tak tahu nak ke mana… Kami ke Cameron Highland sekali lagi. last pergi tahun 2020. Kali ni pergi lagi. Pergi Kali ni sebab sempena habis exam SPM si Ashraff. Ahhh lega betul bila SPM habis. Tunggu turn Afriena pulak.
Kali ni pergi CH duduk Di Airbnb Yang Sama. Pergi makan tempat Yang Sama. Airbnb Kami dekat sangat ngan Golden Hills. Jadi nak ke pasar maalm turun je bawah. Best pasar Malam. First day. Dinner kiterang beli kat pasar malam je. Senang. Macam2 Ada. Yang best tengok sayur, buah and jagung. Memang Hari kedua Tu beli lagi.
Kali ni ke CH, dapat beli strawberry yang besar dan juicy. Manis plak tu, Sedap sangat. Anak-anak pulak sangat happy dapat makan ice cream strawberry. Bukan selalu dapat makan ice cream kan. Sejuk tak sejuk cuaca, ice cream tetap makan. I pulak suka sangat ngan strawberry.
Apa lagi best makan kat sana? ahhh semua best laj, janji Rm ada. Semua pun dapat beli. Beli kat pasar malam je, Itu pun sedap.
Kami tak pergi pun ke Tea House, ramai sangat orang, beratur nak masuk. Jalan takde lah jem sangat cuma asyik nak kena beratur je.
Malam kedua pergi lagi pasar malam tapi pergi berdua dengan Kheirul. KIterang beli sayur untuk bawak balik supaya tak perlu nak ke Kea Farm pepagi tu, Beli starwveryy lagi kononya nak bawak balik KL, tapi pagi tu dah habis, Scone, pokok bunga untuk tanam kat rumah dan pokok kaktus untuk hiasan/ Geram pulak tengokk jambakan bunga tapi ta beli sebab rumah tengah dalam proses nak kena cat.
cuaca kat sana sejuk, Paling rendah dicatat adalah 13-14 darjah celcius. nak masuk tilet pun berkira. tambah pulak hujan.KAli ni berpeluang ke shopping mall yang baru buka. Nothing special tapi ok lah..nak kenal tempat. Dapat rasa nasi lemak strawberry. Sedap nasi lemaknya, tapi service kurang lah. Lambat sikit. Mungkin tak biasa handle crowd.
Nak pergi lagi? nak nak nak…..