Author Archives: Yatie

Injection beramai-ramai

Rayyan dah cukup 18 bulan hari tuh, kiterang bawak pergi buat injection. Hehehe masa masuk klinik happy berlari sana sini, bila dah kena inject nangis terus. Lepas tuh boleh melompat balik.

http://youtu.be/5sFKElm00ds

Afriena pun kena inject jugak. Buat terus bila umur 6 tahun. Ashraff dulu pun buat masa umur 6 tahun. Sebenarnya kat sekolah ada buat masa umur  7 tahunkan tapi both of us tak kasi permission untuk injection kat sekolah. Same goes to dental jugak. Takut la apa-apa yang tak diingini terjadi.

Lagipun ..kalau time injection, rasanya habis padang nanti cikgu kena kejar Afriena.. tengoklah macam mana dia pekik

http://youtu.be/HLUMO3z0q80

Negimaki with black pepper sauce

Apake susah nak masuk dashborard blog ni… ni yang malas nak buat posting nih. Ok lah meh nak citer pasal Negimaki aka beef rolls. Kan dapat hamper maggi ada banayak perencah nak pakai…one of them ada black pepper sauce. Normally orang buat daging masak black pepperkan? but me boringlah, I’ve change to beef roll. At least bebudak makan sayur yang tersembunyi tu.

Inilah rupa negimaki yang belum dimasak. I gulung dengan daun bawang dan carrot. Nak lagi sedap, you all boleh gulung dengan cendawan enoki. I tak boleh pakai cendawan sebab ada orang tak boleh makan cendawan.

Dah siap gulung, secure dengan  lidi then shallow fry. Masa fry dia, dia akan jadi caramel sikit sebab I perap dengan sos istimewa. Kalau jepun resepi asal dia, dorang perap dengan Sake and Mirin and soy sauce kan? tapi kita mana boleh pakai Sake and Mirin… so I subtitute dengan benda lain untuk memberi rasa yang sama. Resepi Negimaki adalah seperti di bawah

INGREDIENT

  • 30 gm sirloin beef- hiris nipis
  • 1 sudu  besar kicap manis kipas udang
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar air tapai (sebagai ganti sake dan mirin) – kalau takde ganti dengan grapejuice+cuka+gula
  • carrot yang dipotong halus secukupnya
  • daun bawang secukupnya

METHOD

  • daging yang dihiris nipis diperap dengan sos tiram, kicap , gula dan air tapai selama 30 minit
  • gulung daging dengan carrot dan daun bawang
  • sematkan lidi  supaya gulungan tak terbuka
  • goreng dengan sedikit minyak
  • Sos perapan yang tak habis, boleh di masak untuk dijadikan kuah. tambah sedikit tepung kalau nak pekat

Inilah rupa negimaki yang dah masak. Hidangkan dengan kuah blackpepper dan makan dengan nasi panas.Rasa dia sepatutnya sikit manis yang berkaramel sebab ada letak gula+ air tapai

Cabaran Masterchef : Pulut Mangga

Semalam tengok masterchef nampak ada peningkatan, sebab judge pun dah tak baca buku sastera.  hehehhe semalam cabaran kotak misteri ada pulutkan. Haih kena sangatlah buat pulut mangga kan. Pulut mangga ni kalau nak sedap, satunya, santan dia kena lemak , pulut mesti lemak sesikit and mangga kena manis ting ting ting.

Dek kerana rindu dengan pulut mangga kat Siam tu kan (bila la nak ke Siam lagi ni) , I buat pulut mangga sendiri. tanak pulut tapi tak letak santan sebab, baki pulut tu nak buat tapai. Beli mangga kat pasar malam, masak santan pekat layan makan malam sambil tengok Masterchef. Sedap.

INGREDIENT

  • Pulut yang ditanak dengan sedikit santan, garam dan gula
  • Santan dimasak dengan sedikit garam sampai pekat
  • Mangga manis -di potong

METHOD

  • hidangkan bersama seperti diatas
  • tabur sedikit gula melaka

Dah siap, most simple dessert. Cubalah…