Author Archives: Kheirul Mohamed
Turunkan Berat Badan Secara Semulajadi dengan Berpuasa
Alhamdulillah. Hari ini sudah genap 22 hari kita berpuasa dan cuma tinggal 8 hari aja lagi untuk menyambut Syawal. Diam tak diam, perasan tak perasan, berpuasa sebenarnya kaedah yang paling efektif untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. Tak payah makan ubat-ubatan, bersenam bersusah payah dan sebagainya.
Untuk dikongsi bersama, berat badan saya sebelum Ramadhan adalah 85kg dan sepanjang 22 hari berpuasa ini berat badan saya sekarang adalah 75kg sahaja… itu menunjukkan penurunan sebanyak 10kg… Yatie pon dia cakap berat badan dia turun.. sekarang ni h berat badan dia 45kg aja……
Apa yang saya lakukan hanyalah berpuasa dan tiap-tiap malam tanpa gagal saya menunaikan Solat Tarawih berjamaah di surau… itu aja… Nak kata saya jaga makan.. takde ler sangat.. semua jenis makanan saya belasah… kambing, ayam, daging.. semua belasah… seafood pon belasah gaks…
Bukan itu sahaja, kadar kelesterol dan gula dalam badan pun menuruh secara semulajadi semasa berpuasa. Ini menunjukkan berpuasa mempunyai banyak kelebihannya bukan sahaja kepada tubuh badan tetapi ia dijamin oleh Allah SWT akan balasan pahala yang berlipat kali ganda.
So… kepada yang ponteng berpuasa tu.. satu pesanan… rajin-rajinlah berpuasa, kalau ada yang tertinggal tu.. ganti cecepat… ingat jika tidak ganti sebelum tiba Ramadhan seterusnya.. diwajibkan membayar Fidyah dan fidyah akan berganda setiap tahun sebelum selesai mengganti puasa tersebut.
Laksa Nyonya untuk Ramadhan ke-18
Hah ni dia Laksa Nyoya freshly cooked dari dapur… uhuhuhuhuh…. memang dah lama giler tak pekener laksa nyonya nih….

Tengok gambor kat atas nih…. sendiri masak ooo.. takde jual kat kedai nih…

Yang nih plak dressing dia… tengok tu.. ada udang, kerang, sayur bermacam jenis, tidak dilupakan daun pudina dan juga sambal goreng…

Hah.. bila dah semua dimasukkan ke dalam mangkuk… dia jadi macam gini… peeerrrhhh memang sedap sekali… oh ya… saya tahu makan aja.. kalu nak resepi.. kene tanya orang rumah ler ye….

