Author Archives: Yatie

Gaji minimum swasta RM900

Semalam kan, PM mengumumkan hadiah istimewa kepada lebih tiga juta pekerja swasta sempena sambutan Hari Pekerja hari ini dengan menetapkan kadar gaji minimum masing-masing RM900 bagi Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan. You all tengok tak?

Pada pendapat saya la kan, surirumah yang tak bertauliah, diploma pun kena extend kan, RM900 adalah tak cukup.  Seingat saya, masa  first job dulu tahun 2000 kerja sebagai Admin Executive, my starting salary was RM900. Cer kira cer kira, tolak KWSP tinggal RM700 lebih kot. Pastu cer kira duit tambang bas, dulu tambang bas ada gak 70 posen, sekarang cer kira berapa. Duit makan, cer kira, dulu boleh la makan lunch dengan RM3.50 termasuk air sekarang tidak lagi yoo.. Pastu duit gaji tu kan takkan la hanya nak menampung perbelanjaan harian je kan, mesti nak menabung, hantar kat mak bapak. Kalu dok ngan mak bapak lega sikit mungkin, tapi yang kalau tak tu kan… nak makan malam lagi. Cuba kira berapa. Pastu kalau yang dah beranak pinak? Pergi beli barang dapur kat Tesco pun satu trolley paling cikai pun dah RM300. Tak cukup derr…

Apa yang sya tulis ni cuma dari pengalaman saya 12 tahun dulu, tapi I cuma kerja tak lebih dari 7 bulan je, first job cuma untuk menimba ilmu,lepas second job terus gaji double and so on . Tapi masa first job, gaji sebanyak tu pada 12 tahun yang lepas memang tak cukup.

SEKIAN

 

3 anak 3 perangai – percayalah

Percayalah…Memang 3 perangai.Ashraff jenis cepat merajuk, taknak kalah tapi senang disuruh. Kalau suruh vakum rumah memang dia akan buat. Siap cakap

“yes boss, Ashraff do it later after playing computer”

Senang je jadi mak dia kan. Mintak tolong vakum, terus dia buat. Tapi I tolong la, tolong alih kerusi, sambil dia vakum I mop. Jangan cakap malas ok, ni kira training la. Dari kecik la patut kita ajar anak buat kerja kat rumah. Nanti dah besar takdelah jadi pemalas. Kerja rumah bukan untuk perempuan je tau.Lelaki pun kena buat gak.

Afriena plak… manja yang teramat. kadang-kadang I buat tak tahu je. Sikit-sikit nak nangis. Bangun pagi nangis, mandi nangis.. Pastu gaduh dgn Rayyan pun nangis.Homework malas buat. Sebenarnya dia malas menulis. Membaca rajinlah. Subtitles cina kat TV pun dia baca. Tapi Afriena ni rajin bab mengemas. Kemas mainan, kemas buku and now hobi baru memasak. Ha yang ni papa dia lah yang melayan sebab kalau I yang masak, nanti sikecik tu yang menyibuk.

Rayyan plak…samalah manja mengada macam Afriena. Tapi dia suka cari pasal dengan Afriena. Disebabkan itu, I take the advantage esp bab minum susu. kalau dia tak nak minum, offer je kat kakak dia, terus dia menjerit nak. dan dan tu jugak minum habis.Apa benda Afriena pegang yang tulah dia nak. tak faham sungguh.Rayyan dah pandai dah. suruh buat tu ni dah boleh. suruh kejut orang bangun, off TV, letak cawan dalam sinki, ambik nappy. Okaylah. Cakap pun banyak…

Itulah… jadi housewife ni walau takdelah menyumbang kepada pembangunan negara, tapi berbaloi jaga anak sendiri. Walaupun penat tapi dorang sentiasa rasa happy, senang and being loved.

I just lucky to have him around…:)

:)

Airfryer

Sapa pernah pakai Airfryer? tiba-tiba teringin nak ada satu kat dapur.Baca few blog, dorang cakap bagus especially kalau nak keep healthy. kurang pakai minyak. I kalau bab menggoreng I takk suka sebab nanti nak kena lap -lap kalau terpercik.

Tapi now bila baca pasal airfryer ni macam berkenan lah.

gambar amik dari google

Ni kalau cakap kat Kheirul ni mesti dia cakap,

“kalau beli nak letak maneee????? Kang bersusun je dalam kotak. “

pastu I pun jawab, ” Tapikan bang, airfryer ni bagus, masak pakai sikit minyak je. Takde percik-percik minyak dah”

Dia pun cakap ” nanti -nanti lah ada rumah besar, dapur besar baru beli”

I pun, senyap lah sebab bukan duit saya kan. Harga dia dalam RM1199. Ok tak? Banyak betul barang nak beli.

eh ehe jap jap…. I dok belek- belek kat Milk A Deal, sekali nampak Princess Classic Fat Free Fryer

Fungsi dia sama dengan air fryer.

Lagi murah ek.

Harga dia RM455, Harga sebenar RM569. So cam mana nih? kena pi tengok dulu ni