Author Archives: Yatie

Persiapan Sekolah

Lagi Sebulan sekolah nak bukak. As for Ashraff and Afriena, Tak banyak mana barang nak beli, cuma baju sekolah je kot sbb  diorang takkan pakai baju sekolah biasa. Ashraff and Afriena akan ke sekolah baru next year.Harap dorang sukalah. So sekarang kena tunggu GB cakap colour baju sekolah dulu, baru boleh cari. Beg sekolah pakai yang  lama je sbb sorang ada 2 beg boleh gilir.

Oleh kerana dorang start sekolah lambat so kita rileks dulu la… cuti sekolah ni dorang byk lepak kat rumah sbb next year bila masuk sekolah no more main-main hehehe. You all dah prepare barang sekolah anak-anak?

dah nak remaja dah budak berdua ni

1st Experience

Kalau rumah Nenek ada manggis, kat rumah Wan ada rambutan. Masa kat rumah my parents, ada manggis, so yang kait abah le… sbb takde orang panjat. Dulu kekecik selalu la panjat sekarang  jangan disuruh. Skill memanjat dah takde.

Dah tak banyak dah buah, tapi dapat gak sebakul setiap kali kait

Kekecik dulu… dok atas poko, kaki atas kepala bawah pun pernah buat you. Macam jantan betul . Tapi sapa budak kampung, panjat pokok adalah penting. So kat rumah Wan, rambutan plak, peminat dia semua orang esp Rayyan. Dia manggis, langsat durian semua rembat. Never say never.

Tayang rambutan yang dia sambut

So papa kait, bebudak ni kutip. 2 hari berturut -turut kait rambutan. Ni gambar 2nd day, balik dari Rantau Panjang, lepak jap pastu kait rambutan. Semua dok terpekik -pekik nak sambut.

geram plak nak potong rambut Afriena ni..tapi dia tak kasi

Yang jatuh atas tanah tak pulak nak berebut. Afriena..sian dia..punya excited sekali setangkai rambutan jatuh atas belakang..merah ..sakit la meraung la dia kejap je pastu melompat balik. Ashraff main sambut pakai bakul. Rayyan? dia kutip yang atas tanah…tapi bukan untuk isi dalam bakul tapi dia kasi mama suruh kopek rambutan sbb dia nak makan. Sikecik ni…makan je..makan rambutan tak ingat malam tu dia batuk -batuk…cepat-cepat sapu vicks takut melarat kang lelah plak.

Masa ni kot kena buah atas belakang

Suka bebudak ..macam nila anak bandar kalau dapat balik kampung..Teringat plak masa kecik-kecik dulu sepupu -sepupu dari Singapore datang, dorang siap amik gambar dengan kambing , lembu lagi hahahah

Makan Best kat Rantau Panjang

Jarang gak balik kampung pi Rantau Panjang…yelah lebih suka lepak kat rumah tapi kali ni Kheirul cakap nanti kita pi Pengkalan Kubur nak? Sebab tak pernah pergi kan. Oklah 2nd day kat rumah MIL, kiterang ke Pengkalan Kubur tapi kat sana macam tak best je. Tak happening. Orang tak ramai, jadi nye masuk kereta pi Rantau Panjang. Kiterang lalu tepi sungai. Suka bebudak tengok sungai. Yang Rayyan ..swimming swimming…ha yola tu nak swim. Air dah macam teh susu. Sepanjang perjalanan…adalah 2-3 kali kena tahan kereta utk pemeriksaan. Takde beli apa pun cuma satu jug Luminarc. Pinggan mangkuk pun tak beli. But semua pinggan mangkuk lawa.

Dalam setengah jam sampai Rantau Panjang. First thing yang kita nampak lokcing aka satay ikan. Bebudak ni suka yang amat la padahal 2 hari sebelum tu dah balun satay ikan tersedap kat depan KFC Kuala Krai. Tapi yang kat Rantau Panjang pun sedap. Sedap lain sbb dia ada letak daun ketumbar dalam sos dia. Pas makan… kiterang pi surau sat,pastu pi makan Mihun sup perut. Dah lama tak makan. Sapa yang pergi Rantau Panjang memang kena try .

nampak tak yang putih tu…tu perut muda… jangan kira kalori please!!

Sampai kat gerai makan… order je mihun /mi/kwey tiau sup. Dia ada macam macam sup. I mintak sup perut campur and Kheirul plak sup campur perghh pekena dgn sambal cili semua tu. Ingat nak makan colek perut tapi takde.  I share dgn Ashraff and Rayyan n Kheirul dengan Afriena. Satu mangkuk tu banyak isi dalam tu. Makan plak masa hari panas memang berpeluh ketiak. Selain mihun sup perut order Pulut Durian, Share bertiga. Me, Kheirul and Rayyan. Rayyan saja dah makan 1/2 mangkuk. Banyak betul sikecik ni makan. Balik bila cerita kat Wan dia.. terperanjat sbb pandai makan Pulut Durian. Rayyan kalau makan benda sedap dia akan cakap..”mama, nice”.

Pulut Durian Best sbb dia pakai pulut cap angsa mas and durian isi tebal

Habis makan…apa lagi kita melawat kawasan. :) Best!