Category Archives: Free Time & Hobbies

Breakfast, Lunch & Dinner

image

Dah lama tak sarapan satu famili  kat rumah hari Ahad. Saya tak pergi kelas Taekwon-do hari tu, biasalah… tengah heavy flow kang ada yang pitam kat kelas. Dah tak pergi kelas, jadi saya buat sarapan. Kheirul masak sausage, saya plak buat scramble egg. Lepas tu panaskan baked bean dan makanlah . Ada muffin, tambah muffin.

Boleh lah buat alas perut sampai ke tengahari sebab tengah hari ada kenduri kahwin kat rumah mak saudara Kheirul yang kami panggil mama je.  Kenduri kahwin lain dari lain. Sebab ada ayam penyet. Sedap plak tu Ayam penet. Ayam penyet, sambal dia, ada tauhu tempe dan pucuk ibu. Memang lain dari yang lain dan menyelerakan. Siap goreng ayam kat situ lagi.Selain dari tu ada pulut kuning dan rendang. Afriena makan pulut kuning lah dia. Rayyan macam biasa nasi, nasi nasi dan Ashraff pulak makan ayam dengan keropok. Lepas makan ada pencuci mulut Jeli kelapa. Best sangat. Lain dari yang lain dan sempoi.

image

Cuma takde buku muslim princess je. Jenuh nak belek sesatu. Bulu fairytale tak beli. Tak bagus sebenarnya untuk anak-anak

image

Sikecik yang suka buku

Kami tak lama kat situ sebab Kheirul nak pergi jumpa kawan dia lepas tu nak pergi ke Big Bad Wolf. Kan Ahad lepas adalah hari terakhir. Maka kena pergi cari buku bacaan anak-anak.Duduk dalam tu tak lama, beli pun tak banyak, Orang yang paling happy pergi beli buku adalah Afriena dan Rayyan. Rayyan memang menunjukkan ciri-ciri suka baca buku. Walaupun dia tak pandai baca lagi  tapi dia akan ambik buku lepas tu tanya ni apa, ni apa. So ada lah buku untuk dia jugak. Siap bawak sendiri.

image

Kalau boleh semua nak

Lepas habis beli pergi surau. sebab dah maghrib, alang-alang solat terus nanti taklah kelam kabut. Nasib baik Afriena bertudung siap berstoking senanglah dia solat tak payah berebut telekung. Cuma kena menunggu sebatang paip denganberpuluh orang yang nak amik wuduk je. Lepas tu pergi dinner dan balik rumah. Penuh  aktiviti hari Ahad dengan makan je kan.

image

Antara yang dibeli. I am princess bukan fairytale. Dia cerita pasal imaginasi kanak-kanak. buku 3D . Buku pasal Bugs untuk tambah koleksi ensiklopedia.

 

Mrs. Mama Lasagna

Ni saja nak promote Lasagna yang I jual. Alhamdulillah…makin seronok buat lasagna. Cara I senang je, macam mana I masak untuk family macam tu lah I masak untuk yang dijual. Sekarang , kiterang dah perkenal kan saiz baru. Saiz Piccolo atau saiz S. Saiz Piccolo ni sesuai untuk sorang makan. Cuti sekolah macam ni kalau malas nak masak kot tak sempat boleh order yang ni. Kalau order banyak, yang lebih boleh freezekan, So nanti nak makan panaskan je dalam oven.

lasagna4Saiz S / Piccolo – 5.5×4.5×2

lasagna3

Saiz M/Metà -8x4x3

image13-400x600

Saiz L/Grande – 8x8x3

Buat masa ni, saya cuma menjual Lasagna Daging. Ada 3 lapis lasagna dalam tu. Kalau ada sesiap nak order untuk office pun boleh, untuk party pun boleh atau untuk smaller size pun. For smaller size, we still working on it. Insya’ Allah . Semoga Allah mempermudahkannya. Dari hobi kepada perniagaan

Bagi yang membaca blog ini, Anda boleh juga dapat info mengenai Mrs Mama Lasagna di page kami . Sila klik gambar dibawah untuk maklumat lanjut.

mrsmama

Ada juga yang mesej tanya kenapa Mrs Mama, Sebenarnya nama Mrs Mama ni dapat dari Afriena. Bila kita suruh dia buat kerja, sikit-sikit Ok Mrs Mama, Alright Mrs Mama. Kat papa dia plak dia panggil Mr Papa. Itu yang dapat idea Mrs Mama tu. Takde tiru mana-mana .

Lasagna : Pesanan dibuka

Hi semua, dengan ini saya ingin memaklumkan bahawasanya saya telah mula ambil order untuk lasagna. Jadi kepada sesiapa yang nak order lasagna bolehlah order di SINI.

lasagna

gambar ilustrasi

Inilah rupa lasagna, tapi untuk jualan , lasagna dibakar dalam bekas aluminium seperti di bawah

image

Harga setiap satu (dalam bekas aluminium )

Saiz besar : 8x8x3 – komen untuk harga

Saiz keci l :8x4x3 – komen untuk harga

Setiap pesanan boleh diambil di meeting point kawasan Serdang Raya, Bukit Serdang atau Merab.Sebarang penghantaran kawasan Lembah Klang akan dicaj RM10 dan cuma dilakukan pada hujung minggu sahaja.

Tempahan mesti lah dibuat minimum 2 hari sebelum tarikh ambil

Kandungan Lasagna:

Daging,lobak merah, celery, cendawan,keju mozzarela, Parmesan dan cheddar . Buat masa ini lasagna yang dijual adalah lasagna daging. Lasagna yang dimasak, tidak mengadungi MSG dan bahan pengawet lain.

Sila nyatakan jika anda ingin lasagna anda panas atau beku.

lasagna2

ilustrasi sahaja