Author Archives: Yatie

Berebut PC

Adooiii.. penye lah susah nak guna PC kat rumah… dah ler kene berebut ngan askar-askar tu… dua biji PC + Notebook pon diorang kebas…

tengok ler…

Sebab tu la.. Sawanila.com ni lambat skit update untuk sehari dua nia.. maklom laa… kene tunggu diorang ni tido dulu baru boleh nak guna pc…

tengok la lagi ni… sambil makan pon main games…

Kene beli satu lagi la gamak gayernye.. tapi duit plak takde lagi.. bonus oh bonus.. bila lah ko akan menjelma….

Budak Demam

MAcam tetau je,cuti lama………budak kocik ni domam plak. dah lah demam atshma plak tuh…. Biasalah kalau dah athsma kena la pergi klinik sedut gas. Ni biasa dah ni. adegan biasa untuk Afriena and Ashraff.

Ha ni semalam kat klinik. pukul 10.30 kena keluar rumah hantar Afriena pergi klinik sebab suhu badan dia very high and dia nafas laju. So apalagi satu family buat rombongan cik kiah ke klinik 24 jam kat Pandan…Tengok tuh tengah sedut gas tapi mulut bising yang amat… haha Doktor cakap kalau tak ok gak kena masuk hospital… so hari ni nampak ok. Taknak lah masuk hospital leceh and penat. last year pun kena masuk hospital. Nak tau cerita ceriti click kat sini..

Shopping di Ikea Lagi

Tak tahu nak buat posting apa.. sebab boring bila cuti.. pas tu plak banyak plak gambar gambar yang disnap masa shopping kat Ikea semalam.. so apa lagi bubuh jer la kat sini.. heheh…

Ni ler gambor bebudak yang tak dok diam bila kat shopping complex.. ada jer aktiviti melampau diorang….

Gambor Afriena tu bukan ori lagi tu.. dia asah ngan Mr Photoshop dah tu… tapi boleh la… sekadar nak tajamkan skill photoshop.. takut lama-lama lupa plak…

Ni plak gambor anak sapa tah.. pakai snap jer… takde la setting ke apa ker.. just letak jer camera kat atas peha pas tu snap.. tak sangka plak gambor yang terhasil begitu lawa sekali… suka tengok mata budak tu.. cam ada sesuatu yang dia nak bagitahu…

hah.. belek.. belek… last last abih beratus gaks semalam…. beli skit jer.. tapi reger barang sekarang ni kan mahal gilos… bila la harga nak turun ni…