Author Archives: Kheirul Mohamed

MJ Warehouse Sales…….

Assalamualaikum orang kampong sekalian… ini ada satu pengumuman… sapa kaki shopping tu.. kene pergi ke sini…..

Terkezut plak bila budak opis tanya ko tak pergi MJ WHS kat Stadium Bukit Jalil ker..??? setahu saya kat Stadium tu takde MJ….

Pesanan khidmat kampong:

  • jaga-jaga… H1N1
  • jaja-jaga pencopet ramai masa orang tgh dok sesak-sesak tu…
  • jaga anak jangan sampai hilang

Demam F1 Malaysia

Demam F1 Malaysia dah bermula dan hujung minggu nih seluruh dunia akan menyaksikan pasukan mana yang akan menawan litar sepang untuk tahun 2010. Sebelum nih dilitar Bahrain, Fernando Alonso dari pasukan Ferrari megah untuk tempat pertama dan Jenson Button dari pasukan McLaren-Mercedes pula menawan Litar Albert Park di Australia. Di Sepang semuanya akan terjawab hari Ahad ini….

Bagi pendapat peribadi saya, dua pasukan yang akan menjadi cabaran utama kali ini adalah McLaren-Mercedes dan Ferrari tetapi pasukan Petronas Mercedes GP juga menjadi duri dalam daging pasukan utama F1 tahun ini.

Saya tetap akan menyokong pasukan Petronas Mercedes GP dan segala harapan diletakkan kepada juara 7 kali M Schumacher…. tapikan.. tahun nih M Schumacher agak slow skit.. maybe tak panas lagi…

Kami sekeluarga memang sangat meminati F1 terutama Ashraff yang memang meminati Team Ferrari sampai apa jua warna merah menjadi pujaannya. Tahun nih saya pon tengah dok menunggu lagi takut takut ada vendor yang nak sponser tiket… kalau ada… saya akan bawa Ashraf.. kalau takde.. eemmmm.. tengok dalam TV ajer ler…

Oh ya lupa plak… jangan lupa bagi sokongan juga kepada Team Lotus F1 Racing yer.. walaupon team baru.. nampaknya team nih memberi cabaran dan tidak mustahil boleh naik podium nanti….

*sumber gambar dari Google Images

Masakan semasa berpantang

Dah malas dah nak tulis pasal menu berpantang nih.. tapi cerita pasal makan.. mesti nak gaks share…..

Antara menu yang boleh dijadikan pilihan semasa berpantang nih adalah:

Ikan Bawal Putih Steam

Ikan bawal putih steam nih.. lawan dia ngan Sayur Bayam Rebus….

selain drp tu….  Sup Ikan Merah pon sedap gaks untuk dijadikan lauk utama semasa berpantang

hah.. kalu pekener sup ikan merah ni lawan dia ngan sayur kobis….

kalu nak resepi.. pepandai ler search resepi kat sini yer….. nun ada kat hujung atas sebelah kanan blog nih