Author Archives: Yatie

Sabtu Yang busy

image

We all dalam kereta sebelum Rayyan nak terberak

Sabtu 26 Oct, Kiterang kena skip jogging sebab , hari bebudak ada kem motivasi. Pukul 7.30 dah kena hantar pergi sekolah. Bila dah hantar pergi sekolah, kiterang pun kena bersiap untuk ke majlis kenduri kahwin my BFF. So nak senang, sekali keluar.  Lepas hantar anak-anak ke sekolah, I follow Kheirul jumpa kawan dia kejap. Nasib baik jugak  lah meeting point dorang kat Petronas. Sebab masa syok menunggu, tetiba Rayyan sakit..mama akit erut (sakit perut). toyet (toilet)… dia sakit perut dah…. berlari mencicit bawak dia pergi toilet. Dia boleh gelak lagi. Alhamdulillah toilet bersih. Bersih sangat.Toilet kat Petronas yang ada starbuck.

Dah settle ngan kawan dia, so kiterang terus ke Seremban. My fren orang Seremban. Kiterang ni dulu rapat masa study . Sampai beranak pinak lah.I pun kenal family dia. Selalu lah spend weekend kat rumah dia. Makcik dia pun kenal. Harus lah I pergi kenduri kawen dia.  I sampai pukul 10 lagi. Gila awal. Khemah tgh duk setup lagi. Akad nikah pun belum lagi. Since ramai sangat orang so, I tunggu kat luar je. Salam ngan makcik dia , nampak few people yang familiar tapi mesti dorang tak kenal I. Dah akad nikah, baru boleh jumpa dia, siap bergambar lagi. She is so sweet and look so happy.

Dah bergambar then jumpa adik-adik dia and mak dia. Surprise dorang tengok I datang. hahahha… Dah lebih 10 tahun tak datang rumah dorang. Last datang rumah tu masa tengok my fren bersalin 2nd baby kot. Sebelum sampai kiterang pi kedai dulu beli kertas balut hadiah. Sempoikan nak pi kenduri sekangkang lagi nak sampai baru nak balut hadiah.

kawen

Selamat Pengantin Baru . Moga bahagia ke Jannah

Lepas tu lepak dengan adik bongsu my fren. Dah besar dah kau Amir ye. Dah kawen dah pun. Dah ada anak dah. MEmula dia tak cam.. lama-lama baru ingat then dia cakap patutlah tak cam dulu akak tak pakai tudung kan. ye …Sambil bersembang mata jeling kat makanan hahaha..tunggu orang lain rasmi dulu. Bila dah tengok few people makan baru lah kiterang makan. Rayyan nak makan sendiri gitu. Lauk kenduri sedap. Kheirul cakap… first time jumpa lauk sedap kat kenduri kat sini. Lauk daging dia sedap.

Dah makan, sembang, then jumpa pengantin, mak pengantin baru lahbalik. Kena cepat sebab nak amik bebudak balik sekolah. Dorang half day je. Lagipun malam Kheirul ada training Taekwondo so, kena balik cepat sikit, so that he can rest a bit kat rumah.

Clever boy!!!

1385776_10151999128731328_1530739404_n

Dah pandai nak makan sendiri. Kalau tak dulu, biskut pun kena suap. Terlampau manja kan. But since, dia makan semeja dengan sorang awek masa kat LUmut, Rayyan dah menunjukkan tanda-tanda nak makan sendiri. Kalau time dinner, dia amik sudu sendiri suap nasi sendiri. Tapi bila dah tinggal sikit, dia cakap cannot..maka I lah kena suapkan dia. Ni dia tengah breakfast. Malan cereal. 4 mangkuk cereal tanpa rasa jemu susu kena lebih. Sebab dia hirup susu. Dia kata sup.

Senang kerja kalau dah pandai makan sendiri, kalau tak I lah kena menyuap pastu dia plak makan lambat, then nak bertambah je makan. Cuma, Nasi, kicap telur tu belum lagi lepas . Asyik lauk tu je dia ulang mintak.adoiii

Jogging lagi

Macam biasa, hari Sabtu hari bersenam sekeluarga. Mesti pergi jogging. Sekarang tempat pilihan adalah Tasik Perdana. Bersih tempat tu takde monyet yang pastinya dan paling penting anak-anak suka sebab ada banyak playground. Pukul 8.30 jogging sampai pukul 10. gilir-gilir jogging sebab nak jaga bebudak main playground.

photo 1

best je..pagi-pagi sejuk nampak air

photo 4

kuat merengek..suruh orang lari slowly 

photo 2

pagi sampai taknak jalan,nak duduk stroller

photo 5

dah start panjat dah,,

Bukan boleh percaya budak bertiga tu, panjat sana-panjat sini, buai laju-laju tinggi- tinggi. Aktiviti macam ni kena buat by weekly lah nampaknya sebab semua suka dan tak payah bayar apa-apa. Tempat parkng pun senang  kat sini. Sementara, bebudak ni main kat playground, Kheirul jogging round  tasik and I pulak buat senaman setempat. Buatlah apa sampai badan lencun. Baru puas hati. Dah habis turn Kheirul I buat satu pusingan je.

photo 6

dah nampak playground terus taknak stroller

photo 7

cheeky face

photo 8

Saja nak tunjuk ketiak lah tu

 Pastukan nak balik satu kerja plak nak memujuk Rayyan. Dia dah tangkap cintun dengan buaian. Bila ajak balik, dia cakap taknak…pastu I pujuk lah dia,

ok mama push 10 only ok

dia cakap ok, bila dah 10 kali push dia cakap tak nak

dia cakap taknak.. dia boleh suruh push 12… main tawar menawar plak

Dah habis 12 push taknak turun dia up kan lagi… dia suruh 20 push.

Habis 20 push taknak balik, dia up lagi 20 20 20

argghhh banyak lah dia. main up up macam tu. letih tau, matahari dah meninggi, last I tanya Baby nak orange tak, terus nak turun. Siap jogging berlari balik ke parking. Jogging ala terkedek-kedek sampai semua orang tengok dia senyum. Ashraff dgn Afriena pun tak larat nak kejar. Nak air orange punya pasal. Last Afriena duduk dalam stroller Ashraff tolak. hahahaha