Category Archives: Kids & Family

Sakit Perut

Semalam tak hapdet pun blog. Tak larat. Sakit perut giler, biasalah period pain. First time period pain since July 2009. Kirakan ni baru mcm betul period. Sebab selalu period satu hari jer, Now dah back to normal. Rupanya menyusu badan sepenuh masa period dia tak normal kot. Alhamdulillah susu banyak lagi.

Actually tak tahu nak hapdet apa sebab ni pun sakit perut walaupun dah makan ubat. Rasa nak tidur je tapi kang terridur sampai petang lupa nak amik bebudak plak.

Kita layan gambar Rayyan dulu, pepagi bangun suruh orang amik gambar dia. Tau plak dia nak senyum. heheheh esok nak kena inject budak ni.Budak yang tak dok diam nih. Bukak pintu je amik kasut nak keluar. Nampak air je nak bukak baju. Nampak buku je nak baca.

Ni plak gambar masa kat Extreme park masa Kheirul pergi main paintball. Kiterang lepak sekejap sebab panasla. Balik rumah makan pizza lagi best.

Nak gak Afriena suruh tunjuk princess dia. Versi kecik beli kat Ho Chi Minh hari tuh.

Ni Ashraff punya.

Oklah ciao dulu. sakit perut giler dah ni.Saya kesempatan ni nak cakap pada yang click LIKE kat entry dalam Mas Travel tu terima kasih ye. Pada yang belum silalah LIKE. Click gambar ni

Garangnya Ustazah

Sebelum baca, sila lah LIKE sini dulu. Please , please, please

Wah tadi pagi hantar Ashraff pergi Sekolah agama. Cam biasalah sampai on the dot. berlari Ashraff masuk kelas sebab dia ada ujian hari ni. Tetiba nampak 2 orang Ustazah dok lambai kat saya, Den dok cakap dalam hati, Apo laei la ustazah ni nak, yuran den dah bayar. So I bukan seatbelt Rayyan then dokong sikecik yang dok menggelupur nak berjalan.

Sampai ke kelas je, nampak cikgu dok marah sorang budak pempuan. Budak nilah yang suka ngambik barang budak lain. Agaknya Ustazah dah tak larat dengar komplen mak bapak kot pasal budak ni. Yang ni kes pasal dia amik kaler pencil Ashraff. Dia tak nak kasi balik kat AShraff. Tu yang ustazah suruh I join sekali. I tak masuk pun jenguk kat luar. Malas nak masuk campur. Ustazah tanya betul tak awak ambik pensel warna Ashraff? Budak tak ngaku, so cikgu selongkar beg budak tuh, jumpa sekotak kaler pensel Ashraff, pandai gak budak tu, dia potong nama Ashraff. So Ustazah tanya Ashraff ” Ni Ashraff punya kaler pensel ker” Ashraff angguk je.

Ustazah pesan kat budak tu, LAin kali jangan buat lagi nanti Ustazah panggil mama dia lagi nak? Dia geleng jer. Lepas I tanya Ustazah,

Wah garangnye ustazah?

Takde saya geram sangat. Semalam budak baru keluar makan, dia pergi selongkar beg budak lain lagi

Pastu I cakap kat ustazah, sebenarnya saya tak kisah pasal barang dia amik tu tapi perangai nanti kalau tak larang sampai ke besar dia buat.

Ustazah cakap, memang betul… saya memang geram dengan budak nih

Pastu tadi after school , budak tu nampak I terus lari. hahahah takut kot. Cuma bapak dia ni nak kena bahasakan .

“NO SMOKING IN SCHOOL AREA”

 

Panas, panas, panas

Lately .. panaskan cuaca. tu yang Rayyan tak suka pakai baju. asal balik dari sekolah jer, dia nak bukLaju je dia jalan pergi bilik air nak mandi. Sikecik ni pandai dah kasi hint nak mandi lah, nak makan la. Now nak mengadap PC pun susah. sibuk jer dia . Orang nak taip dia sibuk tekan, tarik kakilah pastu dia pergi panjat katil, panjat kerusi fuhhh. Semalam lagi best, masa dok semayang tahyat akhor tetiba, kepala I kena ketuk dengan kayu golf. nasib baik plastik kalau titanium mau bocor kepala. Pastu agaknya dia tau dia bersalah, dia tunggu je depan I sampai I habis sembahyang, then cakap mama, mama dgn intonasi yang cute. Agaknya dia mintak maaf kot.

Kalau naik kereta, tanya mana burung, dia point jari dia ke burung-burung then cakap there, there…Oh ya tadi ada bersembang dengan cikgu sekolah agama Ashraff pasal sorang budak ni, Hari tu diaamik makanan Ashraff, pastu cakap tak sedap then letak balik dalam tupperware Ashraff. So on that day Ashraff tak breakfast pun sebab dia memang tak makan bekas orang gigit. Then second time semalam budak tu amik a set of his pencil colour dia. Kira curi ke sebab masa tu orang dok rehat, dia pi bukak beg Ashraff amik colour pencil bawak balik rumah. Ustazah tu cakap apa,

Saya memang geram dengan budak tu, Cikgu-cikgu kat sini ingat nak suruh dia benti sekolah jer sebab, dia bukan je kacau sorang dua budak, budak kelas lain pun dia kacau.Bila komplen kat bapak dia, bapak dia Iya, iya iya (versi indon ok).

I dengar, hish la ye ke? Pastu cakap kat Ustazah, takpelah nanti kalau dia macam tu lagi biar saya lah yang cakap kat bapak dia.

I memang dah lama nak bahasakan bapak dia nih, Dah la masuk kawasan masjid, tak     reti nak pakai seluar panjang, pastu tak reti bahasa dok isap rokok. Tunggulah.. memang I akan bahasakan dia. Macam mana anak nak berbudi bahasa kalau bapak tak reti bahasa?

Oh Ya, Nak mintak jasa baik you all semua tolong LIKE kan my entry kat iMAS Travel boleh?

Boleh tekan sini