Category Archives: Kids & Family

Malas betul

malas

Ni namanya malas. Malas nak nak makan sambil duduk. Dia baring. Tengah makan apple semalam. Sambil makan sambil eja apple. Lepas tu buat chinese homework. Lepas tu dia boleh cakap dia malas nak gigit apple. Dah cakap dah apple tu mama potong baru senang makan…tak nak dia nak gigit sebiji apple. last mama yang tolong gigitkan pastu suap mulut dia. Sebiji apple habis dia makan.

Rayyan is 6

baby

Ni masa baby..senang jaga. kenyang tido. Sekarang kenyang, duduk kejap mama Rayyan lapar lagi. Lapar sikit je, lapar banyak plak.Takpe asalkan sentiasa sihat

Esok birthday Rayyan. Rayyan nak bawak kek tak ke sekolah?

tak payah lah…nanti habis kawan makan

Aiyoooo…kedekut betul budak ni. Ingat lagi masa last year ada party kat sekolah, I buat creampuff. Balik sekolah tu dia nangis-nangia sbb creampuff dia habis di makan oleh kawan-kawa dan cikgu. Dia ingat makanan yang dia bawak tu untuk dimakandia sengsorang?

So birthday dia, memang tak buat kek pun, sbb dia tak suka kek yang ada cream. Kat rumah kalau buat cupcake, dia siap pesa, nak yang kosong je. butter cake. Senang betul. Kek yang ada frosting dia tak makan. senag kerja kan? Malam plak dia request nak makan KFC. So bungkus jelah . Mula-mula ingat nak makan luar, tapi sbb abang n kakak ada tusyen so bungkus lagi cepat. Terpaksalah mama dia makan KFC.

Dah 6 tahun dah Rayyan ni. tapi masih lagi sneak in bilik mama tumpang tidur. Kalau tak tidur ngan mama, dia ajak abang n kakak tidur luar. Bebudak ni suka kalau dapat tidur luar. gayanya macam dapat camping lah. Last few days kan panas, dapatlah tidur luar sejuk sambil layan movie ramai-ramai.

tapi tengok lah gaya dia tidur

rayyan1

macam ni lah gayanya kalau dia tidur… tak kira dimana sahaja

rayyan2

bertabahlah Ashraff

Dah besar dah Rayyan. Banyak cakap, banyak akal. Suka belajar math. Tapi malas nak menulis . Tahun depan darjah 1. Bermula lah episod anak darjah 1 nanti.
memm

Ni masa kecik-kecik dulu… cute je…dah besar lain dah rupanya. Semoga budak bertiga ni sentiasa sihat, jadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat

Happy birthday Rayyan…

Boboiboy -The Best Kids Superhero

akhirnya yang ditunggu -tunggu oleh bebudak ni, nak tengokBoboiboy the movie ttercapai. Puas mencari tiket online, most of cinemas dah sold out. Nasib baik kat NU Sentral ada. KIterang amik early birds show. Senang . Kang amik tengah hari lambat Zuhur. Amik malam ada yang tido.

image

Sampai NU Sentral pun dah pukul , jalan-jalan, pusing-pusing sebab first time sampai situ. Yang Rayyan plak dok lah merajuknya. Lambat sangat dapat tengok Boboiboy. Padahal, hari-hari dia tengok cite Boboiboy, dalam kereta musim 1-musim 3  tanpa jemu.  Sampaikan mama dia yang drive kereta ni dah boleh hafal skrip Boboiboy. Nasib lah

image

Movie start kul 11.15, tapi kiterang masuk kul 11. Saja masuk awal lepak-lepak tgk trailer citer lain. Rayyan mulut dia dok komplen, bila nak start ni? betul ke citer boboiboy ni? apasal takde citer Boboiboy? Mana boboiboy? takde internet ke? ni paling best sbb kat rumah , kalau takde internet tv tak jalan, so ingat wayang same thig la kot. Finally start jugak citer Boboiboy. Melompat dia. Kejap berdiri, kejap baring, kejap teropong  suka. Sepanjang tengok wayang dia sentiasa senyum, pastu gelak-gelak. Gelakkann papazola dan gopal lah aspa lagi.

Cuma tengah citer tu, dia nak pi toilet, tak tahan dah, kena bawak lah. Habis settle hajat dia, berlari masuk cinema . 3 of them sangat happy lah sebab ni lah satu-satu citer kartun bahasa melayu yang dorang tengok dan mungkin ni satu-satu nya citer kartun yang dorang tengok sekarang kot.Buat masa ni lah,

Kalau tanya dorang, dorang kata best citer dia. Nak tengok lagi. Suka dorang dengan kuasa baru Boboiboy dan kawan-kawan. paling best, kuasa Gopal sebab boleh tukat benda jadi makanan. Sotong robot pun boleh ditukar jadi, Sotong goreng tepung. Banyak lah scne kelakar yang bersahaja. Time papazola pakai pyjama bulan bintang masa camping, telatah Adudu dan probe. scene kawan-kawan Boboiboy camping kat bus stop pun kelakar. Adehhh. Actually watak Papazola antara yang banyak mewarnai kelucuan dalam citer Boboiboy, lebih-lebih lagi dia berpadu dengan Gopal. Ade ke patut, dia cakap menyandiwarakan? Memang tak boring citer dia. Wartawan J Jambul , walaupun scene dia kejap tapi itu yang ditunggu oleh 3 budak yang minat sangat ngan citer Boboiboy. Semata-mata dorang nak ikut tagline Ravi J jambul, “Dimana ada bahaya, di situ ada saya” Yaya, Ying nampak tak tak kurang hebat. Fang plak, nampak lagi macho, especially bila dia papah Boboiboy masa lepas bertarung ngan Geng Tengkotak, semangat setia kawan gitu.Ada scene Ying ngan Fang, cakap cina, masa Fang lepaskan harimau bayang kat tempat tinggi, Yig tanya kenapa tak lepaskan Helang Bayang, Fang cakap dia panik. Sian rimau bayang takut tinggi..terus bunyi macam kucing. Nama karakter Geng Tengkotak pun kelakar… Borara, Gaganaz, Yoyooh, Kikita and Ciciko.

Adudu fall in love ngan Kikita. Siap boleh boleh kelu lidah masa tangan terkepit. Cinta pandang pertama Adudu, ada lagu CINTA  tu. Ciciko plak, sebenarnya dia spy yang nama sebenar dia Kokoci. Opening citer Sfera kuasa kena kejar ngan Gang Tengkotak ada sikit macam citer Star wars episod 1. Tapi yang ni lagi REAL. Kena tengok lagi ni. Ada masa cuti sekolah , bawak budak tengok wayang ni. hahahaha

Frankly, bangga tengok citer ni. Hasil karya anak tempatan. Cerita setanding dari luar negara. Bak kata Kheirul “Fantastic movie. Full of non stop action from the beginning until to the end. Excellent cinematography, sound, storyline, etc. 1000 stars rating!!!! A must watch movie for entire family. ‪#‎boboboithemovie‬” Memang betul tu.  I tak reti nak cakap bahasa grafik ni, tapi setiap karakter dalam movie nampak kelainan dari TV Series. dari segi warna rambut baju, mata. Dah tu hari-hari I dok tegok Boboiboy dalam keretakan. Harus tau beza dia. Sistem Audio tak payah cerita lah. Dengan bunyi background muzik.  Lepas tu, details untul choki-choki kat kopitiam tok abah nampak real uolls. Rasa macam nak pi beli makan je hahahha. Sama gak dengan Old Town White Coffee. Syabas Team Monsta… Wa tabik sama Lu. Ni kalau tengok kat luar negara citer ni, habis citer sure iolls bangun tepuk tangan. Oh ya, masa habis citer Boboiboy, Boleh dengar anak-anak kat sebelah (anak aku kot) tepuk tangan. Puas hati gitu…

Boboiboy: The Best Kids Superhero