Author Archives: Yatie

Saturday @KLCC

Rayyan gayat ke?

Macam dah lama tak ke KLCC, last rasanya bulan 5 kot. Bukan apa malas nak bersesak. prefer ke Bangsar or yang dekat-dekat rumah. But this time memang kena pergi sebab ada Tea Event kat  SK-II counter. Harus pergi membeli sebab ada promotion. So kiterang sampai pun dalam pukul 10 lebih then pergi brunch dulu kat Dome. Citer pasal Dome ni… service dorang very bad lah. Lambat dah satu hal tak friendly plak tuh. ANW I dah complained and they called and emailed for apologies. I bukannya nak ngengada complain for attention, tapi sebab ni bukan first time macam tu…off course kita nak orang layan kita elok, dgn penuh keramahan setanding dengan apa yang kita bayar. betul tak?

Makanan sedap tapi service KO, terus tak SYOK. Lepas makan terus ke SK-II counter while Kheirul ke Men’s dept carik belt. Beli belt terus buang yang lama pakai yang baru….

Yang ni pantang ke playground 

Habis shopping terus ke playground plak. sebab nak bebudak dah bising cakap nak ke playground. Panaslah anak-anak… oklah pi sekejap. 10 minit je terus dorang ajak balik. Rayyan pun tak happy sangat layan  swing.

Before balik I singgah kat Durian-durian beli durian pancake and Durian chiffon cake. menakjuban rasa. Lagi menakjubkan sebab bebudak tak nak makan sebab ada durian. mengada tak?

Durian tipu ni..plastik

Durian chiffon cake yang lembut dan wangi. RM4.30 je.

Wonton Noodle

Lately rasa macam kehabisan idea tau nak masak apa. mungkin sebab malas gak kot. Hari tuh…. I buat Mee Wantan. Terlebih rajin, buat dumpling and sup dumpling. Masak simple macam ni memang terangat, makan panas-panas semasa hujan.

Budak-budak memang sukalah. Nanti I letak resepi ye, now nak kena masak untuk lunch dulu sebab dah pukul 10 kena bawak makanan untuk Ashraff plak.

 

UPDATE: Resepi Mi Wantan

INGREDIENT

  • Sepeket mi sanggul – dicelur
  • bawang putih goreng dan bawang merah goreng
  • minyak bawang putih / minyak bawang merah
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1 keping Ayam bahagian dada – dicelur
  • 1 ikat sayur sawi – di celur
  • 10 ekor udang – bersihkan dan dicincang halus
  • 1 mangkuk daging ayam cincang
  • 15 keping kulit wantan
  • 1 pokok daun bawang
METHOD
cara buat wantan
  • gaulkan udang dan ayam cincang bersama daun bawang
  • rasakan dengan garam dan serbuk lada putih
  • isikan inti kedalam kulit wantan
  • buat bentuk 3 segi, sapu air kat kulit wantan supaya lekat (refer gambar)
  • goreng separuh wantan sehingga garing
  • lagi separuh boleh buat sup dengan air yang rebus ayam tadi
Cara buat mi
  • mi yang telah dicelur di gaul dengan kicap pekat,minyak bawang dan bawang goreng
  • hidangkan dengan sayur yang telah dicelur, daging yang yang telah dicelur dan sup

Injection beramai-ramai

Rayyan dah cukup 18 bulan hari tuh, kiterang bawak pergi buat injection. Hehehe masa masuk klinik happy berlari sana sini, bila dah kena inject nangis terus. Lepas tuh boleh melompat balik.

http://youtu.be/5sFKElm00ds

Afriena pun kena inject jugak. Buat terus bila umur 6 tahun. Ashraff dulu pun buat masa umur 6 tahun. Sebenarnya kat sekolah ada buat masa umur  7 tahunkan tapi both of us tak kasi permission untuk injection kat sekolah. Same goes to dental jugak. Takut la apa-apa yang tak diingini terjadi.

Lagipun ..kalau time injection, rasanya habis padang nanti cikgu kena kejar Afriena.. tengoklah macam mana dia pekik

http://youtu.be/HLUMO3z0q80