Author Archives: Yatie

Puding Raja Pekan yang asli

Sapa pernah makan puding raja? hahaha kalau orang Pahang esp orang Pekan and Pahang confirm dah biasakan. Oh ini adalah susulan daripada trip pergi Kuantan last Saturday. Pergi dengan 2 SIL and BIL. We pergi  whole family. Ada hal sket. Yang best kalau pergi Kuantan, kiterang sukalah kalau ke Kuantan sebab boleh mencari makanan kat sana. Antaranya Puding Raja.

I terjatuh cinta since dengan puding raja since wedding cousin Kheirul. Sedap sangat sampai tanpa segan I pergi tambah. Tak cukup dengan yang tu, I dipaksa oleh suami thercenta untuk buat puding raja sendiri , So I buat le tanpa jala mas.

Since kat Kuantan ada kedai jual nih, Apa lagi pi beli la. Harga bekas kecil RM6. I beli 3 sebab tu je yang ada. I makan 2 Kheirul satu sebab dia tak boleh makan banyak , jaga badan while me kena tambah berat sikit since according to my SIL , I dah sekeping. hahahaha.Oh ya bila makan puding ni, pakai sudu kecik baru feel and gelak mesti ala-ala raja muah muah muah

Rasa puding nih, Kalau makan kena pejam mata sebab sedap sangat. Lemak manis, berkrim. Isi dalam tu ada pisang lemak manis, prune, cherry , jala mas, gajus and makan dengan kuah kastard. Pisang dia dia special different dengan pisang kat sini. For those yang nak cari kat mana, Dia ada jual kat Affa Cafe, Sri Kuantan. I refer to this blog tokey dia lah ni.

NOTE: Nak pudding raja lagiiiiiiiiiiiiiii

 

Resepi: Ikan Merah Tauchu

Dah lama rasanya tak makan ikan masak taucu. Last rasanya masa duduk kat Singapore meaning after SPM la kot. Duduk with my auntie. After SPM I duduk sana and kerja. My mom pun jarang masak ikan masak taucu sebab my abah tak berapa suka. Bila tengok kat twitter ada orang masak ikan masak taucu, dok terbayang 2-3 jam. Tak boleh jadi ni, kena masak jugak. So petang u pergi cari taucu and balik rumah terus masak. Since kat dalam fridge ada stok ikan merah, so jadilah Ikan merah masak taucu. Tengok bahan-bahan nye dia bawah ye

INGREDIENT

  • 3 keping ikan merah – di goreng
  • 2 sudu taucu yang dah hancur (kalau pakai yang kasar sila tumbuk)
  • 1 cawan air
  • 1 bawang besar – hiris besar
  • 1 bawang putih – hiris
  • 1 inci hali muda – hiris
  • 1 biji lada hijau – di hiris (tapi I pakai cili padi letak sebiji – biji baru syedap)
  • sedikit gula

METHOD

  • Panaskan minyak
  • tumiskan bawang dan halia
  • bila bawang layu, masukkan taucu dan kacau
  • Masukkan air, kacau hingga mendidih
  • Masukkan ikan dan cili
  • Gaul sebati, rasakan dengan sedikit gula.
  • Sedia untuk dihidang

Kalau masak taucu, tak payah pakai garam sebab dah masin. Just balancekan dengan sedikit gula. Kaau nak letak timun pun ok sedap gak. Semalam pun masak ikan masak taucu lagi.. ngeh ngeh

Job Interview

Pagi semalam tengah dok siapkan lunch box untuk Ashraff dengan “bantuan”Rayyan, ada orang call apa nama company tah, lupa dah opisnya kat Bukit Jalil. Dorang cakap dorang ada my profile aka resume. So dorang nak interview. They ‘re looking for customer service position. Tapi sebelum apa-apa hal pun dia tanya expecting salary. ermmm I cakap lah sekian-sekian. Dia pun balas, oh we cannot offer that much. I said takpe (Aku dah bagi diskaun dah tuh, dalam hati cakap) We only can offer untill 3.5K jer. Tapi dia still nak interview gak. Ok lah layanlah for few minutes. Then lepas tu dia cakap ok nampaknya not what we ‘re looking for because we’re looking for somebody experinced dalam call centre. No problem I said sebab I’m only looking for Sevice Desk position.

Go green!! Ashraff memang bawak bekal pergi sekolah. Both school kena bawak bekal. Senang. Kekadang dia makan sorang kekadang dia share.

Apa-apa pun, kira ada umph lagi lah resume tuh hahaha, not bad gak test power tapi I tau memang susah I nak dapat kerja dengan gaji lama. But it’s okay I’m happy with my current job. Never ending job, no medical leave , no what so ever leave. But my current job is really multitasking. A mum, a wife, a driver, a teacher, a cleaner, a cook and off course good perks. Tak payah risau nak amik cuti macam kerja lama, sabab memang takde cuti pun untuk housewife. Nak cuti jer kena apply 2 minggu sebelum, sibuk kena carik member utk relief, balik opis dah pening sebab tukang relieve dah serabutkan kerja…

Yang penting, I can see them everyday

The hensem boy yang manja and little diva, eventhough every morning I dah jadi macam komander suruh cepat mandi, bangun angkat beg. Manalah mama dia tak jadi komander, semua liat nak buat. Dahlah mandi berejam.

And with him around lagilah susah nak pikir pasal kerja. Dia ni selalu sejukkan hati yang marah. Cuma penat tang dia dok berlari panjat sana-sini. Having kids around, membesar depan mata, makan apa yang kita masak, pakai baju yang kita cuci, sepahkan rumah jadi kapal tongkang pecah buat rasa diri ni worth walaupun penat tak terkata.