Semalam dok tengok buletin utama sambil menyusu Rayyan diringi suasana hiruk pikuk anak yang lagi dua orang duduk bergurau senda main computer game.Memang rasa sangatlah bising tapi itu adalah satu rasa yang membahagiakan. Tetiba dalam berita da memaparkan kisah bayi yang ditinggalkan dalam longkang. Sampai hati si ibu dan si bapa membiarkan anak ditinggalkan dalam longkang. Rasa sayu hati saya bila dengar cerita sebegitu. Sanggup tinggalkan anak kat tempat yang sebegitu kotor dan tidak selamat.
Apa akan jadi kalau tiba- tiba hujan dan air longkang jadi penuh? Ya Allah.. kemungkinan bayi itu akan mati lemas. Kalau tak hujan pun, tak terpikirkah dia kalau-kalau bayi tu nanti akan dimakan anjing? Tak terfikirkah dia kalau-kalu anak itu mati kelaparan? Sedih mendengar bila diceritakan bayi itu ditemui kelaparan dan kesejukan. Alhamdulillah ada orang jumpa dia .Panjang umur bayi itu. Nasib baik ada budak-budak jumpa dia. Sanggup mak bapak dia buat macam tu.
Saya sebagai ibu.. nak tinggalkan anak sekejap pun dah risau inikan pula tinggalkan dalam longkang??? tempat yang kotor dan bayi tu sudah pasti belum diberi imunisasi lagi. Kenapalah bodoh dan jahil mak bapak si bayi comel itu.
Nampaknya kita dah kembali ke zaman jahiliah…. Semoga anak kecil itu selamat hendaknya. Tak tahulah apa akan jadi bila dia besar nanti. .?
Dengan itu saya titipkan puisi untuk mereka yang berhati batu
Wahai Ibu…Wahai Ayah……
Kau sungguh kejam!!!!!!!
Dimanakah sayangmu????
Dimanakah cinta di hatimu???
Hina sungguhkah aku dimatamu???
Hingga sanggup kau pinggirkan ku….
Oh Ibu Oh Ayah
Sayangilah aku lindungi aku
Kerana engkau cinta pertama ku
Yang lahir dari benih cintamu
Note: Ini adalah puisi ciptaan saya sendiri.Kalau tak best jangan gelakkan sebab saya bukan seorang yang puitis kerana ini hanya luahan saya sebagai seorang ibu.
pity the babies =/