Author Archives: Yatie

Maggi Kari Ketam – D’Syaz PCB

k0

Ini adalah maggi termahal yang pernah kami makan. Hahahaha… Sebab ada ketam dalam tu. Ini semua member Kheirul punya pasal lah ni, ajak kita orang makan maggi, adoiii punya lah sedap maggi ni. Sebelum ni orang dok berserita, maggi ketam kat PCB , cubalah sedap, bla bla bla. Selalu kalau balik Kelantan jarang dapat peluang makan kat luar sebab kami lebih suka mengada-ngada ngan ibu masing-masing nak makan itu ini. Mak masak lagi sedap tau. hahahaha

k1

Tengok ni, amacam mengagumkan? menarik? menyelerakan? Satu bekas ada 4 ekor cukuplah untuk share 5 adult, 4 kids. Rayyan tak makan dia dah sampai London. Actually dia ada yang semangkuk dengan sekor ketam, tapi sebab makan ramai-ramai, baik order yang ni. Kalau yang semangkuk tu rasanya dalam RM25 kot. Tapi rasanya harga ikut berat ketamlah…

k2

Tengoklah besar mana? Afriena memula kata tak nak makan…dia memang maggi kurang sikit..nak nak perasa kari. Tapi dia makan banyak malam tu. Hahahaha tak pernah-pernah akan maggi kat kedai, merasa jugak kat sini.

K3

Rasa dia? let me think…. S.E.D.A.P. Ketam yang segar dengan rasa manis bercampur dengan rasa maggi kari yang sedap. Memang perfect rasa dia.Ketam dia besar-besar, gemuk, isi padat. Bila kopek isi ketam lepas tu letak dalam sudu , campur dengan maggi dan kuah kari dia pedas sikit…pehhhh gua tak perduli sapa kat belakang. Jangan kacau. ngeh ngeh ngeh. Sapa yang pi Kelantan memang kena cuba ni.

k4

Kalau ke PCB, sebelum masuk ke tepi Pantai akan jumpa ini kedai. dia dok tepi jalan je. Tengok apa hasilnya setelah di makan oleh beberapa orang??? manyak syiookkk ohhh.

Lunch Udang Galah Besar

image

Punyalah besar. Udang galah ni. Ni sangat fresh sbb adik saya mancing kat sungai belakang rumah. Dia dapat 4 ekor Tapi yang di paling besar. Dia simpan untuk semua orang balik makan. Sebab memang dah selalu dia mancing dapat udang galah. Selalu di buat masak dalam maggi. Jadilahlah maggi udang galah. Jadi 4 ekor udang besar buat masak tomyam, lepas tu ada plak, siput sedut,sambal tempoyak, budu, ayam goreng. pehhh pergi main jejauj jangan kacau saya makan. hahahha Memang terbaekkkk …Alhamdulillah.

image

Lunch yang sangat simple….

image

Sekali lagi amik gambar….

Pasar Tani Machang di pagi yang sejuk

Bestnya balik kampung. Walaupun sekejap tapi penuh dgn pengisian. Pengisian apa? pengisian perutlah. Ada tomyam, ada kerabu pucuk paku, ada nasi dagang, ada nasi kerabu ada nasi Mandy, adaSiput Sedur, Ada maggi Ketam… Macam mana tak penuh perut?

Tapi yang paling best balik kampung selain jumpa parents adalah kerana suhu kat kampung yang sangat sejuk. Pagi-pagi tak payah nak berangan nak mandi. Pijak lantai pun dah tak sanggup. Bukak tingkap pagi-pagi adalah tidak dibenarkan sebab sejuk sangat kat luar. Suhu kat sana ada dalam 18-19 darjah celcius. Mau tak sejuk. Nak mandi tengah hari pun terpekik-pekik dalam bilik air. Malam kipas pun tak payah bukak.  Jangan mengekuh dan saya bukan mengekuh, saja nak berkongsi kenikmatan. Bestlah sejuk macam ni, feeling kat kampung dah macam kat Cameron Highland. Kami sekeluarga sampai kampung saya pukul dah nak pukul 3 pagi. masa tu suhu 19 darjah celcius je. Wow. berasap mulut heheheh.

suhu

Dah sampai pagi, tidur kejap lepas tu breakfast nasi bungkus. Dah breakfast, baru keluar dating kejap. Dah lama tak keluar berdua,merasa lah berdating sbb Rayyan taknak ikut. Bila ajak dia keluar dia cakap takna ikut, mama go…bye bye. Nasib baik tak cakap bye bye see you tomorrow sebab dia suka cakap camtu sekarang.

Pergi pasar tani kat Machang yang memang sangat dah lamatak pergi ada lebih 10 tahun mungkin sejak sekolah dulu kot. Wow macam-macam ada. Banyak berubah. Sejak muda lagi, hati memang suka dengan Pasar tani, semua benda ada. Cari sayur, carilauk cari amcam-macam beli kuih, Masa kat Pasar Tani pun ramai pengunjung masih mengenakan baju sejuk sebab memang sejuk lah.Pergi Pasar Tani tak lama ada dalam sejam lebih je sbb nak kena cepat balik nak masak lunch and bebudak pun nak breakfast.

image

Singgit 4

image

Mata dah rambang kalau masuk sini. Tak keruan hati nak amik gambar pun lupa

image

Yang ni kena try… sedap

image

Geram nak membeli tapi mana mau letak

 

Cuma beli lauk untuk masak hari tu je. Tapi ada lauk yang menarik iaitu, siput sedut. Ni siput sungat, besar dan panjang sikit.Lupa nak amik gambar tapi memang sedaplah sebab isi dia kenyal. Mak saya buat masak lemak. Memula dia nak letak daun kaduk, takjumpa plak, Yang dia jumpa dia tak konpem tu daun kaduk ke tak, kang mabuk plak katanya…dan saya [ulak masak tomyam campur, lepas tu ada ayam goreng , sambal tempoyak, ulam….