Category Archives: Free Time & Hobbies

Dari Jalan TAR ke IKEA

Ni lepas jogging ni, dengan baju jogging kiterang ke Jalan TAR.   Dalam kereta dok hidu ada bau peluh busuk tak? hahah nasib baik takde kang pening orang ingat abangla plak.Pergi ke Jalan TAR sebenarnya nak cari Al Quran untuk Afriena. Dia dah nak start surah AlBaqarah. Lambat sikit sbb masa masuk sekolah baru, I suruh dia start fresh. Dah beli dah quran dia warna purple gitu. Beli yang tahan lama sebab Quran tu akan bersama dia like forever kot. image

Kedai buku Barakah. Kalau nak beli buku agama, Quran, sirah nabi semua kat sini. Harga berpatutan. Dia sederet dengan Ariani .

Cakap je pergi beli Quran tapi nampak kamus 3 bahasa (Malay/Jawi – Arab-English) dan Kisah Rasul untuk kanak-kanak terus beli pastu terjebak beli shawl dua. Beli shawl murah-murah je RM15 untuk dua helai. I pakai yang murah je. Kheirul suruh beli dalam Ariani tu, tapi malas lah and to be frank saya bukan peminta ariani, fareeda , Natasha dan sebagainya. I suka shawl biasa-biasa je. Yang lilit-lilit tu I suka. It’s me lain orang lain selera kan

Dah habis beli shawl ke IKEA plak. Ye dengan baju jogging tu. Pergi sana terus cari makan dulu. Ashraff dah cakap nak makan meat ball, Afriena Pasta , Rayyan tak kisah. LEpas makan baru masuk market hall.

image

Pasta untuk Afriena -tiap kali pergi yang ni lah dia makan

image

Almond cake -share 5 beranak

image

Rayyan punya. Habis dia makan. Lepas makan dia tido

image

Ribs untuk Kheirul – not bad rasa dia sesuai dengan harga

image

Salmon untuk saya

image

Rupa meja makan. 

Makan cepat-cepat sebab kesian kat orang lain cari tempat duduk. Dah habis makan cuit sesapa je yang nak duduk kasi duduk. Rezeki ibu mengandung 2 orang. Berkali-kali cakap thank you. Masa I menunggu minah salleh ngan anak siap tolong lap meja. Kalau semua orang macam tu kan bagus, tak mementingkan diri sendiri. Ni I tengok dah siap makan boleh sembang biar je orang dok kelek anak menunggu. Macam mana you nak show good attitude kat anak macam ni?? #selingan

 

Tujuan sebenar datang IKEA adalah nak beli jam yang MIL pesan. Dah beli jam cepat-cepat balik kang lama dok situ banyak plka beli lagipun I kena beli barang untuk masak lasagna yang kawan-kawan order.Banyak tempat nak menyinggah and thank you husband sebab beri sokongan.

 

sapa nak order lasagna, boleh order dengan saya

Jogging n Breakfast kat Tasik Perdana

Kiterang ada jogging-jogging hari Sabtu lepas kat Tasik Perdana. Suka bebudak sebab terlepas ke tempat macam ni. Shopping malll bukan tempat yang dorang impress. Dorang lagi suka pakai sport shoe, track bottom, tees dan alam yang kehijauan. Kiterang keluar rumah pukul 8. Kali ni ke Tasik Perdana. Teratur sikit kat sini, sbb ada tempat parking yang tersedia. Sampai je sana, Afriena dah merengek

I’ hungry…I lapar … nak makan…sakit perut dah ni

arghhhh dia memang macam tu, kat rumah tak nak makan kan… So ingat samapai sana cari roti je kat bebudak, sekali ternampak ada nasi impit, laksam, nasi lemak, nasi ambeng, kuih-muih, apa lagi makan lah dulu. You all kalau nak tau, kat kelantan pagi, breakfast mesti ada nasi impit dan laksam. awesome kan??

image

Kuih-muih untuk Ashraff n Rayyan, Laksam untuk share and nasi impit share bertiga . Air kosong je

So kiterang makan share gitu. small portion je kang termuntah nak jogging. Dah makan, baru berjalan slowly ke tempat jogging. Bebudak main -main kat playground dulu. Dah puas main baru berlari. Jogging 2 km je… balik rumah terkangkang kaki sakit hahaha. Tu standard la kan. Sambil jogging, kalau penat jalan laju. Memang berpeluh bukan main basah.

image

Yang ni yang dorang seronok sangat ni. Better than kat shopping mall. hahaha

image

Peta Dia, sambil jogging sambil soal jawab subjek sains

image

Ni pun antaranya subjek sains-herbivor ..bau hancing but menarik

Yang Afriena merengek, jangan lari lari, kaki sakit… tu memang la anak perempuan memang manja eh. Rayyan? dia sempoi sebab duduk dalam stroller, kiterang tolak dia, dia tido dengan penuh nyenyak.

image

best je tido… tu nak isap jari la tuh

image

jogging sambil tolak dalam stroller… best kan yang kena tolak tuh

image

Tengok muka penat…. tapi

image

bila jumpa playground tak nak balik. lepak kejap sini kasi budak excersize plak, while Kheirul buat 1 round lagi. 

Best jogging kat sini, sebab ada breakfast sedap, ada playground yang besar dan banyak, bersih, ada rusa, ada taman. So kiterang dah jumpa port berjogging dah. Lepas raya jogging balik….Lepas jogging kiterang ke Jalan TAR dan IKEA. nanti kita cerita ye

Mille Crepe

First time buat Mille Crepe. Adehhh jenuh nak melempeng satu satu. Patut lah sebiji mille crepe boleh mencapai harga RM70-RM80! Sebab leceh nak buat sesatu. Tapi hasilnya sedap untuk di makan.Buat sempena Anniversary hari tu.Jenuh buat sampaikan dinner terus ajak makan luar. Malas nak masak. Malas nak sepahkan dapur lagi.

photo

 

Chocolate Mille Crepe with fresh Cream and candied walnut.