Category Archives: Kids & Family

Rayyan Meniarap

Dah empat bulan lebih dah sikecik yang tembam nih. Cepatkan masa berlalu and sekarang dia boleh meniarap. Dah dekat 2 minggu lebih dia dah boleh meniarap secara profesional. Yelah asal letak jer dia pusing.Konon expert siap boleh main rotation. Alhamdulillah Rayyan ni budak yang takde masalah. Senang jaga. Harap sampai ke besarlah macam tu. Ingat lagi masa first ime dia boleh meniarap sendiri, around pukul 4 pagi kot. Punyalah bising mulut dia mungkin nak cakap dia boleh meniarap kot siap tepuk tepuk mama dia. SInce dah boleh meniara jadi position minum susu pun dah berbagai. Sukahati dia minum susu sambil meniarap.

Ha ni masa nak amik gambar berebut je lah abang and kakak dia. Kegemaran Rayyan sekarang adalah menghisap jari. Tak cukup jari dia, tangan orang pun dia nak pinjam

Syian my baby kena impit dengan abang and kakak…Beza betul muka dorang bertiga :). Ohya Rayyan dah start pergi swimming pool dah. Dia suka sangat.

Note: Selamat berpuasa to Ashraff and Afriena.

Dah Confirm dah…..Sekolah

Alhamdulillah… finally dah confirm dah sekolah darjah satu untuk Ashraff.Mintak sekolah lain dapat sekolah lain. Tapi kiterang amik je sekolah tuh dekat ngan rumah dalam 2-3 km jer.
Orang kata sekolah tu banyak gangster.. so kiterang tengok dulu camner, Kalau ada apa-apa hal berbangkit baru pikir tukar sekolah lain. Tapi first impression pergi sekolah tuh, nampak sangat bagus compare dengan sekolah yang satu lagi. Bersih and teratur.
Pasal gangster, kite tengok dulu macam mana, betul ke tak sebab pasal gangster ni citer orang  je… kot salah direka citer. Kita tengok dulu. Kalau Ashraff kena buli, ha mai tengok mama and papa gangster dia datang nanti.. Tapi kalau Ashraff jagi ganster??? ni yang pening.
Since dia akan sekolah cina…. nampaknye dia kena bawak lunch box lah setiap hari.Kat situ ada special counter untuk muslim, tapi takut kang dia tersalah beli…

Note: sekejap jer anak dah besar. Nama sekolah tidak akan di reveal atas sebab keselamatan

Jangan tiru aksi ini

Ye anak-anak, jangan tiru aksi ini. Aksi tunggang terbalik kecuali anak-anak semua ada hikmat tunggang terbalik.

Aksi ini dirakam semalam semasa sedang elok dia dok meneman mamanye bertenet lalu tertidur. Sedap memandang wajah si hensem ini. Masih terasa keperitan bersalin sihensem ini walau sakitnye hanya 4 jam tapi rasa seperti 40 jam. Cepat masa berlalu. Ashraff now adalah sedikit nakal. Suka menyakat orang and sangat manja. Macam manalah dia nak masuk darjah satu nanti. Risau takut kena buli. One thing funny about him, setiap pagi tunggu van sekolah mesti dia nak menyakat uncle yang berjalan kaki tuk exercise. Dia mesti membontot orang tua tu buat racing jalan kaki. Kelakar gila.Kalau uncle tu lambat turun mesti dia tunggu sampai uncle turun then tersengih-sengih main lumba lari.Takpe boleh nak sakat tapi jangan over. Oh ya bantal busuk tu dah dekat 6 tahun usia nya, rasa macam dah reput. Nak buang kesian. Mana dia pergi mesti bawak. Naik flight pun bawak.