pandainya dia

Lepas tu dia cakap…Rayyan pandai..

NAik juling mata kalau tengok tulian dia. Boleh plak buat homework sikit sikit lepas tu dia sambung main game ke apa ke… kadang sambung sebelum nak pergi sekolah

Hari tu masa ambik dia kat sekolah, so sambil sambil tu tengok lal wall of fame sekolah… nampak ada hasil seni dia…

art
OK not bad lah…

Kat sekolah ada ajar arts… tapi kalau hari takde art, cikgu ganti dengan kelas swimming… memang suka lah bebudak ni pisekoolah.. hari-hari dia mintak nak swimming kat sekolah.

bucuk

bucuk1