I am now 38 weeks pregnant. Doktor cakap should be anytime sebab kepala pun dah turun. Tapi kenapa baby tak ak keluar lagi? I dah tak larat dah. kalau kemas rumah tu ala kadar jer as long as rumah tak berhabuk. Kalau masak pun ala kadar jer. satu lauk, satu sayur. Then later Kheirul tolong buatkan telur dadar ker kalau nak additional. Nasib baiklah lepas makan dia siap cuci pinggan mangkuk and lap meja. Thanks husband. Frankly, nak berdiri lama pun dah tak larat. Tapi kalau suruh pergi swimming 2-3 lap ok lagi :) . Dah berapa hari tak pergi swimming sebab asal petang jer hujan. Asal hujan jer petang. Kesian Ashraff and Afriena.
Persiapan baby dah 95% siap. semalam Kheirul dah siap pasangkan baby cot sambil dibantu oleh Ashraff. Biasalah Ashraff mesti dia nak nengok skru tu letak kat mana, tolong paskan barang, tolong ktip skru.
FYI, Budak 2 orang tuh especially, Ashraff taknak kasi I masuk hospital sebab takut nanti mama dia ada blood. hahah. Hari tuh masa kaki I berdarah kena pintu dia boleh siap nangis lagi. For now, I’m still suap dorang makan. Yelah nanti dah bersalin takleh nak buat camtu.Feel suap anak makan nih macam lain sikitlah…lagipun senang cuci satupinggan jer.
At the moment, tanda-tanda nak bersalin tu dah ada tapi baby tak nak jugak keluar.
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan – everyday rasa
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing – yang ni kerap sangat dah tak larat
- sakit perut, memulas – memang selalu rasa
- kerap buang air besar – satu hari sampai 3-4 kali
- kerap terkentut – takde pulak
- sakit belakang -yang nilah yang siksa sikit
Actually, macam tak sabar nak jumpa orang baru. Nervous jugak sebab dah 5 tahun tak masuk labour room. Risau sebab tak tahu sapa nak jaga Ashraff and Afriena.