Author Archives: Kheirul Mohamed

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Dengar sini semua orang-orang kampung….. Street Fair besar-besaran akan berlangsung pada 17 April 2010, bertempat di  ruang legar Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur bermula dari jam pada jam 10 pagi hingga 5 petang, oleh itu datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi acara tersebut.

Tak tahu nak pergi ke sana…

Jangan risau… Gunakan GPS Garmin Navigator

  • Tekan Point of Interest
  • Tekan Shopping
  • Tekan Shopping Centre
  • Cari Berjaya Timesquare

tak jumpa gaksss

  • or isikan kordinat N03 8.570′  E101 42.617′ kat GPS Kordinat tu….
  • pastu ikut aja arah tuju yang diberi….

Tak jumpa-jumpa gaks bang!!!

eeem…. Naik Monorel……. berhenti kat Stesen Imbi.. betul betul depan Berjaya Timesquare

Susah bang.. saya tak tahu nak naik Monorel bang…..

jangan risau… sampai jer KL.. terus amik teksi.. suruh jer brader teksi tu hantarkan ke Berjaya Timesquare… jangan lupa bayar tambang ye!!!

OK…. apa yang ada kat Street Fair tu bang?????

Gatsby Deodorant Street Fair merupakan program komuniti Nuffnang yang terbesar di Malaysia  di mana kami menjangkakan lebih daripada 500 orang penulis blog bakal berkumpul dan berada disana.

Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Ada yang seringkas  membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang  melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!

Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai  cabutan bertuah.  Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit  dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!

Apa dia.. LIMA BELAS RIBU RINGGIT!!!! RM15,000.. Tarak tipu ka bang????

Mana ada tipu punye… kalau tak percaya.. pergi ler sendiri kat Berjaya Timesquare pada 17 April 2010 nih dari jam 10 pagi hingga 5 petang….

Untuk maklumat lanjut.. Sila Layari http://www.gatsby.com.my/streetfair sekarang!!!

Tak puas hati harga ikan melambung

Pagi tadi pi pasar borong, terkejut tengok harga ikan melambung tinggi. Tak tahu lah apa nak jadi sekarang nih, harga semua barang naik ikut suka diorang aja…

Kalau dulu harga Ikan Cencaru nih cuma RM4-RM5 aja.. tapi hari nih dah melambung jadi RM8 sekilo…

Hah Ikan Bawal Putih nih dulu dalam Rm15-17 sekilo… tapi hari nih dah jadi RM22 sekilo…..

Ikan Selar ni plak.. kalau dulu RM8 kitaorang tak beli.. tapi hari nih terpaksa beli dengan harga RM12 sekilo….

Ikan Siakap nih pon naik gak ikut trend naik harga… kalau dulu cuma RM10-12 sekilo tapi rata-rata hari nih RM15-RM17 sekilo… memang cekik darah…..

Bukan harga ikan aja yang naik…. semua hargalah naik…. harga daging tempatan kalau dulu yakni bulan lepas boleh dapat dengan harga RM18 sekilo.. tapi hari nih RM22 sekilo… dah ler tuh.. sesen pon takbleh kurang…..

Kita sebagai pengguna nih memang ler boleh boikot barang.. tapi kalau SEMUA barang naik.. takkan ler tak makan……

Paling menyampah bila tengok dalam berita cakap KENAIKKAN HARGA BARANG TIDAK BOLEH DIELAKKAN…. poooorrahhhhhhh…….

Survey Stroller

Lepas aja makan Kacang Pool Haji hari Sabtu lepas, kitaorang berborak pasal nak beli stroller baru ngan Kak Aizah (yang tgh dok expected gaks), dia punye ler excited nak pergi tengok gaks kat kedai Bt10 Federal Highway yang mana kedai tu jual bermacam-macam jenis branded stroller..  Kita orang pon apa lagi.. terus pergi kedai tu ler…

Tengok tuh… macam-macam ada… tapi kitaorang berminat yang Quinny Buzz tu…. nanti ler.. tunggu baby keluar dulu baru beli…

Tak tahan tengok stroller sampai reger Rm5K pon ada… huhuhuhuhu

EDITED by Kheirul:

Direction ke kedai tu senang aja…. Dari Shah Alam ke KL… sampai kat Bt 10 Federal Highway.. amik junction ke Nan Yang … then amik lorong ke kanan.. ke ABX… kedai berdekatan dengan kedai motor….

Landmark.. NanYang, ABX, …