Author Archives: Yatie

Walls Durian Runtuh

Hehehe.. pernah tak you all menghabiskan duit sebanyak RM100,000 dalam masa 8 jam?? I pernah merasa pengalaman shopping macam org kaya gile.

Inilah rezeki yang Allah kasi. It was 5 years ago masa pregnantkan Ashraff. Dulu masa pregnantkan Ashraff suka sangat makan ice cream Baskin Robbin. Tak tahu kenapa hari tu nak terbeli Walls ice cream. kebetulan ada scratch n’ Win so why not. Mana tau dapat Peanut Butter ke. Sekali dapat RM100,000.

Alhamdulillah rezeki. So apalagi… … you all bacalah news cutting tu ek.

Masa tuh for 3 months almost every week, muka keluar news paper sampai uncle yang jual newspaper kat Bangsar pun dah kena muka kiterang. Sampaikan manager TMC tampal gambar kiterang kat TMC and she always think that Ashraff tu ada ong. tak tahulah betul ke tak but kalau pergi TMC , terserempak dengan dia mesti dia kasi something kat Ashraff. Toys lah food la…

Tambahan skit :

i. RM10,000 @ Watch Shop.. beli jam aja la.. tak cukop RM10k untuk watches

ii. RM10,000 @ Adidas.. penin paler nak abiskan Rm10k untuk barang adidas ni

iii. RM20,000 @ Homelife… abis semua barang perabut rumah kitaorang sapu

iv. RM20,000 @ Habib Jewels… orang pompuan punye barang la

v. RM20,000 @ SenQ… Electrical goods… 3 econds, 1 big fridge,

vi. RM20,000 @ Phillips.. barangan Phillips aja.. kitaorang sapu 4 TV, handphones, dll….

Penat ooo nak abiskan RM100K in just one day… Kalau kedai tu dekat dekat takpe la.. ni tak.. satu kat ujung dunia tu.. satu kat ujung dunia ni.. masa untuk travel tu dengan jalam jem pon jadi cabaran gaks…. anyway.. it was really good time we had.

Perokok Pentingkan Diri Sendiri

First of all, all the perokok jangan pulak terasa or marah. Ini hanya luahan rasa seorang perempuan yang tidak merokok dan seorang ibu.

Everyday, setiap petang menunggu si suami menjemput isteri balik kerja, banyak lah “dinasour” dok bersidai menghembuskan asap yang sedikit sebanyak menyumbang kepada pencemaran udara dan banyak menyumbangkan kepada kanser. Kalau tak kepada diri sendiri, sumbang la kat orang menyedut udaranye.

Kenapa mesti merokok? apa faedahnye? I don’t see any benefit, in fact for me, it’s like burning your notes. Tapi tu tak kisahlah not my money but hey, don’t you think about other people? I hate people smoke beside me. Macam tak reti hormatkan orang lain. dok sembur asap macam scerobong keretapi. Selalu kalau org smoke macam tuh, I belah jer or kipas -kipas kan asap suruh dorang paham sikit. Kalau ngan Afriena or Ashraff, lagilah I marah, I taught them to say smelly depan -depan smoker tu jugak.

Wahai perokok -perokok semua, sila lah behenti hisap rokok. sayangilah diri anda. Nanti kena kanser. Kalau tak takut kanser at least, sayangilah duit anda. Kalau tak sayang duit gak, bawak-bawaklah pikir pasal orang lain yang tak suka dengan bau rokok and kesan dari asap rokok.

Mencegah Selsema Babi H1N1

abc1abc2

Hari ni sekolah tadika diorang ni dah mewajibkan pakai topeng pernafasan semasa sessi belajar. Afriena ok aja.. siap boleh possing depan kamera untuk amik gambar. Tapi, Ashraff malu-malu rimau plak dia…

Risau gak sekarang ni, mangsa H1N1 meningkat dari sehari ke sehari. Berserah pada Allah S.W.T sahajalah sebab segalanya datang daripada Dia dan Dialah yang melindungi kita juga. Marilah kita sama-sama berdoa agar wabak Selsema Babi H1N1 ini dapat dijauhkan daripada menjangkiti kita serta sanak saudara kita. Amiiinnn……