Author Archives: Yatie

Satay Hut Tanjung Karang

SH-01

Ni on the way balik KL dari Lumut, kiterang lalu jalan lama . dan dan lepas solat kat masjid, sebab jalan jam semua drivers sepakat berenti makan dulu. Memang kepala sama, jenis nak makan je. Dorang ajak makan kat Satay Hut. suka suka suka.

 

SH-02

Bapak-bapak semua sebok layan diri bukak meja kat depan tu. Nampak tak Rayyan tu dok senget-senget kepala tu? Dia sebenarnya nak takcle minah kat sebelah tu, tapi bapak budak tu ada sebelah dia, jadi dia tackle bapak budak tu dulu. Sebab ada minah kat sebelah ah dia jadi sangat behave, sampai orang puji dia, pastu makan pun nak makan sendiri, siap sembang ngan bapak minah yang dia nak tackle. Topik perbincangan ialah bulan. Dia siap panggil tunjuk moon moon moon, one moon only. Alamak Rayyan … tu taktik zaman dulu la.SH-03

Kalau dah nama restoran tu Satay Hut, satay lah menu utama dia. Ada satay besar bagak tapi dah habis, jadi kiterang order sate kecik tapi saiz dia lagi besar dari satay kajang. Satay ayam je dia ada. Baru berangan nak makan satay kambing.

SH-033

Tengoklah satay dia… besar kan. Order 15 cucuk je sebab I order benda lain. Rayyan je makan 5 cucuk. Banyak betul dia makan. Dahlah masa makan bukak baju. Dia cakap panas. Dah habis makan dia pakai baju balik. aik?

SH-04

Ini dia mee bandung. Sedap sangat. Masa mula sampai, nampak pakcik tua makan benda ni, lalu belakang dia boleh bau sedap. Memang sedap. Rencah dia macam mee bandung muar. Kuah dia pekat likat, ada rasa manis, pedas, masam takde. Banyak sayur dan udang. Al maklum Tanjung Karang senang dapat udang kan. Semangkuk besar ni, I kena kongsi dengan Kheirul baru habis dan harga dia cuma RM6. Ni kalau pergi lagi mau nak order lagi. Tapi kena share lah makan.

SH-05

Ha ni satay dia. Sedap cuma  I rasa terlebih manis. Ke I ni jenis tak suka makan manis? tak tau lah la. Lain tekak lain rasa.  Tapi I suka satay dia. Kuah dia pun sedap sbb cukup rasa manis, pedas, masam dan masin. Selain 2 menu kat atas ada lagi yang sedap. Ashraff n Afriena order bubur lambuk . Sedap je bubur lambuk tu sebab licin dorang makan n dorang cakap sedap. Ada lagi, ada paprik, nasi goreng, sup ekor kot… banyak lagi. Nak tau kena pi sendiri. Kiterang nak repeat jugak nanti. Haih jauh tu nak pi makan.

SH-06

Alamat Satay Hut, Tanjung Karang

Lot 74, Jalan Besar 45500 Tanjong Karang, Selangor.

Waktu urusniaga: 4:30pm – 2:00am

Sofian 017-3930167 / Suhaimi 017-3930168.

* Kemudahan surau ada disediakan.

SS-SH

 


View Larger Map

Today is Tuesday…Not Monday

Today is Tuesday…Not Monday, itulah yang I bebelkan Ashraff radi pagi. Dah keluar rumah dah turun bawah, tetiba dengar budak dok bercakap kat luar. Macam takut-takut ak ketuk pintu. Rupanya Ashraff n Afriena. Pastu tanya apsal , dahlah I ni dok sakit perut nak masuk toiletkan..Dia cakap mama,

I forgot , today is Tuesday, not Monday.

Ha tulah mama dah cakap dah tadi, buat dekk je kan

Semalam dorang tak susun buku sebab sampai rumah pun dah dekat pukul 11. Kiterang ke Lumut ada Family Day untuk Malaysia Wish Club. Best walaupun tak mandi laut. Dah settle Ashraff baru nak masuk bilik pi toilet sekali dengar

Tiiiii…

alamak sapa plak ni?

Yati , tolong amik henpon abang

ok ok sambil bebel…pas sorang sorang …

macam biasa suami gelak je. Dah settle I tunggu 5 minit  dulu kot ada lagi sesapa naik cakap tertinggal barang.  Kang masuk toilet ada lagi ketuk pintu kan. Macam dapat rasa bebudak lambat sampai sekolah dan papanya lambat sampai office.Cerita pasal kat Lumut esok saya update ye, sebab saya kena cari bahan untuk advertorial. Dateline dah dekat. Tapi apa yang dapat saya simpulkan, best pi Lumut sbb dapat kawan baru, dapat makan banyak dari Gulam Rasul, nasi campur, sup gearbox, dapat resepi siput sedut dan mee bandung dsedap kat Tanjung Karang.

lumut

Gambar kat sana. Ada Telematch, ada family dinner. Tema dinner, Rock n’ Roll tapi I tak ikut pun tema.

lumut1

Kalau ke Lumut, harus membeli hasil laut. Ikan masin nampak menarik terus beli. Tapi tak banyak sbb kiterang bukan pemakan ikan masin sangat. Ikan masin masak kari sedap tak? Udang kering udang, udang geragau, bilis putih, sate ikan,macam-macam lagi. All the snacks tu fav bebudak. Yang Pearl Haya tu bukan beli dapat lucky draw tudung. Lawa, simple and selesa tapi singkat maka saya enurunkannye kepada Afriena. Dia dok cakap nak pakai nexy year.

Mille Crepe

First time buat Mille Crepe. Adehhh jenuh nak melempeng satu satu. Patut lah sebiji mille crepe boleh mencapai harga RM70-RM80! Sebab leceh nak buat sesatu. Tapi hasilnya sedap untuk di makan.Buat sempena Anniversary hari tu.Jenuh buat sampaikan dinner terus ajak makan luar. Malas nak masak. Malas nak sepahkan dapur lagi.

photo

 

Chocolate Mille Crepe with fresh Cream and candied walnut.