Part 4
19 Dec 2024
Hari kedua kat Seoul, dah ada aktiviti. Kami ke Alpaca World. Trip ni kami booking kat Klook. Harga masa beli kat Klook adalah MYR260.65/pax. Beli 2 bulan sebelum. Mungkin sekarang murah lagi memandangkan pertukaran matawang Korea Selatan menurun. Pakej kami Alpaca World-Gangchon Rail bike–Nami Island.
So hari tu ber,ula dari pukul 5 pagi dah bangun, getting ready solat subuh, laundry dan siapkan bekal sandwich unutuk ke Alpaca World. Pick up time kat seberang jalan je, sekejap je, yang lambat nak siapkan budak-budak kecik nak pakaikan baju berlapis-lapis, nak kejutkan anak-anak yang dah tua ni sebab dorang sambung tidur balik. Padahal kan, dalam bas boleh tidur dalam sejam dua.
Sampai je kat pick up venue, terus naik bas dan teruskan perjalan, pick up orang lain lagi kat Myeong Dong dan Dangdaemun. lepas tu teruskan perjalanan ke Alpaca World. Layan ah view luar tingkap, pastu tidur, pastu layan view pastu baru sampai.Alpaca World ni terletak ni Gangwon-do,katanya daerah tersejuk.

Actually, kalau ada anak-anak memang disarankan ke Alpaca. MEmang sangat fun lah untuk dorang. Dorang boleh beramah mesra dengan Alpaca, bagi makan. Kalau budak 5 orang ni semua animal friendly, especially budak kecik dua ni.

Alpaca tu dorang buat macam kucing, Yang alpaca pulak macam attention seeker. asal datang je mintak belai. Mama nya risau takut kena ludah ke kena tendang ke..

Sessi dengan alpaca kurang lebih dalam 30 minit, lepas tu kami pi tengak binatang lain pulak. ada burung helang,arnab,capybara,, guinea pig. macam-macam lah tu pun tak habis nak pi tengok. Malas nak panjat bukit.



Dah habis masa melawat binatang.. turun bawah. Since tak jumpa tempat makan kami buka bekal. Makan sandwich telur dan sardin, pastu ada yogurt, susu dan air suam. semua bekal. makan kat luar tempat sejuk, sambil berjemur..memang lalu makan. habis licin lah Dah settle cukup ahli bas, baru naik bas bertolak ke Gangchon Rail bike.
Yang ni kita update lain ye.. part 5