Author Archives: Yatie

Invitation To The AFC foodie Face-Off 2013!

CONGRATULATIONS! You have been chosen as one of the Top 20 finalists of the first-ever cooking competition for AFC fans – the AFC Foodie Face-off 2013 in Kuala Lumpur, brought to you by the Asian Food Channel!

Semalam balik dari sekolah amik dorang, I check email nampak ni. Ohhh so excited. Alhamdulillah. Tak expect pun masuk final sebab jumlah vote saya menempatkan saya di tempat yang ke 32 rasanya. Itulah rezeki. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang vote saya. Jasa anda tak mampu saya balas, semoga Allah akan membalas nya. Dan terima kasih kepada suami saya, sebab kalau bukan sebab gambar dia, mungkin tak terpilih. Nak harapkan I amik gambar memang tak lah kan.

So sekarang kena pikir pasal resepi plak. Saya tak kenal sapa pun finalist kat sana kecuali Falihin. hehehe…

AFC

 

Dah masuk final pun happy… tak mengharap untuk menang sbb semua finalist bukan calang-calang orang. Yang dah buat buku resepi pun ada. scary

Blogging pun ada tatacara!

Tak lama lagi..insya’ allah dah nak masuk 5 tahun kiterang blogging dengan menggunakan nama sawanila.com.Dah macam-macam benda yang dilalui. Benda manis, pahit, masin. Dengan blogging lah I kenal ramai orang. Tak kira lah orang tu blog dia famous ke tak. Dengan blogging jugak kiterang dapat ke Hong Kong. Alhamdulillah. Bukan setakat Hong Kong, dapat cash prize untuk food review, dapat masuk blogger masterchef dan macam-macam lagi. Alhamdulillah rezeki.

Sponsor post pun dah menjadi sumber pendapatan I sebagai suri rumah.Siapa sangka blogger longkang yang orang cakap dulu dah dapat peluang buat sponsored post? Bukan setakat sponsor post, dapat invitation untuk majalah masakan, dapat private invitation buat review. Alhamdulillah..yang penting kita kena sentiasa besyukur.

2-3 minggu lepas ada pergi event, duduk semeja dengan blogger-blogger terkenal… masing-masing punya blog ada cerita tersendiri. Suka berkenalan dengan blogger terkenal walaupun dorang muda. Selamba je I tanya nama masing-masing hahaha.. sampai yang dok sebelah cakap..haik akak tak kenal ke Shea Rasol, Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Yana Yassin and so on?I dengan selamba cakap.. hehehe mana lah akak kenal dik. Akak masuk blog pasal parenting, blog masak memasak, blog shopping, blog hal rumah tangga je. Blog single tak sempat lah. Mungkin bukan dalam range akak kot. Tapi bagus blogger blogger muda ni, tak sombong, tegur semua orang. I rasa itulah event yang I pergi setelah sekian lama menyepi. Sebab nak pi event pun I memilih. Tak nak tempat yang tak sesuai dengan penampilan, tak sesuai dengan waktu. Cerewet kan.

Anyway, I ada nak meluahkan perasaan sebagai blogger lama lah pasal blogger baru ni. Janganlah dok tulis cerita pasal artis bogel, cerita berbaur fitnah lepas tu  berapa kali nak post kat wall FB group untuk blogging purpose  wei… Janganlah main copy and paste je. I tau ramai nak tegur tapi malas nak layan. Tapi kalau dah menyemak kat wall orang lain sbb I join few FB group untuk blogging , sekali masuk FB 5-6 tujuh kali dok tengok tajuk posting artis bogel naik menyampah plak.Cari identiti sendiri la. Blogging pun kena ada maruah kena ada batasan. Macam kita bercakap dan bercerita..perlu sampaikan mesej yang betul bukan buat headline citer pasal artis meninggal tapi bawah-bawah tu cakap oh bukan dia yang meninggal adik dia. Cuba pikir perasaan orang lain sikit. Blogging pun biarlah ada tatacara dia.

Sekian dari saya yang ikhlas nak menegur dan bukan nak membebel.