Author Archives: Yatie

Kenduri Dan Puding Raja

Last Saturday, kiterang satu family pergi ke Kuantan sebab ada wedding invitation. Pukul 10 bertolak from rumah, pukul 1 dah sampai.Sedang eloklah sampai jer dah boleh makan.BTW, yang kat atas tu adalah gambar pelamin.lawakan??? Afriena cam biasa , dia suruh mama dia snapkan gambar dia depan orang yang ramai tuh.

Ha ni bebudak yang start nak buat perangai sebab panas. susah betul kalau jadi budak bandar semua tak boleh. Panaslah, peluhlah, nyamuklah….

Ha ni makanan masa kenduri.. nasi beriani dengan pelbagai lauk. kenyang sampai ke malam. macam biasa bebudak tak makan ni semua. dorang cuma makan daging and kek jer

Tapi yang paling best is this one. Dok terbayang-bayang lagi kesedapan dia. Ni nak kena menuntut ni. tau ni apa? PUDING RAJA. sedap gilosssss

gelagat dalam kereta

Saja… nak share gelagat anak-anak dalam kereta.

Rayyan is all the time duduk dalam car seat. So far takde karenah.Cuma kalau dia nak minum susu kena lah riba sekejap.

Ni budak 2 orang dalam kereta. Actually ni on the way nak ke Kuantan for wedding invitation

Tapi yang I pelik… minah ni pun ikut?? nak pengsan bila tengok kat belakang ini minah siap pakai seat belt.

To the infinity, and beyond

Amacam ada gaya nak terbang tak? macam-macam style tidur.Since cuti sekolah susah plak si kecik nak tidur siang. Apa tak nya abang and kakak dia dok agah dia jer. So dia pun melayan je la.Nasib malam tidur lena sampai kena kejut minum susu sbb “botol” susu selalu penuh. Tapi pukul 6.30 dah kejutkan mama. bagus gak kejut sembahyang subuh.

Lately posting kena pendek jer. Yelah masa tu emas. time anak tidur baru boleh buat kerja. sidai baju, lipat baju, kemas sesikit. Finally dah jumpa dah kleaner feveret. yang hari tu nya I tak berkenan.. banyak cakap. Nanti nak kena panggil kleaner buat dusting and major cleaning. FYI, I still tak buat kerja berat.. hihi pantang.My mom very strict. kalau telepon mesti ada pesanan penaja. Fenin

Note: tengah buat posting at 1am sbb rasa best anak-anak dah tidur. kalau tak ashraff and afriena dok terpekik gaduh la, berguraulah…