Author Archives: Yatie

Picnic kat Ulu Yam

Last Sunday, seperti yang dirancangkan, kiterang pergi piknik kat Ulu Yam. memang best. so seawal pukul 7 pagi I dah start masak.Masak Bolognese Spagethi and buat sandwich. Buat sikit jer sebab kiterang satu family pergi sana.Budak-budak apalagi memang excited la dorang.

Dah siap bungkus nak pergi piknik

Sampai sana, Kheirul siap pasang khemah, hihi senang nak salin baju..I kan geli nak masuk public toilet..Alhamdulillah kiterang dapat port baik punye. Sampai je, me and kids kasi sapu tempat dulu. Air sungai punyalah jernih….

Pastu , apalagi tukar baju, kite terjun dulu…lepas berendam seketika, makan pulak…

budak duarang yang dok makan sambil discuss nak buat apa lepas nih…

Antara makanan yang di bawa….

Spagethi Bolognese

Egg sandwich

Aktiviti mendera budak kecik……

Afriena kena selam…..

Air kat sana memang jernih and sesejuk air batu… kalau nak mandi baik basahkan badan siap pastu mandi kalau tak memang sejuk. tengok la afriena sampai menggigil sejuk.. pukul 2 camtu kiterang pun balikla … masatu orang dah start ramai nak mandi pun tak best..

Aktiviti kegemaran Ashraff, main tembak air ….

Insya’allah nak pergi lagi, but this time kalau pergi kiterang nak buat BBQ. Anyone care to join??boleh kite buat plan baik punya..

Cheese yang cute

Ashraff and Afriena memange suka makan cheese

Normally dorang suka makan cheese keping , tapi last weekend masa kat Giant ada buy 1 free 1 I beli cube cheese plak. sampai rumah tak sampai sejam dah abis.
sib baik ada sekotak lagi. sebungkus harga biasa RM9.90 ada 15 kiub. ok la untuk dorang. ada tiga jenis cheese dalam tu, plain cheese, cheddar cheese and blue cheese. sedap…

Macam tula rupa muka budak yang suka makan cheese

SpaQ 2

I sekarang dah addicted to few dramas… salah satunye SpaQ 2. Dalam I dok menyampah I layan jugak kat PC. sebab nak tengok TV takleh, berebut dengan kids. Well we had a deal, they can watch channel 616 from 7pm to 8pm then 8pm above will be ours. So while we watching they have to do some reading or writing.FYI both of them especially Ashraff dah boleh membaca. Semalam I buat test reading, we were so impressed with them. tak sia sia la hantar sekolah memahal and well both of them dah tau tulis nama sendiri.
Back to SpaQ 2, ada tak sesapa yang follow citer tuh?? I dah bengkek gila dengan Sofiera and gang , geram cam nak tenyeh je muka dorang. Jalan citer dia menarik, tapi yang kurang menarik , Pakaian pelakun begitu menjolok mata macam tak sedar diri yang dah tua and make up dorang so over. Tapi apa apa pun memang I tak leh miss citer ni… tak sabar nak tunggu ending dia…