Author Archives: Kheirul Mohamed

Pembuka Selera Ramadhan Pertama

Alhamdulillah,

Semalam merupakan hari pertama kita berpuasa di Bulan Ramadhan untuk tahun Hijrah 1431 ni. Dan semalam merupakan hari pertama Ashraff & Afriena berpuasa… walaupun berpuasa sekerat hari untuk bebudak yang berumur 5 dan 6 tahun tu, tapi ini merupakan langkah latihan pertama untuk mereka berpuasa.

Dan sebagai pembuka selera untuk Ramadhan pertama semalam, Yatie dah buat satu hidangan yang cukup istimewa.

Pembuka selera yang sunggu sedap sekali. KUEH SAGU BERENDAM……. memang syok.. tak terkata bila telan dan masuk ke tekak tuh.. huh.. nyamaaaannnn… nak nak bila tgh haus tu.. terus terasa hilang hausnya bila makan kueh ni

Dan juadah utama adalah SIAKAP CILI BAKARRR… memang terbakar makan ikan siakap nih… susah nak digambarkan rasanya… memang sedap… takda jual kat kedai… Fresh dari dapur sendiri yang dijamin sedap.

Hehehe.. tentu korang kata blog nih menyiksa zahir dan batin korang nak nak masa bulan poser nih kan…. jgn cakap cam gitu… itu semua dugaan tu…

Hati-Hati Buffet Ramadhan yang tidak dapat sijil halal

Assalamualaikum semua,

UPDATE TERIKI: JOM SEMAK SENARAI TERKINI 2012 di SINI

Saya tergerak untuk tulis posting pasal Buffet Ramadhan kali ini dimana sana-sini kita nampak iklan yang menawarkan buffet Ramadhan disepanjang bulan puasa ini.

Yang menjadi persoalan sekarang ini adalah hidangan buffet Ramadhan itu sah mendapat Sijil Halal ataupon tidak?

Saya juga tidak terlepas daripada menerima beberapa jemputan dari vendor-vendor dan sahabat handai untuk berbuka dihotel-hotel ataupun tempat-tempat yang menyediakan buffet Ramadhan ini. Dalam minggu ini sahaja saya menerima tidak kurang dari 3 jemputan untuk berbuka dihotel di sekitar Kuala Lumpur tetapi agak mengecewakan saya terpaksa tolak kesemua jemputan tersebut atas sebab status halal hotel-hotel tersebut masih diragukan.

Saya dah buat skit homework dan saya dapati sangat senang untuk periksa status halal secara online dengan merujuk kepada lama http://www.halal.gov.my. Saya agak terkejut dan terkujat apabila saya dapati kesemua  hotel-hotel terkemuka bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur masih boleh diragui status halal mereka.

Continue reading

Waktu Berbuka & Imsak 2010 / 1431H bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

~*~ SILA CLICK DISINI UNTUK UPDATE TERKINI ~*~

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK TAHUN 1431 H / 2010 M
BAGI SELURUH WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
Hijiriah Miladiah
Hari Ramadhan Ogos Imsak
Berbuka
Rabu *1 11 5.43 am 7.28 pm
Khamis 2 12 5.43 am 7.28 pm
Jumaat 3 13 5.43 am 7.27 pm
Sabtu 4 14 5.43 am 7.27 pm
Ahad 5 15 5.43 am 7.27 pm
Isnin 6 16 5.43 am 7.26 pm
Selasa 7 17 5.43 am 7.26 pm
Rabu 8 18 5.43 am 7.26 pm
Khamis 9 19 5.43 am 7.25 pm
Jumaat 10 20 5.43 am 7.25 pm
Sabtu 11 21 5.43 am 7.25 pm
Ahad 12 22 5.43 am 7.24 pm
Isnin 13 23 5.43 am 7.24 pm
Selasa 14 24 5.42 am 7.24 pm
Rabu 15 25 5.42 am 7.23 pm
Khamis 16 26 5.42 am 7.23 pm
Jumaat 17 27 5.42 am 7.23 pm
Sabtu 18 28 5.42 am 7.22 pm
Ahad 19 29 5.42 am 7.22 pm
Isnin 20 30 5.42 am 7.21 pm
Selasa 21 31 5.42 am 7.21 pm
Rabu 22 1 Sep
5.42 am 7.21 pm
Khamis 23 2 5.42 am 7.20 pm
Jumaat 24 3 5.41 am 7.20 pm
Sabtu 25 4 5.41 am 7.19 pm
Ahad 26 5 5.41 am 7.19 pm
Isnin 27 6 5.41 am 7.18 pm
Selasa 28 7 5.41 am 7.18 pm
Rabu **29 8 5.41 am 7.18 pm
Khamis 30 9 5.40 am 7.17 pm
* Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
** Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja Malaysia

SUMBER : http://www.islam.gov.my

Dapatkan Versi PDF DISINI….

~*~ SILA CLICK DISINI UNTUK UPDATE TERKINI ~*~