Author Archives: Yatie

Anything with cheese

Bebudak ni..anything yang ada cheese , mesti dorang suka. Sekarang ni…ha yang ni yang dorang suka.

1

Cheesy Wedges. Ha buat sendiri lagi untung. Sepinggan 3 beradik tu habiskan. Petang-petang time weekend I buat la. KAcau je cheesy mix, then curah je then letak mayonis sekali. Kalau dibiarkan Rayyan sepinggan pun dia boleh habis. That’s my lil boy. Dia memang makan banyak, cakap banyak merajuk banyak, mengamuk pun banyak. Haih terliur plak tengok.

3

Yang ni tak payah cerita, all time favorite. Kalau makan kat luar sepotong paling murah RM15 and sepotong tak cukup untuk bebudak ni. Dorang kena berpotong -potong. Satu tray tu 3 beradik boleh habiskan. Banyak tak banyak dorang makan. Last weekend buat, suka la sangat dorang. Perasan bahagian tengah tu macam tak brown.. ha tak masak lagi kena masuk oven balik. Oven tu macam menunjukkan tanda protes dah.Oh ya sapa nak resepi lasagna.. boleh tengok kat sini

4

 

ni pinggan Rayyan, yang ketiga kot

Bila dah masak… berayalah dorang makan lasagna. Rayyan 3 potong. Lasagna buat sendiri untuk sbb boleh letak banyak daging, sayur. Hari tu buat 2 layered daging, 1 layered mushroom, total  4 layered. Suka masak lasagna senang nak nak bila tengok cheese bertali.

photo

Dessert? yang bercoklat suka la. Bebudak hari tu buat chocolate cake pudding. Sedap. Moist choc cake siap ada coklat cair gitu. senang je buat and they want to bake again. #habiskecahdapur. Siap masak terus makan dengan coklat cair semua. Ada separuh tak habis esok tu 2 beradik kenduri makan terus dari baking tray sejuk from fridge sambil buat homework :)

 

Saya pun ada Keek

Sekarang ni musim orang Keek. Mcam-macam peel orang keek. Ada yang muah muah buat muka cute, ada yang buat muka seksi ..adehh macam -macam. Pada prempuan muslim nak buat video keek..bawak-bawak lah jangan melampau pakaian. Ni amik keek pakai baju sikit lagi nak terkeluar breast. Aiyooo… malu sei. Selalu tengok keek dengan Rayyan, pempuan seksi je..dia cakap eii shame shame. Tu belum dengan Ashraff and Afriena, kang kena khutbah kang…..

I pun ada Keek, tapi video bebudak je la..esp Rayyan. Dia kan suka merajuk lagi la suka record. Kalau nak tengok, boleh lah click kat sini

http://www.keek.com/Yatie_Sawanila

 

Takdelah hebat mana just to record pasal kids je. Anw, cuti dah habis, kids pun dah starts sekolah. Pagi tadi 6.30 baru bangun. Kelam kabut semua, Semua amik tugas memasing. Thank you husband sebab hantar anak-anak pi sekolah, I tak berapa lagi nak drive pepagi sbb Rayyan tido, takleh dokong dia pi sana pi sini. Rupanya, keguguran lagi susah dari bersalin. Bersalin datang dengan “pakej”, Let say nak kecutkan rahim menusu badan is the way to cure tapi keguguran? Ujian Allah….

Resepi Nasi Dagang Tanak

DSC_5311

First time buat nasi dagang sendiri. I belajar dengan mak mertua. Masa dia datang hari tu dia ajar. Dia cakap suka ajar I masak sebab katanya, I ni suka mencuba. hehehe  . Memang ke I suka belajar masak. Nasi dagang yang dia ajar ni , adalah versi tanak.  Rasa dia sama je dengan yang kukus. Sebab kalau setakat nak makan kat rumah tanak lagi senang dari pada buang masa kukus. Lepas tu versi yang MIL ajar, tak pakai santan. Dia letak minyak sikit. So I try buat sendiri, emm rasa dia sedap, lagi sedap dari yang beli kat pasar malam #masukbakulangkatsendiri. Sebab yang kat pasar malam mesti ada berantah. MIL cakap dorang meniaga asal boleh je, bukan jenis masak hari-hari. MIL memang suka nasi dagang, kalau boleh hari-hari dia nak makan nasi dagang. Samalah dengan Rayyan, Sekali makan bertambah 3 senduk nasi dagang. Kang nanti balik kelantan nak beli lagi lah…senang nak masak rumah.

 

Cara masak nasi dagang versi tanak tanpa santan

INGREDIENT

  • 2 cawan beras nasi dagang -cuci bersih dan rendam 2-3 jam
  • 2 cawan air
  • 1 sk garam
  • 2 sk gula
  • 4 ulas bawang merah – mayang halus
  • 2 ulas bawang putih mayang halus
  • 1 sk halba
  • 1 1/2  inci halia -mayang halus
  • 6 sudu minyak masak (tapi saya kurangkan separuh)

METHOD

  • rendam beras bersama bahan yang telah dimayang, halba garam dan gula selama 30 minit
  • Selepas 30 minit, campurkan minyak dan masak seperti biasa hingga kering

Nota: kalau guna lebih minyak, nasi nampak berkilat sikit

Kalau dah makan nasi dagang , mesti ada gulai ikan tongkol atau orang kelantang panggil, gulai ikan ayo. Resepi dia seperti berikut

INGREDIENT

  • 3 keping ikan tongkol direbus dengan asam(3 keping) dan garam hingga masak
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 7 bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 batang cili kering (nak pedas letaklah lebih)*
  • 1 sk ketumbar *
  • 1 sk jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan (saya guna rempah gulai kawah)*
  • 1/2 kotak santan
  • 2 sudu minyak masak
  • garam dan gula melaka secukup rasa
  • 2-3 biji cili padi

 

METHOD

  • Kisar semua bahan bertanda *
  • tumis dengan sedikit minyak hingga pecah minyak
  • bila dah pecah minyak, masukkan air rebusan ikan, diikuti dengan ikan dan asam
  • masak hingga mendidih, baru masukkan santan , rasakan garam dan gula
  • renehkan hingga pecah minyak dan masukkan cili padi
  • Sedia untuk dihidangkan

Nota: MIL tak tumis, dia masak dengan santan, tapi sebab saya nak kurangkan santan, saya tumis dengan minyak sikit. Untuk dapatkan tumisan yang pecah minyak dengan menggunakan minyak yang sedikit, api kena pelahan. Rasa kuah dia mesti sedikit masam dan sedikit manis. Kalau tak cukup masam boleh letak asam keping sbb biasanya ikan dan air rebusan dia dah masam.Selain tiu, resepi MIL ada serai tapi saya tak letak sbb serai habis :), tapi rupanya tanpa serai sedap juga rasa dia.  Feeling nak bukak gerai nasi dagang dah ni . hahahaha