Author Archives: Kheirul Mohamed

Kene Tukar Lagi Door Knob…

Ni kali yang ketiga door knob master bedroom kene tukor… mana taknye… ada dua orang hero ngan heroin main-main keluar masok keluar masok dalam bilik… last last dia kasi kunci pintu bilik.. pas tu tutup dari luar… kunci bilik + kunci rumah letak kat dalam bilik lak tu… aduiiiihhhssss….. terpaksa kopak ler pintu bilik tu lagi…

Bila pintu dah kopak… terpakser ler ganti plak… alang-alang cari spare parts doorknob tu… beli ler juga selak pintu depan sekali… kene ada extra protection skit.. sbb sekarang ni banyak penyamun yang menyamun rumah… Last week ada kawan saya rumahnya kene rompak…. baca sini kalu nak tahu kisahnye..

Hah.. ni lah hasilnya.. door knob bilik yang sudah diperbaiki… dan selak pintu depan pon dah siap dipasang… yang selebihnya itu terserahlah kepada Allah SWT untuk menentukanya… amin….

Sandwich

Ni la dia makan malam kita yang tak seberapa… maklom ler kene diet dan kene makan banyak sayur!!!!….. Alhamdulillah.. walaupon sempoi jer dinner tadi tapi sedap dan berkhasiat….

Afriena dia makan isi aja.. roti tak makan…. Ashraff semua pon sapu….

Blogger terpinga-pinga bila blog diorang kene padam…

Semenjak dua tiga hari lepas.. ramai yang tanya saya kenapa diorang takbleh nak access blog diorang.. katanya blog diorang kene locked… dan paling menyedihkan ada blog yang kene removed…. perkara ni bukan berlaku kepada blogger di Malaysia sahaja bahkan berlaku pada blogger diseluruh dunia

Katanya ada 3 jenis pesen..

  1. Jenis kene kunci pasal disyaki tak ikut TOS… (Suspected TOS Violation)…
  2. Jenis kene padam pasak tak ikut TOS… (Removed For TOS Violation)
  3. Jenis kene kunci pasal tak ikut TOS.. (Locked For TOS Violation)

Kalau dan kene tu.. kene tulis surat tunjuk sebab la plak kat google… borang appeal tu boleh download kat sini. Boleh click sini untuk tahu lebih lanjut pasal blog kene gantung ni…

Saya sungguh bersimpati sebab blog yang diorang tulis bertahun-tahun tu lesap dengan sekelip mata sahaja…. catatan dan coretan yang tidak ternilai harganya itu hilang tanpa diberi penjelasan dari pihak blogspot ataupon google…. nak kata macam mana.. diorang punye so hak mutlak terletak pada tangan diorang ler…

So sekarang ni kita sama-sama lah cari jalan penyelesaiannye… salah satu caranya adalah menggunakan perkhidmatan blog yang lain selain daripada google/blogspot… boleh guna wordpress.com ker or multiply ker… or apa apa saja yang suka.. banyak pilihan ada… cuma ia tidak boleh lari daripada masalah yang asal… so kalau diorang nak padam, lock, or apa-apa blog kita… diorang boleh buat bila-bila masa….

Jalan penyelesaian yang praktikal adalah dengan membeli domain sendiri dan hosting sendiri…. sekarang ni banyak syarikat di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan web hosting… harga web hosting di Malaysia sekarang ni boleh dikatakan berpatutan… Kat sini bukanlah saya nak promot web hosting yang saya gunakan sekarang ni tapi memang saya cukop puas hati dengan perkhidmatan web hosting dari Exabytes…. Ia merupakan pengendali web hosting no.1 di Malaysia dan harganya sangat menarik… Kita boleh memiliki domain sendiri beserta dengan perhidmatan web hosting bermula dari RM99 sahaja setahun….

Kalau dah ada domain sendiri tu.. banyak benda yang kita boleh buat… kita boleh buat cms, blog, galeri photo, forum, dan macam-macam lagi… banyak plak standard templates sudah tersedia untuk dipilih… cara untuk membangunkan templates tu pon senang.. orang biasa yang tak tahu programming pon boleh buat… cuma perlu ikut arahan di screen saja….

ok…. kalau nak mintak nasihat saya pasal web hosting ni pon boleh saya sudi membantu.. tapi bukanlah sampai ke tahap nak buat customisation tu kira dah lebey la..kakkakakaka..

ok la… cukop sampai sini dulu…. nyak dulu… assalamualaikumm…..