Author Archives: Kheirul Mohamed

Rayyan Gelak Sakan

Suka tengok si Rayyan yang dok gelak sakan nih…. Dia naik congek cakgung. Dah macam budak besarkan…. Hari ni genap 4 bulan umur Rayyan. Cepat betul masa berlalu. Now Rayyan dalam proses nak meniarap. Kalau letak mulalah berusaha nak pusing. Kalau tak dapat gak cam marah jer dia. Pastu kiterang tolong dia sikit… then dapat meniarap senyumlah…

Tengoklah video nih.. nanti tengok ada orang dok jeles.. sapa lagi kalau bukan the drama queen. Kakak dia. Kalau adik dia dapat lebih dia jeles. Then kalau dia dapat lebih Abang dia jeles. Last sekali abang dia je dapat lebih. hihih Cute tak Rayyan???Lepas habis turn Rayyan, Afriena pulak naik congek cakgung.Nasib baik Ashraff tak mintak nak naik, kalau tak sure patah kaki papa dia :)

RM505.10 dari Nuffnang

Alhamdulillah….. Dapat gaks payment untuk kali ni… Takde le banyak sangat cuma dalam lima ratus jer… maklum ler blog kami nih takde ler famous sangat dan tak banyak hits sangat berbanding dengan blog lain… TETAPI kami tetap bersyukur sebab Allah SWT memurahkan rezeki kepada kami. Alhamdulillah

Duit RM500 nih dah ada orang yang punye dah sbb awal-awal lagi saya cakap any income yang masok kot Sawanila.com nih masuk ke poket Yatie selepas ditolak kos webhosting… Oppss… lupa plak.. webhosting takyah bayar sampai tahun 2012… so… Memang sah Yatie punye semua tu.. eherrkk….

Lagi-lagi Nasi Ayam

Semalam dah masak Nasi Ayam…. hari ni pon masak sekali lagi Nasi Ayam… esok kalu makan Nasi Ayam lagi dah kira melampau la tu…  Siapa yang tengok mesti terbawak sampai ke mimpi punye..

Cuba tengok ayam bakar nih.. memang empuk dan sungguh menyelerakan.. sesiapa yang terpandang mesti akan mengidam punye…

Yang nih plak.. sup bebola ikan… kalu Ashraff.. separuh mangkuk tu untuk dia sorang aja…

Ni plak.. Ayam Kukus.. sesuai untuk orang yang nak turunkan berat badan……