Author Archives: Kheirul Mohamed

Beware! Pencopet Pro yang tidak diduga

Ini video clip yang baru saya terima dan tergerak rasa untuk dikongsi bersama. Mengikut sumber yang diterima, kes ini berlaku di Swensons Subang.

Apa yang anda semua akan lihat adalah bagaimana handbag diambil dari belakang mangsa tanpa menyedarinya berlaku. Ini adalah kerana mangsa terlalu asyik berbual dan meletakkan handbag pada tempat yang salah.

Jikalau perhatikan video itu betul-betul, penjenayah a.k.a pencopet itu ada tiga orang. Perempuan yang pakai skirt hitam baju putih, lelaki yang pegang jacket dan seorang perempuan yang pakai seluar cerah baju hitam. Ketiga-tiga mereka mempunyai tugas-tugas yang khusus dimana perempuan (dajal betina) yang pakai skirt tu ditugaskan untuk mengambil beg, lelaki itu sebagai tukang cover perempuan tu takut-takut orang cekup dia dan tugas perempuan ketiga itu adalah untuk cover line.

Dari segi raut muka dan wajah, mereka kelihatan bukan warga Malaysia, dan kelihatan macam orang Latin Amerika… so berhati-hatilah semua…

What you are about to see is how a handbag had been taken from the seat without the owner realising it at all when she was busy talking away. And the culprit were a well dress woman (skirt) which you will least expect, come with another man(coat in hand) and another woman (long pants) to the restaurant on the pretext of finding a table to dine. Look carefully of how they entered the restaurant with another couple (not related) and exit after the theft. They looked like Hispanic or Latin American definitely not local. Just be careful with your belongings

Officially Surirumahtangga

Perasaan yang bercampur baur.Hari ni, 3 October I am oficially a housewife. Some people says, jadi house wife otak jadi sempit!! betulker? I am trying to think in positive ways. I don’t think so!!! Sebab sekarang kita dah modern. internet,3G semua dah ada. Mungkin yang berangappan begitu sempit fikirannya??

Today kira secara rasminyelah jadi housewife. Sebab before raya, kids spent time kat daycare ,after raya for 2 weeks Kheirul ada kat rumah tolong-tolong sikit. But today all alone handling a manja boy yang tak nak pergi sekolah and a demam girl yang hopefully boleh ke sekolah esok. Routine start macam gi kerja jugak.Beza kena buat kerja rumah. Cuci baju, settlekan kucing,kemas rumah, buat breakfast and later cook lunch.But, I’ll make sure kena masuk internet lah kan.. kalau tak kelam dunia ku.

Then, end of the month dapat allowance. Alhamdulillah… walaupun allowance tak sebanyak gaji sebagai “kerani cabok” but hidup lebih tenang, teratur, makan-pakai terjaga and yang penting anak-anak terurus.

Now,Dok tengah carik info to prepare timetable for kids. It’s time to teach them manners and Bahasa Melayu as well.

To all friends.. SELAMAT BEKERJA YE!!!

Resepi Roti Canai

gambar-04

INGREDIENTS

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu susu tepung
  • secubit garam
  • semangkuk air sejuk (air peti sejuk)
  • Minyak sapi secukupnya

METHOD

  • campurkan susu dan air sejuk bersama garam
  • Masukkan gandum kedalam bekas adunan
  • Masukkan air dan mulakan proses menguli.
  • Bila adunan dah tak melekat pada tangan, rehatkan adunan selama 1/2 jam
  • Selepas 1/2 jam, buat 10 biji doh kecil.
  • sapukan doh dengan minyak sapi
  • Rehatkan lagi selama 1/2 jam
  • Selepas setengah jam bolehlah mula mencanaikan doh dengan menggunakan sedikit minyak sapi atau minyak masak
  • Selepas siap boleh mula mengoreng dengan sedikit minyak.
  • Bila masak kepuk-kepukkan roti tersebut
  • Siap untuk dihidang bersama kari ayam/ikan atau sambal tumis ikan bilis.